*Salam sejahtera*
Ada sesiapa yang ketinggalan mengikuti perkembangan SUKMA 14 yang lalu tak??? Emmm nak bagi tahu, lagi 2 tahun SUKMA 15 akan diadakan di Pahang Darul Makmur pulak yer....mesti best. Masa diadakan di Pahang pada tahun 1996 dahulu saya sempat mengikuti upacara perasmian dan menyaksikan aksi para atlet di stadium Darul Makmur Kuantan.
Hehe macam biasa, sebelum cerita intro mesti pot pet pot pet dulu kan. Ni citer yang terbaik bukan dari ladang Kak Aina sebab saya tak de ladang. Ini cerita pasal olahragawati SUKMA iaitu Ju Pha Som Net. Dia memang terbaek dari ladang. Ini cerita tentang beliau yang ditulis oleh wartawan Kosmo.
Inilah Ju Pha...comel kan orangnyaaa.. :)
KAMPUNG Padang Jelutong di pinggir ladang tebu Chuping dekat Kangar mungkin tidak begitu dikenali tetapi apabila disebut nama Jhu Pa Som Net, ramai mengenalinya sebagai ratu sukan lumba basikal negara yang sedang melonjak naik.
Pelumba berusia 18 tahun yang juga anak jati Padang Jelutong itu baru- baru ini dinobatkan sebagai Olahragawati Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 selepas berjaya memungut pingat emas menerusi acara scratch, perlumbaan mata, acara 3km kejar-mengejar dan pecut individu, selain meraih pingat perak bagi keirin.
Bagi Senator Boon Som Inong, Ju Pha adalah permata amat berharga bagi masyarakat keturunan Siam kerana dia merupakan individu pertama dalam kalangan kaum minoriti itu yang dinobat sebagai Atlet Wanita Terbaik Sukma.
"Kami amat bangga dengan pencapaiannya. Ju Pha membawa semangat 'Siam Boleh' untuk muncul sebagai yang terbaik," katanya ketika ditemui di kediaman Ju Pha semalam.
Beliau datang ke rumah Ju Pha untuk mengucapkan tahniah atas pencapaian atlet itu dan berharap lebih ramai 'Ju Pha' akan muncul mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang, termasuk sukan.
Boon Som berkata, Ju Pha berjaya menaikkan imej masyarakat keturunan Siam Malaysia, malah dia bakal membawa nama negara ke peringkat yang lebih tinggi. [baca selanjutnya di sini]
Anak bapak :)
0 comments:
Post a Comment