Gembiranya dapat balik kampung

*Salam sejahtera*

Alhamdulillah...gembira rasanya dapat balik kampung berjumpa keluarga dan sanak saudara. 2 hari sekejap je, tapi syukur sebab dapat balik setelah sekian lama...ye lama, sejak raya tahun lepas.

Balik ni pun sempena aqiqah anak-anak saudara. Abah dan adik ipar yang jemput kami. Tengs banyak-banyak kat diorang sebab dalam penat lelah sanggup menjemput kami sekeluarga di KL petang hari Jumaat lepas. Sebaik ambil Luqman di sekolah, kami terus blah balik Raub.

Alhamdulillah inilah kali ke2 mak dan abah buat kenduri aqiqah sekaligus cukur kepala cucunya. Kali pertama ialah cukur kepala Salahuddin, anak saya nombor 3. Kenduri kali ni 4 orang sekaligus diaqiqahkan. 2 lelaki, 2 perempuan dan 5 ekor kambing disembelih. Majlis berlangsung sederhana tetapi meriah bak kenduri kahwin pun ada. Orang datang pagi - petang. Alhamdulillah mana rezeki yang ada tinggal tu dapat jugalah kami hidangkan.


Buaian untuk tuan puteri sahaja

Aqil ready di atas walker dah....

Kumpulan berzanji sudah tiba

Ummi di sisi Qurratul 'Ain
Inilah Qurratul 'Ain

Selawat ke atas nabi...

Mummy Lily dengan Khadeeja

 Hassan Albanna dengan Abi, manakala Aqil dengan ayahnya..



Aqil dengan ibu dan ayahnya...


Khadeeja dengan Mummy dan Walidnya

Alfatih  dengan 2pupunya. Dua-dua perempuan tu sedang hamil anak ke2...Yes, cucuku bertambah!!

Tu, cucu sulung saya si kembar Amzar dan Amsyar (baju belang)

Tahlil oleh pihak lelaki pulak

Ain kuasa 2...Qurratul 'Ain dan Ain Nur Sofiya (cucu jiran sebelah rumah)

Almustofa dengan Mak Chik Dayah - My youngest sister


Semua pic ni saya ambil semasa acara pagi. Tengah hari sampai petang tak sempat nak shoot sebab bz mengemas ... Malam semua 'pengsan' cepat, kepenatan semuanya :) Syukur pada Allah!

0 comments: