2 hari off: Balik kampung

*Salam sejahtera*
Perjalanan pun belum mula, kaki belum pun melangkah keluar rumah, tapi dalam kepala duk pikir nak balik KL hari Ahad nanti mesti jem giler sebab ramai orang balik bandar semula sesudah cuti sekolah tamat! Highway Karak selepas tol bentong selalu jem. Tak tau apsal sokmo sokmo jadi gitu setiap kali cuti panjang sikit dan paling teruk masa raya.


Mungkin sebab banyak kereta buat 'lorong tambahan' sendiri atau ada construction lebuh raya. Aduss pelik dan geram betul. Time bz tulah diorang baik baiki jalan. Tapi dalam setahun 2 ni dah improve sikit dah. Kalau tak...sabar jelah. Emmm apapun hopefully Ahad nanti balik jalan ok macam biasa. Paling saya harapkan tiada kemalangan jiwa yang terjadi. Sesungguhnya diri saya sangat sangat TAKUT dan masih dalam keadaan TRAUMA :( baru ni masa naik teksi ke hospital hampir hampir je saya menangis kerana teksi dipandu sangat laju.

Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Sebenarnya esok ada kenduri kawin sepupu di Maran. Habis kenduri balik Jengka14 dan Ahad balik KL bersama anak-anak. Rindu dengan diorang. Minggu depan rumah akan kembali riuh rendah dan ibu akan kembali menjadi 'tarzan' dan scene berebut pc juga akan terjadi. Ahaks...itulah kemeriahan dunia saya. Dunia sebenar yang penuh suka duka dan saya berkongsi dengan korang di blog ni. Itupun kalau ada yang membaca...


Mungkin adakalanya tulisan saya membosankan, kekadang membangga diri, kekadang merapu dan macam-macam lagi corak penulisan saya. Biasalah kalau menulis dari 'hati' gaya penulisannya lain sikit. Kalau menulis 'ikut kepala' juga lain. Menulis 'syok sendiri' tu yang jadi lagi ntah apa-apa ntah....Huhu. Namun sebagai blogger saya berharap walau apapun yang saya pamerkan di sini dapat diterima positif dan sama-sama kita berkongsi dan bertukar pandangan dalam apa jua hal. 


Terima kasih juga atas persahabatan. Sebagai seorang yang dunianya hampir 100% di dalam rumah, blog menjadikan saya sedikit 'bebas' dan bercampur orang. Ok ok pot pet pot pet pula akak ni kan. Kita jumpa lagi ye adinda-adinda semua :) Insha Allah. Caw cin cau :D
Animated Pictures Myspace Comments

0 comments: