Showing posts with label Hari Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Hari Istimewa. Show all posts

Selamat Hari Jururawat

السلام عليكم

Menjelang Mei, saya sudah terbayang hari-hari istimewa untuk disambut...Hari kelahiran yang banyak, Hari Ibu, Hari Guru dan hampir saya terlupa, satu lagi ialah Hari Jururawat Sedunia...Thanks MHI kerana mengwar-warkan pagi tadi.
"Bayangkan jururawat-jururawat kita di pendalaman, mereka kena naik bukit, turun bukit, naik perahu, pergi ke pulau-pulau demi untuk bertugas. Saya berpengalaman mengikut anak buah saya di pendalaman. Saya amat takut. Naik bot kecil dengan dalam air nampak buaya. Saya amat takut, tapi saya bayangkan, bagaimana   anak-anak buah saya yang bekerja; bertugas menghantar pesakit (dalam situasi macam itu)"
Itulah cerita lebih kurang dari (kalau tak silap) Pengarah Jururawat...Maaf tak ingat jawatan puan itu tadi.  Tapi, memang best cara dia bercakap. Rasa insaf kejap dengan tanggapan lampau tentang jururawat. Dalam setandan pisang tak semua ok, dan begitu sebaliknya. Pengalaman berada sendiri dalam posisi menjadi pesakit di hospital, senyuman jururawat adalah salah satu penawar yang turut mempercepatkan proses penyembuhan kesihatan ke tahap yang lebih baik.

New 'Boboiboy'







Alhamdulillah, cucu ke-9 mak dan abah dah lahir. Bukan saya punya, tetapi adik saya Taufik dan isterinya Nur Amina. Penantian suatu penyiksaan, akhirnya berakhir dengan selamat pada pukul 8.30 malam semalam, bersamaan 4 Februari.


Tahniah, Aqil 1 tahun jer dapat adik sudah. Jangan nakal-nakal ye. Jadi abang yang baik ok.



New comers, Muhammad Danish Amsyar

Hari ini tak boleh blues!

*Salam Sejehtera*

Syukur masih panjang usia untuk menyambung urusan dunia kita...Thanks to Allah Tuhan Semesta Alam.

Biasa Isnin mesti blues ajekan? Since cuti persekolahan sudah bermula, akak pun sedikit merasa nikmat 'kemerdekaan' walaupun sebenarnya tugas sebagai ibu, isteri dan suri rumah itu tiada cutinya. Hari sekolah ataupun cuti sekolah sama juga! Kalau ibu bekerja, lagilah sibukkan? Balik rumah, harus 'bersilat' di dalam rumah pula....kecuali mereka yang ada pembantu rumah lah kot?

So, ada yang blues? emm janganlah weh. Hari ini kita kena semangat. Malam nanti 'harimau muda' kita nak gempur Stadium Bung Karno untuk lawan 'garuda'. Huih, cuak je rasanya...boleh ke garuda ditumpaskan. Tumpas sekali lagi! Lagi sekali!

Pertembungan jam 8.30 malam ini ialah bagi merebut pingat emas bola sepak Sukan SEA XXVI. Dianggap, juara bukan sahaja mendapat medal dan title, tetapi paling utama maruah tercalar dek kekalahan sebelum ini menjadikan Indonesia benar-benar terdesak untuk memenangi perlawanan. Sikap fanatik penyokong tuan rumah rumah harus dibenamkan di bumi mereka sendiri supaya tidak egois dan angkuh bila isu -isu semasa melibatkan Malaysia-Indonesia dipalit bersama dalam kancah sukan. Huh sangat tak sehat pemikiran itu! Apa jua masalah luar padang, harap pemain bermain penuh kesukanan dan profesionalisme.

Kepada yang tidak minat bola sepak, marilah bersama mendoakan supaya pasukan Harimau Muda kita dapat mempertahankan kejuaraan sebelum ini. Insha Allah.

Haihhh....memang tak sabar tunggu malam ni. Wajib settle segala urusan sebelum  wisel mula berbunyi! Hehe semangat..semangat okmeh weh

Lagu untuk ayahanda tercinta 1 - 5

Entri copy menusuk hati

*Salam sejahtera*

Sempena hari bapa tahun ini saya nak tempelkan entri copy paling menusuk hatiku...tulisan Cik Misi Fatimah, adindaku yang dikasihi :) Kata hatinya juga sama yang dikata-katakan di 'hati-hati' kami adik beradik. 
Ini kisah tentang buah hati saya. dari kecik, sampai besar, dia sentiasa ade masa saya susah dan senang. dia HEBAT. dia ialah ABAH!
Masa kecik2 dulu, bila nk buat menda jahat, jarang la nk ingat Allah memandang, malaikat mencatat amalan... tp, 1st sekali terdetik kat otak ni, -----> nanti abah marah!abah garang!
tak tipu, abah memang garang! tengok muka pun tau kan? memang slalu nangis sebab kena marah dgn abah. kecik hati dgn abah pun pernah. tp, nak melawan ckp abah memang takut la.serius!
Banyak benda yg abah sekat, kadang2 rase abah mengongkong. rase diri tu dah besa sangat, padahal, akal tu dangkal sangat nak di bandingkan dengan abah yang dah makan garam lebih dari diri ni.
Abah suka cakap serius. jarang nak nampak abah senyum, sbb tu 1st impression org bila jumpa abah, mesti ckp , "weh, abah kau garang." tapi korang tak tau, abah tu sweet orgnye. baik hati dan hensem. ;)orait, mari buktikan.
Abah semasa minggu exam
- tiap2 kali balik exam, abah akan tanye,
Abah : "Boleh buat tak exam?"
saya : Susah la bah...
Abah : Ape yg senang?

Selamat Hari Gawai Aqil!

*Salam sejahtera*

Hari ini dan esok sambutan Hari Gawai di Sarawak. Sambutan turut diraikan 1Malaysia dan bukan setakat di Sarawak sahaja. 

Tahun ini adik saya balik ke Sarawak bersama anak isterinya yang berbangsa Iban untuk menyambut buat pertama kali. Tahun lepas tak balik kerana isterinya tengah mengandung. Mesti nenek Sarawak happy dapat jumpa cucu lelakinya buat pertama kali, Muhammad Aqil. 

Happy Birthday Doodles

He turns 6 years old today

Post party make over with Photoscape...
Alhamdulillah...

*Salam sejahtera*

Malam ni kami adakan aktiviti potong kek sempena Almustofa dah genap usia 6 tahun. Tahun depan Insha Allah dia akan masuk sekolah kebangsaan, darjah 1. Bulan lepas baru je saya daftarkan dia di SKTS. Sekolah yang sama abangnya Luqman belajar sekarang. Tunggu jelah surat pengesahan dapat sekolah sebelum hujung tahu nanti. Sepatutnya 2 tahun lepas dah boleh daftar, tapi bertangguh-tangguh tahun ni baru daftarkan. Kalau sesiapa belum daftar anak, kelewatan mendaftar tidak boleh di buat di sekolah lagi tetapi di ibu pejabat pendidikan di Jalan Duta. 

Petang tadi hubby belikan kek di JJ. Memang dari awal lagi dia request nak kek untuk hari jadi ke-6... oklah juga. Kalau request yang lain lari bajet pulak abahnya...hihi :D

Hadiah hari ibu

*Salam sejahtera*

Agak-agak apa hadiah untuk diberikan kepada wanita yang bergelar ibu pada Hari Ibu ini? Ya, terpulang kepada citarasa ibu atau isteri anda. Tetapi takkan nak beli hadiah tanya mereka kan. Pandai-pandai lah sendiri meneka kegemaran ibu/isteri anda...Selalunya para ibu/isteri menerima sahaja dengan penuh gembira hadiah yang diberikan..Apa yang penting anak dan suami menghargai kehadiran mereka sebagai tunjang keluarga.

Seronok juga membaca artikel tentang apa hadiah diberikan kepada ibu sempena hari ibu. Macam-macam jawapan diberikan. Paling koman pun ajak ibu makan berdua-duaan di restoren kegemaran ibu. Paling best ada yang nak bagi ibunya phone 'berry' atau ipad. Hehe ibu gila gajet betul tuh.

Oklah sekadar suka-suka jom cuci mata sambil mikir hadiah yang menarik sempena Hari ibu:

Selamat Hari Bumi 2011


*Salam sejahtera*

Pagi pagi lagi Luqman dah buka tv untuk tengok kartun. Lepas solat subuh terus melenguk kat depan tv...ibu tertenok sekali laa:D

Pliss klik play ye...best jugak animasi kacang ni, kat tv2 RTM

Mari tutup lampu

Salam sejahtera,

Ok..ok...Noted.

Tahun ini...


(sambung ayat sendiri juga)

...tahun 2011

...moga lebih baik dari tahun-tahun lepas..

umur kita bertambah lagi....

..Addin berumur 4 tahun pada hari ini!

Tahun lepas abah belikan Addin kek mocha dari Jusco. Memandangkan abah kurang sihat, ibu pula tak sempat nak outing, jadi ibu order je dari jauh. Tadaaa....

Dulu-dulu

Kad raya

Setiap kali tiba Ramadhan, mesti sibuk tunggu kad raya dari pak cik posmen. Lepas tu mesti mengira, siapa punya kad yang paling banyak. Sedikit keciwa....huhu selalu dapat paling sedikit (2-3 keping jer). Berangan nak dapat banyak tetapi malas nak hantar kat orang lain dulu. Berharap konon-kononnya ada kengkawan yang akan mengingat diri nan seorang ni tapi diri sendiri pun setakat ingat tapi malas nak tulis kad raya...Hehe

Masa belajar, kekadang bajet ciput tak cukup nak beli kad (alasan). Padahal sebab sebenarnya, malas nak pergi kedai beli kad raya. Lepas tu suka kirim pada kawan dan pesan macam-macam pulak tu. Tak nak yang bunga-bunga, nak yang kartun, nak yang untuk ibu bapa dan macam-macam lagi pesanan. Akhirnya beli yang 1 paket tu je. Nasib lah kalau di dalamnya ada kad yang khas untuk guru, untuk kekanda dan sesiapa yang aku tak tahu nak bagi siapa...Yang pastinya, design kad tu entah tahun bila punya kad pon tak tahulah..Kesudahannya sampai habis Ramadhan kad tak dihantar...

Paling aku ingat, masa belajar kat kolej, juara penerima kad raya terbayak ialah sahabat baik 1 negeri aku iaitu, Nopai. Dia terima punya banyak le kad siap gantung kat dinding. Errmm semua orang panas je hati...hahaha. Kalau kat rumah pulak, pastinya adinda aku Aini akan menerima kad raya terbanyak. Dia memang peramah dan baik hati dengan kawan-kawan. Jadi walaupun tak hantar kad pada sesiapa, pasti saban tahun ada je kad yang tiba di rumah.

Zaman berlalu, sekarang ni ramai yang suka menghantar kad virtual (maya) /elektronik je kot melalui emel...kalau di fesbuk, buat jelah sekeping kad, dan tag kawan-kawan. Tak sampai seminit semua dah sampai pada penerima. Tak perlu ke kedai, tak perlu sampul dan setem. JIMAT sesangat...Di rumah aku sekarang ada 2 keping kad raya. Itu pun hubby punya diterima daripada ejen insurans dia. Kali terakhir aku pula terima kad raya ..ermmm entah, mungkin masa 5 tahun lepas daripada anak murid semasa menjadi guru sandaran kat SKTP..

Mercun / Bunga Api

Saban tahun mesti dengar macam-macam kes kecederaan akibat terkena letupan mercun. Tahun ini sahaja dah banyak kes dan paling menyayat hati kes anak mati akibat stor mercun bapanya meletup. Kemudian, satu kes lagi budak perempuan yang hampir buta akibat mercun roket yang meletup di sisinya. Semua ini akibat kelalaian dan sikap mementingkan diri pihak lain yang telah menyebabkan pihak yang lain pula menjadi mangsa dan teraniaya. Perkataan menyesal semestinya menjadi igauan sepanjang hidup. Apapun segala yang terjadi sudah tidak dapat diundur semula. Semoga Allah memberikan hidayah dan pengampunan bagi yang bertaubat dan menjadi pengajaran kepada yang lain supaya tidak bertindak atas kepentingan diri semata tetapi memikirkan keselamatan orang sekeliling. Tumpang sedih dan marah, betapa berat mata kita memandang keluarga yang terlibat, berat lagi beban yang bakal ditanggung oleh mangsa yang teraniya itu.

Teringat kalau masa kecil dahulu, bermain bunga api selepas berbuka puasa atau balik solat terawih seolah satu kemestian dan ia satu trend setiap kali musim puasa dan hari raya. Bunga api yang ketika itu mudah sahaja didapati di kedai dan murah pula harganya. Arwah aki lah paling suka melayan cucu-cucunya. Kalau bukan dia yang membeli, dia akan bagi duit untuk kami berbelanja. Selepas itu dia akan melihat kami bermain dengan seronok sekali.

Kini, mercun sudah diharamkan penjualannya secara terbuka. Kalau ada yang degil tu, biasalah sebab ada permintaan dan pembeli, maka adalah penawarannya. Masa aku kerja dahulu, ada kawan sekerja yang siap bawa katalog mercun untuk dibuat tempahan. Harga puluhan ringgit tetapi ramia yang berminat (salah seorangnya aku ler..tp tak belipun). Daripada membeli mercun lebih baik beli kuih raya kan...:)

2 hari lepas mencari barang atas almari, terjumpa bunga api pemberian adik aku tahun lepas. Entah kan masih elok atau tidak. Dia bagi supaya dapat aku main dengan anak-anak. Rumah flat macam ini susah sikit nak main bunga api. Kena cari kawasan lapang untuk asap-asap tu nanti berterbangan. Silap haribulan, siren kecemasan berbunyi....Pada aku, nak bagi anak main mercun sebaiknya tak payah lah. Kekadang ibubapa yang lebih teruja dari anak-anak. Kalau bagi main bunga api yang tak merbahaya sekalipun(ada ke) pastikan mereka di bawah pengawasan ibu bapa. Kekadang percikan api yang keluar boleh mencederakan anak itu sendiri atau orang lain. Kalau rasa malas melayan anak-anak, lebih baik tak payah beli!

Nasihat- Jika terlebih nasihat bunyinya bertukar menjadi bebelan pula kan. Anak-anak ni, lagi kita larang makin bertambah suka mereka nak melakukannya dan hendak mencuba sendiri. Hari-hari aku duk pesan dengan anak-anak supaya jangan bercampur dekat dengan kanak-kanak atau kawan-kawan yang bermain mercun. Risau juga kalau terkena dia, ibu yang meraung teruk nanti.. Bukan nak kata mak bapak ni tak jaga anak, tetapi ramai sangat yang bermain mercun ketika menanti van/bas sekolah tiba. Kedai tu pun satu, masa ini lah nak cari untung lebih. Apa salahnya sebulan sekali dalam setahun buat amal kebajikan dengan mementingkan kepentingan sosial berbanding keuntungan kedai..(huh pandai sangat aku bercakap!!)

Wonderful May!

Selamat bertemu di bulan Mei....bulan yang penuh makna, banyak peristiwa menarik dan bakal dirai, Insya Allah.

Kita pasti tidak akan lupakan sambutan untuk para guru dan juga mereka yang bergelar ibu! Terdahulu pada 1 Mei kita sudah menyambut Hari Pekerja. Semoga dengan adanya sambutan dan penganugerahan pada setiap tahun ia menjadi satu motivasi untuk semua orang untuk meningkatkan prestasi diri dan kualiti kerja. Bukan sahaja sebagai pekerja, malah sebagai majikan. Sambutan menandakan kita tidak lupa jasa-jasa orang di sekeliling yang bekerja sebagai tukang sapu, pekerja majlis bandaran, pemandu bas, lebih-lebih guru di sekolah dan ibu yang menguruskan rumahtangga menjadi tonggak keluarga.

Untuk tahun ini, macam-macam perancangan terbit dalam kotak fikiran. Errmm...biasalah aku dan selalunya mesti ada je aral melintang di jalan. Nak buat cemana kan...Apa pun kalau tiada sambutan istimewa pun tak kisah lah asalkan ucapan untuk bonda-bonda tercinta akan dilafazkan. Semoga tahun ini lebih bermakna daripa tahun-tahun yang telah lepas.





Luqman dan Ramadhan Karim...

Sebelum Ramadhan aku gusar memikirkan bagaimana Muhammad Luqman akan berpuasa tahun ini. Memikirkan juga perangainya yang suka menangis bila lapar, aku kurang yakin dia dapat menjalani puasa penuh. Memandangkan 1 Ramadhan kali ini jatuh pada cuti sekolah, kami balik ke kampung aku di Dong, Raub. Harapan aku dengan adik-adik aku ramai di rumah, dapatlah mereka membantu aku mengawal Luqman dan memujuknya untuk berpuasa....

1 Ramadhan; sahur pertama itu Luqman bangun hanya untuk minum air. Pada siang hari dia tidak mengeluh lapar tetapi dalam diam dia ke dapur mencari air. Kali pertama dia kantoi apabila Mak Tamnya ternampak ketika dia mengisi air dalam kole. Walaupun ditegur, dia spontan minum air itu, tetapi seteguk cuma. Menjelang petang pula, pukul 7 itu dia meneguk sedikit air lagi. Aku tak memarahi dia memandangkan itu hari pertama dia berpuasa dan masih dalam proses belajar. Hubby juga berpesan supaya aku memberitahu Luqman sebab kenapa kita wajib berpuasa dan mengingatkannya supaya tidak makan berlebihan ketika berbuka puasa. Dia juga berpesan supaya mengajar anak solat kerana itu rukun Islam kedua sebelum puasa.

Alhamdulillah Luqman mampu berpuasa penuh hari-hari seterusnya. Waktu sahur juga dia akan bangun untuk makan nasi. Walaupun susah untuk dikejutkan, dia tetap bangun sebelum masuk imsak. Sebelah malam pula dia mengikut Pak Tih dan Atuk ke masjid menunaikan solat terawih di masjid. Di rumah juga dia mula menunaikan solat fardhu walaupun ada waktunya nya tidak cukup 5. Sejuk hati ibu melihatnya. Ada ketika gelihati juga melihat keletah anak-anak yang baru nak belajar puasa dan sembahyang. Yelah teringat dulu-dulu masa ibu kecil, lagilah liat nak puasa dan sembahyang. Moga anak-anak ibu tak malas dalam menunaikan ibadah hendaknya. Amin...

Hari ini 14 September genaplah usia Luqman 6 tahun. Selamat Hari Lahir!! Semasa ibu memberitahunya bahawa hari ini adalah hari lahir dia, dia hanya tersenyum dan tidak meminta apa pun atau berkata apa pun. Maaflah tiada apa pun yang istimewa untuk ibu dan abah berikan sempena hari lahir Aman kali ini. Hanya doa mengiringimu, semoga semua anak-anak ibu dan abah akan menjadi anak soleh dan insan berguna dunia dan akhirat. Insya Allah

Selamat datang Muhammad Alfatih !

Alhamdulillah pada tanggal 3 September 2009 jam 3.25am aku selamat melahirkan anak ke empat yang juga seorang lelaki! Walaupun hubby tidak dapat menemani aku seperti sebelumnya, namun dia telah sedaya upaya untuk menyiapkan kerja-kerja di PNG dan pulang ke Malaysia secepat yang boleh. Alhamdulillah sehari selepas aku bersalin dia selamat tiba di KL dan waktu discharged dialah menguruskan segalanya.

Aku bersalin di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju. Seperti yang lepas-lepas, Dr. Zanariah lah yang menyambut kelahiran anakku. Bercerita pengalaman kali ini, dua hari sebelumnya kami pulang ke KL setelah seminggu berada di kampung. Adik aku Mamat yang masih bercuti sakit, aku ajak menemani kami empat beranak di rumah. Sementelah Mamat sudah sembuh dan boleh memandu kereta seperti biasa aku berani meminta pertolongannya. Abah pun mengizinkan jadi bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah aku...

Alhamdulillah, sempat juga aku menamatkan puasa pada hari itu, iaitu hari ke 12 Ramadhan. Walaupun terasa semacam perut sejak Asar, aku sempat berbuka puasa hari itu dengan menu Char Kue Teow yang aku masak dengan sos istimewa untuk memasak char kuew teow penang pemberian sahabatku Hasnita dan suaminya, Alias. Terima kasih banyak-banyak korang, memang best!

Selepas solat Isya', aku dan Mamat menghantar anak-anak ke rumah kakak ipar di Pandan Utama. Kemudian kami ke Naluri untuk membuat pemeriksaan. Selepas disahkan jururawat bertugas bahawa pintu rahim aku dah terbuka 3cm, aku terus ditahan di wad. Masa itu sudah 10.30 pm. Menjelang tengah malam, setelah bukaan 6cm aku dimasukkan ke bilik bersalin.

Masuk pukul 1am, aku mula mengalami kontraksi yang lebih kuat dan pukul 3am barulah pintu rahim buka 8cm pula. Doktor Zana datang beberapa minit kemudian. Tepat 3.25am jam di hospital, Muhammad Alfatih selamat dilahirkan setelah mengerah keringat keibuanku. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah di atas rezeki Ramadhan kali ini....semoga di dalam bulan yang berkat lagi mulia ini keluarga kami dilimpahi nikmat dan kebahagian yang Engkau redhai dan semoga Engkau menemukan kami dengan malam 1000 bulan yang diidamkan semua manusia, amin..

Muhammad Alfatih, nama diberikan sempena Sultan Muhammad al-Fatih. Semoga Alfatih dan abang-abangnya membesar sebagai anak yang soleh dan menjadi hamba Allah yang beriman lagi bertaqwa. Insya Allah....

Selamat Datang Ramadhan Almubarak

Esok akan bermulanya 1 Ramadhan. Insya Allah, kita semua sempat bertemu Ramadhan sekali lagi dan menjalani ibadah dengan penuh istiqamah dan ketaqwaan berbanding Ramadhan yang lepas. Sekaligus mengumpul pahala berlipat kali ganda...

Walaupun berpuasa dalam keadaan mengandung akhir trimester, aku harap dengan kesempatan yang ada untuk menjalani puasa dan berterawih dalam seminggu 2 ini sebelum melahirkan anak. Insya Allah esok nak balik ke kampung sempena cuti sekolah. Memandangkan hubby masih di luar negara, kami sekeluarga balik bercuti seminggu bersama adik ipar sahaja. Kalau aku tidak terberanak di kampung, kami akan balik semula ke kl dan menyambung puasa di sini pula..

Tahun ini juga aku berharap anak sulung aku Luqman dapat lah mula menjalani ibadah puasa memandangkan umurnya sudah menginjak 6thn. Pada tahun lepas dia hanya sempat berpuasa separuh hari di sekolah. Bangun sahur pun pukul 7pg...haha harap kali ini dia mampu untuk berpuasa penuh, biarpun bukan sebulan...Amin...Insya Allah

Di kesempatan ini, buat semua rakan-rakan yang mengenaliku dan juga rakan siber selamat menyambut Ramadhan Almubarak. Kalau ada kesempatan Insya Allah kita bersua lagi. Minta ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dan tersilap kata sepanjang kita berkenalan dan berada di alam siber. Doakan juga semoga aku selamat bersalin pada bulan yang penuh berkat ini..Amin dan terima kasih.

Happy Father's Day

Masa kecil dahulu aku tak suka dengan abah sebab abah garang. Kalau kata merotan memang abah lah orangnya. Emak seorang yang lemah lembut dan pendiam. Abah selalu cakap, kalau dia tak ada, habis lah emak kena pijak kepala.

Yang sebenarnya aku memang nakal! Mana satu anak abah yang terror panjat pokok, mandi sungai, balik lewat senja, menangkap ikan dalam parit dan longkang kotor, melepak rumah orang dan macam-macam lagi??? sebagai anak sulung sepatutnya aku menjadi contoh kepada adik-adik, tetapi itu lah aku!!

Walaupun aku tak pernah bawa adik-adik sekali pergi merewang, tapi abah tetap marah.Adik-adik belaka tak berani lawan cakap abah. Aku tak melawan directly, tetapi nasihat-nasihat dia aku tak makan saman jugak. Kalau nak buat something yang akan mendatangkan kemarahan dia mestilah secara sorok-sorok. Balik rumah mesti sebelum waktu dia balik kerja. Kadang-kadang leka bermain tak sedar masa berlalu. Tetiba je terdengar bunyi motor yang aku kenal amat sangat dah dekat dengan tempat aku bermain. Kalau aku berada atas pokok, diam-diam lah aku di atas sana. Kalau aku berada dalam parit, menyoroklah aku di sebalik rumput panjat atau bawah jambatan. Kalau tidak sah sah kaki aku kene sebat dengan rotan. Alaaa..tak sakit pun!! Hehe..sebab itu aku berani buat lagi..lagi dan lagi....Adik selalu nak ikut mana aku pergi. Huh no way! Tak merasalah. Nanti kalau jadi apa-apa aku juga yang susah. Lagipun bawa adik tak macho lah!!

Meningkat remaja, aku dah tak nakal sangat sebab belajar di sekolah agama. Walaupun aku sekolah agama, aku bukan lah alim sangat pun. Abah pun bukan alim juga orangnya, tapi soal sembahyang bang (solat) mesti kena patuh. Kami adik beradik dilarang couple (kawan rapat dengan lelaki) hatta kalau berkawan dengan perempuan pun dia akan memastikan orang itu baik-baik dari keluarga yang baik juga...huhu inilah abah aku. Kalau dia tahu orang itu pernah date dengan mana-mana lelaki (terutama tengah jalan/atas moto) sah sah kami kena bebel dan mendapat amaran. Pada hal perempuan itu bukan kawan kami pun....sampai habis sekolah aku memang tak ade peluang nak cintan cintun macam orang lain. Lagi pun sapa lah hendak kat aku yang tak cun ni...??? (eh ade....ade....mamat tu....hahhahahaa)

Bab belajar aku memang menjadi contoh kepada adik-adik. Tapi yang tak syok setiap kali nak exam abah suka sekat masa menonton tv sebab kata dia kalau adik-adik aku boleh dapat result pekse (peperiksaan) elok macam aku tak apalah. So, aku bertambah geram dengan abah...(Alaa.. dia tak de aku buka je tv, tapi jangan lupe lap skrin tv sebelum tutup nanti dia boleh detect. TAPI, abah aku lagi bijak, dia rase belakang tv...huhu panas!! aku dah kantoi...

Habis sekolah menengah, aku tak sambung bidang agama tetapi beralih ke bidang IT- bidang yang tak berapa glamer masa mula aku nak ambil kursus itu. Abah aku bising dan membebel sebab takut aku susah nak dapat kerja nanti. Alhamdulillah tak lama lepas itu, IT mula dicanang satu Malaysia...sana sini sebut IT...so, abah aku kat ceruk kampung dah faham apa itu IT. Masuk U dia belikan aku PC menggunakan duit kwsp dia. Macam-macam kesusahan terpaksa dihadapi untuk mengeluarkan duit dan membeli PC yang kini tersimpan dalam kotak kat rumah. Alahai...ada ke mamat tu persoal sama ada aku ni betul-betul anak abah aku sebab dalam surat beranak aku yang lama (sebelum hilang dan ganti baru) tercatit kerja dia sebagai askar melayu. HUHU hangin lah abah. Akhirnya merasa juga aku sebuah komputer dan abah sendiri bersusah payah menghantarnya ke Sintok. Dia bermandi peluh untuk memasang meja komputer yang berat macam... macam......eemm berat macam 30kg beras kot...kesian abah. Apa pun terima kasih atas segalanya dan aku minta maaf sebab dengan kemudahan itu pun aku tak boleh score baik dalam peperiksaan.

Abah, dah besar panjang baru Ngah (aku lah tu) sedar betapa bangganya kami memiliki abah sebagai bapa,ayah dan abah kami...Agaknya kalau abah tak garang ...kalau abah tak kuat berleter dan membebel mesti Ngah dan adik-adik tak jadi manusia berguna pada hari ini....Abah lah orang pertama mengajar ABC dan 123...abah lah yang mengajar membaca dan menghafal sifir...terlalu banyak perngorbanan dan jasa abah kepada Ngah dan adik-adik. Belum terbalas segala jasa-jasa abah itu oleh kami....Ngah tahu abah kecewa sebab lepas kahwin Ngah tak bekerja lama dan sekarang pula jadi suri rumah sepenuh masa. Apalah sangat yang dapat Ngah bantu abah mak dan adik-adik. Setakat yang termampu aje....Insya Allah kalau ada rezeki lebih, mana tahu suatu hari dapat Ngah dan adik-adik membalas jasa-jasa abah dan mak.

Sempena hari bapa ini Ngah nak beritahu yang kami adik beradik sayangkan abah seperti mana kami sayang mak. Dahulu mungkin kami berfikiran tak matang. Sekarang, setelah masing-masing besar panjang baru faham. Malah, ada di antara kami (termasuk Ngah juga) kadang-kadang dah terikut style abah yang suka membebel dan garang itu. Hehehe di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke dalam nasi...Semoga Allah panjangkan usia abah dengan keberkatan dan dilimpahi kesihatan yang baik. Selamat Hari Bapa....

Buat suami tercinta, bapa mertua, ipar duai, sahabat handai dan semua yang bergelar bapa, ayah, papa, babah, abah, abi, walid dan sebagainya 'Selamat Hari Bapa' juga....semoga anda menjadi bapa kebanggaan anak-anak dan keluarga tercinta...


Selamat Hari Lahir Untuk Chieku

C.H.I.E.K.U...

Bukanlah suatu nama yang istimewa atau sedap sangat..sedap lagi kalau buah durian ke, strawberry ke atau manggis...hehe itulah gelaran buat sahabat aku yang manis dan berjiwa halus...kih kih (jangan marah jika engkau membaca coretan ini).Chieku aka Roszuwanizan Abdullah.No matrik 2883*..yang memang aku ingat sokmo sebab nak pinjam bila masa nak menempah guna komputer berjam dekat lab..Katanya nama Chieku diberikan kawan2nya semasa di uitm Melaka dulu..

Bukan lah dia sahabat paling istimewa atau terlalu rapat dengan aku.Namun terdapat suatu yang lain pada dirinya berbanding sahabat2 yang lain.Tak perlu lah diceritakan....aku rasa dia pun tahu persamaan di antara kami berdua..

Lantaran jarak dan masa yang memisahkan kita, aku mengambil kesempatan di dalam ruangan yang tidak glemer tetapi ceria ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Lahir yang ke...' ...semoga kita semua beroleh kebaikan dan keredhaan Allah dengan pertambahan usia kita ini...semoga suatu hari kita akan berjumpa kembali untuk mengenangi saat2 manis waktu dekat u dahulu..rindu kamu!!

[POSTING TERTUNDA] - selamat hari ibu

Asalnya ini posting untuk jurnal harian warga BDN. Salah satu forum yang aku join.Sementelah 10 Mei tak sempat posting apa-apa story sempena hari ibu dan beday Almustofa, aku post as siaran tertunda pada hari ini.Sekadar nak melengkapkan keceriaan Mei- bulan yang meriah dgn pelbagai event dan hari istimewa...(telah diedit utk versi blog laman cahayamata)

Hari ni lepas subuh aku masak breakfast roti canai segera dan buat air nescaffe untuk my hubby.. sementara tunggu dia balik masjid aku menidurkan diri dulu.. dalam mamai2 dengar sore hubby dan anak2 bising...dia melayan anak makan dan menulis..oklah tu buleh aku sambung tido..:D Tetiba almustofa datang tunjuk sekeping kertas....

"selamat hari ibu..kami sayang ibu...dari muhammad luqman, muhammad almustofa dan muhammad salahuddin.."

Aku buat selamber tapi dalam hati kembang kuncup gembira. Then, aku capai hphone kol mak aku kat kg.."selamat hari ibu mak..hanya ucapan tak de ape pon.." di hujung telepon mak ucap terima kasih...sayu pula teringat dia. Kemudian aku kol ct, adik ipar..huh tengah menidurkan diri lagi rupenya anak dara sorang tu...dah 9.30 cik oi..!!:sengih: Aku minta die pass tepon kat mak (MIL).. cian mak tengah melepak kan dirinya di kerusi sbb pening kepala..semalam tengok m.ikram bersukaneka di sekolah...."selamat hari ibu mak...hanya ucapan jer tak de ape pon..." sama! dihujung talian mak ucap terima kasih dan biase, mesti die sayu...cam nak nitis pulak air mata aku...lalu aku pass phone kat hubby dan wish mak die "ucapan je? tak de ape2 ker??" hubby buat loud speaker so buleh dengar suara mak. Die saje berlawak...di akhir kata dengar die ucap "...sayang mak!"