Berita sedih di hari bapa

*Salam sejahtera*

....dan juga salam takziah buat seluruh keluarga pelakon Zami Ismail. Arwah telah kembali ke pangkuan Ilahi pada jam 10.30am sebagaimana yang dilapor dalam media hari ini. 
PETALING JAYA: Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online. [sumber]
Kini Pak Zami dalam kenangan.....saya salah seorang peminat arwah. Sejak kecil menonton lakonannya yang kebanyakkan komedi memang mengusik hati. Kalau dia bawa watak jahat mesti tak suka! Dari drama siri 'Opah' di RTM hinggalah Pi Mai Pi Mai Tang Tu dll termasuk filem Hantu Kak Limah wataknya akan terus segar di kalangan peminat beliau.

Berikut profile arwah Pak Zami: 
Pengalaman
Berlakon sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" "Salam Pantai Timur" & banyak lagi.

Lakonan
2011
:
  Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit - (Pelakon Pembantu)
2011
:
  Shh...Dia Datang - (Pelakon Pembantu)
2010
:
  Janin - (Pelakon Utama)
2010
:
  Hantu Kak Limah Balik Rumah - (Pelakon Utama)
2009
:
  Jin Hutan - (Pelakon Utama)
2008
:
  Dunia Baru The Movie - (Artis Jemputan)
2007
:
  9 September - (Pelakon Pembantu)
2007
:
  Zombie Kampung Pisang - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Man Laksa - (Pelakon Pembantu)
2003
:
  Diari Romeo - (Pelakon Pembantu)
2001
:
  No Problem - (Pelakon Pembantu)
2001
:
  Sara - (Pelakon Pembantu)
1997
:
  Gemerlapan - (Pelakon Tambahan)
1995
:
  Cinta Rosevilla - (Pelakon Utama)
1992
:
  Wanita Bertudung Hitam - (Pelakon Pembantu)
1990
:
  Mat Som - (Pelakon Pembantu)
1990
:
  Tuah - (Pelakon Pembantu)
1985
:
  Roda-roda - (Pelakon Utama)

Anugerah 
1991
:
  Festival Filem Malaysia ke 9 - Pelakon Komedi Terbaik

Anugerah (Pencalonan)
1994
:
  Festival Filem Malaysia ke 11 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Credit to SinemaMalaysia 
Takziah. Semoga roh beliau akan diterima di sisi Allah di kalangan hamba-hamba-NYA yang soleh dan bakal beroleh ganjaran syurga firdausi. Amin.

2 comments:

armouris said...

takziah dan al-Fatihah! lagi info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

アヌム ちゃん said...

al fatihah..