*Salam sejahtera*
Cerita hantu mana tak mengarut??? Ce cite ce cite kat akak ni! Jadi bila menonton cerita hantu, kita tak boleh percaya pada segala unsur-unsur tahyul dan jangan terpengaruh pada unsur khurafat yang ada di dalamnya. Sebab itu mana-mana cerita seram wajib diletakkan klasifikasi sama ada 18 SG, 18 PL, U dsb. [rujukan]. Lepas tu mesti ada mesej sama ada di awal atau akhir cerita memberitahu kisah ini cerita tahyul/dongeng semata dan tidak ada kena mengena sama ada dengan yang masih hidup atau mati..Kalau citer tahyul mesti mesej bagitahu setiap syirik tu dosa dan wajib bertaubat kepada Allah Taala. Tapi ramai gak yang menyesal dan rasa tak berbaloi menonton citer hantu sebab ia mengarut, nonsense, ridiculous dan macam-macam perkataan korang sebut yang sewaktu dengannya. Kerek sungguh deme ni kan? Tapi biasalah kita, nak tengok jugak dan kalau tak tengok sendiri mana tahu kan?
Dalam Islam kita mengaku bahawa ada syaitan dan jin yang akan menyesatkan manusia. Dengan imaginasi dan fantasi, golongan ini yang juga makhluk Allah kita gambarkan ke dalam dunia kita dengan pelbagai bentuk dan rupa menyeramkan. Tak tahulah macam mana rupa sebenar jin dan syaitan ini dan bagi mereka yang pernah melihat dengan mata sendiri tahulah kot. Huh hu...
Ini yang dilakukan oleh KRU bila membawa rombongan 'adik beradik jin dan syaitan' ke dalam movie Karak. Cerita-cerita lagenda hantu urban di laluan Karak ditampilkan secara kreatif. Walaupun tahap keseramannya tidak 100% namun jangan kata tiada satupun babak yang menyeramkan. Kerek sungguh deme weh :P . Efek CGI yang mantop tidak boleh dinafikan lagi. Dah tahu KRU guna CGI, sangat kelakar (LOL) bila ada yang cakap "nampak sangat guna cgi.." Namun, di sebalik yang tersurat di pandangan kita, banyak babak yang bikin penonton tertanya-tanya...kompius. Kalau semua tersurat tak best jugak kan. Bila filem buat kita fikir mendalam, pon jadi tak best. Ke kita ni malas berfikir??
Biasalah mana ada citer perfect 100%. Ada juga sesetengah scene yang buat saya jadi 'lampi'. Hehe siyes :P Scene Ida 'main kejar-kejar' dengan 'abang' ke boypren dia, kemudian jatuh. Scene Ida seterusnya kat kubur dah jadi zombi masa tu. Quite rushing. Lampi sungguh saya masa ni....grrrrrrrrrr
Payah sangat ke nak paham jalan citer ni?? XD
Mengapa orang dah mati still kena kacau dengan hantu?
- Pada saya scene ini dibuat semata-mata untuk mengelirukan penonton supaya tidak terlalu awal mengetahui siapa yang sudah mati dan siapa yang masih hidup sebenarnya. Hatta untuk babak Nik juga, yang sesudah hari siang pun masih 'hidup' dan hanya 'pergi' selepas melihat mayatnya sendiri. Mesti korang ingat Nik pun hidup lagi kan? Ramai yang tidak setuju dengan adengan ini sebab macam mana orang hidup boleh bercakap dengan roh?Jangan tanya, dan jangan setuju sebab memanglah roh tak boleh cakap dengan manusia. Ini fakta. Jangan lupa, ini cerita tahyul, siapa suruh korang percaya? Citer hantu memang mengarut lagi mau cakap banyak...Kerek sungguh deme ni :P
Babak ini juga seakan klise dengan kebanyakan citer hantu dan roh lain. Bukan nak kata ada unsur meniru ke apa, tapi banyak kan citer sebegitu??? Kononnya roh yang belum 'tenang' atau belum bersemadi dengan baik mereka akan 'tergantung' di dunia sehinggalah diterima bumi secara baik. Ini bertentangan dengan Islam. Roh orang mati tidak boleh kembali kecuali syaitan yang berupa dengan rupa mereka.
Babak Zura 'melawan' hantu-hantu di kubur dan babak dia membaca ayat Kursi.
- Ramai juga yang kagum dengan idea untuk menampilkan ayat Kursi kalau hafal tapi tak tahu makna takkan berkesan apa-apa. Buktinya, Zura baca dalam bahasa arab, hantu tu ok je, tetapi bila dia baca dalam bm (yakni maknanya) terus hantu hilang dan haripun siang. Kita sedia maklum ayat Quran membantu mendinding manusia dari kejahatan syaitan dan jin. Namun bagaimana 'mereka' mahu lari jika bacaan kita tak betul tajwid dan sebutannya? Ini bukan hanya atas faktor tak tahu makna. Jika salah tajwid dan sebutan juga boleh menyebabkan makna ayat terpesong dan pembaca mendapat dosa. Silap baca, syaitan pulak yang kerek dengan kita. Huh..??
Selain itu, kita juga perlu ingat setiap yang berlaku bukan disebabkan power ayat yang dibaca tetapi berkesan di atas kehendak Allah juga. Bila mana seorang insan itu bermohon dan yakin pada-NYA Insha Allah, Dia akan memperkenankannya. Teringat bila mana drama Ratu Anjasmoro tampil berlainan dengan ending citer ustaz 'kalah' ditangan hantu, ramai yang marah (terbaca kat blog). Sebagai orang Islam kita kena yakin bahawa yang Maha berkuasa ialah Allah bukan ustaz. Setiap yang baik/jahat, elok/buruk, dsb adalah datang dan terjadi dengan kehendak-NYA. Sebab itu ummat Islam wajib percaya pada Qada dan Qadar. Takkan bila berseronok tengok hiburan dan citer hantu kita lupa asas keimanan pulak???
Ada juga bertanya kenapa ending Zura tidak dijumpai? Adakah dia sudah pergi ke alam lain atau akan ada sequel Karak 2?? haha jawapannya ialah Zura tidak dijumpai sebab dia masih hiduplah! kan masa kereta tu jatuh gaung, Zura tercampak keluar dan tubuhnya berada jauh dari kawan-kawan dia. Bila dia bangun, dia merayau sehinggalah bertemu Pak Malam. Zura hanya dapat keluar dari hutan apabila dia berjaya 'melawan' syaitan yang menganggu dirinya. Masa tu kan polis sibuk angkat mayat 3 kawan-kawan dia. Tak sempat dia nak introduce kat polis yang dia ialah Zura, pelajar kolej #4. Tambah pula Zura sibuk meraung sebab Nik nak pergi tinggalkan dia..
Kenapa ek tiba-tiba ada watak orang tua dalam hutan tebal? Pelik kan kenapa dia tak duduk bercampau gaul dengan orang ramai? Pada hemat saya, watak Pak Malam itu satu idea yang sangat kreatif juga. Kalau tiada dia, kita takkan tahu kenapa wujudnya 'hantu-hantu' di Karak. Korang tahu tak, hantu-hantu itu sebenarnya ialah saka atau syaitan belaan arwah isteri Pak Malam. Bila belaan itu tiada bertuan, maka ia merayau di dunia menganggu manusia di laluan Karak. Ini seperti yang kita tengok dalam cerita-cerita seram lain, saka akan mencari tuan baru bila yang lama meninggal dunia. Bukan manusia menjadi hantu tetapi saka (jin atau syaitan) yang bersahabat dengan manusia itu akan menyerupai tuannya untuk tujuan menyesatkan mereka yang masih hidup.
Ada juga kita dengar cerita-cerita di mana ada ustaz membuang 'hantu' dan jin ke dalam hutan. Manalah tahu kot kot diorang keluar amik angin dan terserempak dengan manusia yang kerek? Sebab itu bila kita masuk hutan atau tempat-tempat yang dikategorikan sebagai 'keras' ada pantang larang yang mesti dipatuhi. Korang sendiri mesti dapat lihat betapa Jack dan Nik kerek di awal cerita.
Kita sedia maklum, saat sakaratul maut syaitan akan datang dalam pelbagai rupa termasuk rupa ahli keluarga kita untuk membawa kita ke jalan yang sesat. Mungkin inilah yang mahu diberitahu oleh penulis cerita Karak, bahawa syaitan telahpun menyesatkan Jack, Ida dan Nik. Sebab itu mereka menjadi 'hantu' dan cuba untuk menyesatkan Zura pula. Tapi tahyulnya di sini ialah, ketiga mereka sudah pun mati. Pada watak Jack, kita nampak seolah dia berada dalam persimpangan ketika dia meminta tolong daripada Zura. Jadi dengan 'pertolongan' Zura(baca ayat kursi) maka semuanya kembali tenang. Apapun kisahnya, hal ini masih tidak betul. Roh tidak boleh muncul di depan manusia walaupun nak minta tolong kecuali syaitan/jin menyerupainya. Sesungguhnya syaitan itu penuh tipu muslihat :(
Jika begitulah keadaan sebenarnya, cerita ini hanyalah mengisahkan Zura yang mencari 'jalan pulang' setelah mengalami kemalangan dan segalam dugaan yang dia hadapi (hantu) itu hanyalah satu cabaran yang mesti dilaluinya sebelum menang dalam menentang kejahatan. Semua ini berlaku di laluan Karak.
Zura ni dulu 'ustazah' dan kini sudah menjadi lebih moden. Hehe (bukan saya kata tapi Nik yang kata). Mungkin sebab itu wataknya terpilih sebagai 'yang paling beriman' dalam citer ini dan hidup seolah untuk memberi peluang kedua padanya kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Nak tonton? Nonton boleh tapi jangan kerek ok. Have fun :D
Ok ni bukan review filem Karak. Cuma nasihat jer supaya korang jangan kerek sangat. Payah kot penggiat seni nak buat filem seram yang betul-betul Islamik. Sebab itu ada cadangan mengharamkan kembali cerita-cerita seram dan tahyul di tv dan filem.
0 comments:
Post a Comment