Makin positif

*Salam sejahtera*


Ini entry tertunda...sebab minggu lepas tak sempat nak transfer pic dari kamera ke pc. Lepas tu balik kampung. Baru hari ni boleh upload. Banyak pic masa kenduri nak share kat sini.
EPG @Hospital Selayang

Tempohari hari hubby checkup di bahagian oral. Doktor bagi tahu lepas ni dah tak perlu datang. Ini bermakna tinggal 1 lagi temujanji di Hospital Selayang iaitu bahagian mata. Rasanya matapun dah semakin ok. Kalau tidur, kelopak mata sudah boleh tutup hampir 95% rapat. Alhamdulillah syukur dan lega sesangat :)


EPG - ni untuk xray bahagian mulut. Sebutan penuhnya tak tahulah pula sebab nurse cakap macam tu je.  Lepas pakai baju biru (cover), nurse setting semua kat mechine tu dia keluar dan tutup pintu. Ada button di luar pintu yang harus ditekan dan mechine tu akan mengx-raykan sekeliling mulut dan transfer imej pada pc yang  ada di situ. Kita yang tak pakai cover kena duduk jauh-jauh dan terlindung supaya sinaran x/infra merah(ye ke ni?) tu tak membahayakan kita (kot).

EPG dibuat untuk pastikan plate/besi yang dimasukkan ke dalam muka hubby terletak elok dan tiada sebarang keganjilan pada bahagian itu. Cuma hubby ada beritahu doktor dia masih ada sedikit terasa kebas dan kurang sensitif dengan rasa. Doktor cakap ia mungkin ambil masa lagi untuk pulih kesan kecederaan saraf deria rasa. Apapun 9 bulan yang berlalu ini semakin bertambah baik dan positf semuanya. Harap hubby dapat pulih sepenuhnya suatu hari nanti. Insha Allah.

Macam inilah lebih kurang imej yang diambil oleh EPG - TQVM Gugel imej!
[cerita sebelum]

0 comments: