Masa jalan-jalan kat blog BA tadi baca entri beliau yang bertajuk 'Bila perempuan prihatin'. Saya quote sedikit:
Dalam lrt tadi , aku berdiri .. cam biasa .. ramai orang .. aku dengan beg penuh dengan barang .. sah sah terpaksa makan ruang untuk berdiri .. hehe .. Berat tuu.. tak pe la..
Pastu aku perasan depan aku ni , sorang akak berbangsa melayu sedang sarat mengandung .. Hurm.... sian... aku pandang depan dia... sorang perempuan berbangsa india duduk manakala sebelah dia , perempuan berumur berbangsa cina , sedang baca suratkhabar .
Yang perempuan berbangsa india ni tidur .. tah betul tidur pon aku tak pasti la .. takkan nak g check mata dia kan ? Kang , aku lak tidur dalam lokap ... Yang perempuan bangsa cina ni , dok asyik baca suratkhabar dia ..
Bila dah abis.. dia terperasan akan akak yang berdiri ni .. Terus dia berdiri tanpa rasa ragu ragu.. Yang paling bagusnya , dia siap mintak maaf lagi , okeh ! Terharu aku weh.. [sambung baca kat sini]
Suatu ketika dulu, masa saya masih bekerja dan menjadi pengguna setia LRT, belum pernah lagi saya ketika mengandung tidak diberikan tempat duduk kecuali jika saya memang malas nak duduk dan memilih untuk berdiri di sebelah pintu masuk atau dekat tiang tengah. Bukan apa, supaya senang nak keluar. Jika duduk takut susah nak keluar dan ditambah pula dengan perot yang besar nanti nak kena 'langgar' orang pulak. Malu aii..:)
Ini tanggungjawab bersama. Sama ada yang duduk atau berdiri!
Susah juga kan nak differentiate? tapi apa yang jelas dan pasti kalau perut wanita mengandung 7-9 bulan tu mesti semua kenal. Kalau dah nampak tapi buat-buat tak reti bahasa memang semua yang di sekeliling tu nak kena. Sebab apa? Sebab yang tidur tu memang dah 'buta' (kalau buat-buat buta itu dia punya pasal). Manakala, yang 'tidak sedar' itu mestilah kita yang sedar ini tolong 'kejut'kan mereka. Macam pengalaman saya di atas, saya pilih berdiri dekat pintu, punya ramai panggil duduk. Yang duduk memang tak nampak saya tetapi yang berdiri tu minta izin dari yang duduk supaya berikan seat pada saya. Baikkan diorang.
Ada masanya bukan hanya untuk wanita mengandung tetapi untuk OKU, warga emas dan lelaki mendukung baby pun apa salahnya diberikan seat. Buatnya terlucut anak di tangan kesian baby diakan? Walaupun lelaki kuat, tidak salahnya kita saling berbudi bahasa sesama kita walaupun berlainan bangsa dan agama. Kata 1 Malaysia?
Walaupun saya nak berdiri, ada juga yang perasan dan memanggil saya supaya duduk. Kadang sampai belah kanan panggil, belah kiri pun panggil. Alhamdulillah. Saya menolak dengan baik dengan memberitahu bahawa stesen saya dekat jer..Mesti diorang pelik dengan saya kan. Orang berebut nak duduk saya memilih nak berdiri. Selagi tidak memenatkan, saya rela je.... :D
Ketika mengandung 8bulan, saya terpaksa membawa balik laptop ofis ke rumah. Perghh memang berat lappy tu. Almaklum lappy jenis gen1 kot. Kalau tak silap jenis Acer. Masuk dalam lrt saya pilih berdiri dekat pintu supaya senang nak keluar. Lappy diletakkan di kaki. Nak dijadikan cerita, esoknya masa di ofis balik dari lunch saya bleeding dan masuk wad. 2 hari tinggal di wad nasib baik baby tak de apa-apa. Mungkin tekanan kot sebab bawa lappy berat dan berjalan jauh gak la. Hubby pulak masa tu outstesen kalau tak boleh pinjam lappy dia je...
Ada suatu kali tu member bercerita dia diberikan seat oleh orang yang duduk. Dia agak tergamam namun menerima seat berkenaan dengan senang hati sebab perjalanannya memang jauh. Namun di dalam hatinya dia 'menangis'lah jugak. Sebab apa? sebab dia masih bujang....Oleh kerana mendengar kisah dia inilah, tiap kali naik lrt(masa tak mengandung dah) mesti saya cover perot dengan beg supaya tidak mahu di salah sangka mengandung. Sampai kini, kalau nampak seseorang perempuan itu jika perutnya tak begitu ketara mengandung saya sendiri jadi malu nak berikan seat takut dia terasa hati kerana sebenarnya dia tidak mengandung. Nak bertanya takut macam kurang ajar pulak..
Ada seorang selebriti, saya membaca kisahnya di dalam majalah. Masa itu dia mengandung 3-4 bulan kot. Perot tidak ketara besar. Suatu hari masa berjalan di shopping mall ada seorang sales girl promote pakej slimming dan ubat kurus padanya. Mmm hangin jugak dia kerana dia mengandung tetapi disangkakan buncit...
Ada masanya bukan hanya untuk wanita mengandung tetapi untuk OKU, warga emas dan lelaki mendukung baby pun apa salahnya diberikan seat. Buatnya terlucut anak di tangan kesian baby diakan? Walaupun lelaki kuat, tidak salahnya kita saling berbudi bahasa sesama kita walaupun berlainan bangsa dan agama. Kata 1 Malaysia?
Kalau saya suka berdiri ketika mengandung, tetapi tidak bagi anda yang mengandung tapi mahukan seat bila naik lrt boleh baca tips dari blogger ni.
2 comments:
msh segar dlm igtan ketika ngandung anak pertama..dah 7 bln lebih..ada meeting kat putrajaya...pastu nak g rmh sedara kat keramat..naik lrt..Alhamdulillah..6 org remaja lelaki perempuan..start dr naik sampai la turun..depa tolong..yg bwk beg, tlg cr tempat duduk, mintak beri laluan..dan yg best sekali siap pimpin tgn..haha..mcm la sy betul2 tak terdaya..terharu sgt..diaorg terkejut sbb sy ckp sy naik bas dr terengganu..
yelah kan shera bukan semua org tak prihatin.yg terlebih prihatin pon ader..Alhamdulillah
Post a Comment