Entri copy menusuk hati

*Salam sejahtera*

Sempena hari bapa tahun ini saya nak tempelkan entri copy paling menusuk hatiku...tulisan Cik Misi Fatimah, adindaku yang dikasihi :) Kata hatinya juga sama yang dikata-katakan di 'hati-hati' kami adik beradik. 
Ini kisah tentang buah hati saya. dari kecik, sampai besar, dia sentiasa ade masa saya susah dan senang. dia HEBAT. dia ialah ABAH!
Masa kecik2 dulu, bila nk buat menda jahat, jarang la nk ingat Allah memandang, malaikat mencatat amalan... tp, 1st sekali terdetik kat otak ni, -----> nanti abah marah!abah garang!
tak tipu, abah memang garang! tengok muka pun tau kan? memang slalu nangis sebab kena marah dgn abah. kecik hati dgn abah pun pernah. tp, nak melawan ckp abah memang takut la.serius!
Banyak benda yg abah sekat, kadang2 rase abah mengongkong. rase diri tu dah besa sangat, padahal, akal tu dangkal sangat nak di bandingkan dengan abah yang dah makan garam lebih dari diri ni.
Abah suka cakap serius. jarang nak nampak abah senyum, sbb tu 1st impression org bila jumpa abah, mesti ckp , "weh, abah kau garang." tapi korang tak tau, abah tu sweet orgnye. baik hati dan hensem. ;)orait, mari buktikan.
Abah semasa minggu exam
- tiap2 kali balik exam, abah akan tanye,
Abah : "Boleh buat tak exam?"
saya : Susah la bah...
Abah : Ape yg senang?

Saya : hee (sambil t'sengih..)
Abah : susah tu boleh jawab x?
Saya : er,.boleh la...(dengan nada tak yakin)
see..abah memang caring. tiap2 hari akan tanye, sampai la exam abes...dan kecik2 dulu, makan satay adalah pekara special dalam hidup ni.tau sbb ape? masih ingat lagi, lepas result upsr, pmr, abah tak miss belanja satay kat Restoran Rokiah Satay. itu menunjukkan abah hargai kegigihan saya. abah saya sweet, tp saje tak nak tunjuk.kan? *naper ngah tak dapat makan satay? ooo..tak fair ni? yelah sbb masa ni sya dah kawen.tam dah kawen.yg lain dah keje.jd abah belanja adik+mak 4beranak jer.cukup bajet.masa ngah abah kena blanja anak 8+mak =10perot nak diisi.paham2 ye bajet..abah sy dulu drebar je.skrang motong getah...tp sekali sekala mmg abah bawak pegi makan satay juga walaupun bukan ms hari istimewa
hipotesis accepted: ABAH SAYA SWEET
Abah semasa birthdayku
Yah : Abah, harini burfday mah.
Abah : yeke...
Saya : hadiah xde ke bah?
Abah : selama ni abah bg makan, duit blanja, tu bukan hadiah?
Saya : hee (senyum kambing..)
mesti birthday korang, mesti dpt hadiah best2, drp parents korang kan? saya,sampai sekarang, tak pernah nk mintak hadiah dgn abah. sbb dah tahu, saya berjaya membesar hingga saiz begini pun ats 'hadiah' daripada abah. ye, hadiah abah, sampai bila2 pun saya tak dapat nak bayar. mekaseh, bah. abah memang baik.*tak sape pun penah dpt...tak pernah juga meminta sbb tahu kalau abah org kaya dah lama kita semua dapat.Doa dr abah dan mak ialah hadiah terbaekkk buat anak-anak..
hitotesis accepted: ABAH SAYA BAIK
Abah memang hensem. sebab tu saya takde bf. sebab tak ade sape boleh challenge abah punye kehenseman. bila abah senyum, bukan mak je cair, tapi boleh menyebabkan saya rasa lapang dada, bersemangat, dan luar biasa.fantastic! so, senyuman abah yang hensem tu, lebih hensem dari senyuman lelaki2 hensem di luar sana. taak tipu!
hipotesis accepted: ABAH SAYA HENSEM *haha dulu ngah pun nak cari bf hensem mcm abah...berkurun mencari dan ingatkan takkan jumpa dah, mmg yakin takkan dpt untill i met my hubby.hihi....thanx to abah coz promote him to me
Abah HERO saya!Abah akan defend saya, n family. ingat lagi masa 1st day pendaftaran dkt matrik. sume parents tak boleh hantar anak ke hostel dengan kenderaan sendiri. ada kenderaan di sediakan, tak pun kena jalan kaki. Barang banyak tahap gaban.  memang kena 2x trip baru setel barang. memang sedih sangat time tu. Abah dah la sakit kaki. mak pulak, bukan sehat sangat, tp gagahkan jugak kaki mengangkat barang2 tu. then, masa nak hantar barang2 tu ke hostel, banyak pulak kereta2 besar n mewah yg boleh pulak lepas masuk. abah hangin tahap max la. hampir je budak2 ajk abah nak marah. kalau abah tak sayang saya, boleh je abah tunggu dlm kereta, saya angkat barang sendiri.tp, abah tetap gagahkan diri, wlapun diri sendiri tak daya sangat. abah gagah! abah hero! *abah pernah bertukang kat hostel ngah.tolong pasang meja komputer yg berat giler.menyembur peluh jantannya.kesian sgt masa tu...dah la nak beli pc tu abah bertekak dengan officer kat $%&^ sbb dia persoalkan napa dlm surat beranak ngah tulis abah keje askar.ms tu dah keje kg jer..dah ler nama abah abdullah.mebi diorang suspek ngah bukan anak abah.huhu..patutlah abah marah...(ngah beli pc ni guna guna kwsp abah.kena buat permohonan br dpt)
Abah terlalu caring.
Masa abang accident, n masuk icu dulu, abah selalu stay kat hospital. even mak tidur umah ngah kat KL, sebab abg ngah jemput, abah takkan ikut. abah rela tidur dalam kereta sbb nak stay kat hospital. abah bimbang melebihi mak, kadang2. paling sedih, abah nangis waktu abang naik pelamin. sbb abah tak sangka, umur abg masih panjang. mana tak nye, nyawa abg mcm di hujung tanduk masa kat icu dulu. abah berhati lembut sebenarnya. abah lebih lembut drp apa yg mata kita lihat.siapa sangka kan?*abah pun tolong jaga ababg P kat spital dan tolong hantar pegi checkup kat spital ....ms nak bg duit minyak dia tak nak amik.katanya ngah nak bayar upah dia.sedih betul ngah.....thanx abah
Abah dan tauladan.
Abah selalu pesan macam2 tentang hidup. ayat abah selalu buat saya tacing. abah ajar saya apa yg abah tau. walaupun abah tak belajar tinggi, tp, abah hebat sbb berjaya hantar anak2 abah belajar tinggi. meskipun kuaga kita tak kaya, hidup sederhana, semua anak2 abah semua diberi cukup makan, pakai, pelajaran. anak abah 8 orang tak pernah kebuluran, kesejukan, kepanasan. sebab abah hebat. abah sediakan semua cukup untuk lapan lapan anak abah. mekasyeh bah! 19 tahun saya hidup di dunia. terlalu banyak hutang saya pada abah. tak terbayar sampai mati pun. saya sayang sangat abah saya! Abah kekuatan saya. sumber inspirasi saya!*bila tak de lauk kat umah, abah pegi menjala ikan kat sungai.ngah nak ikut dia tak bagi...mmm siyes nak blaja menjala.kalaulah ngah ni jantan mesti dia bawak...huhu.nak blaja motong getah pun dia tak bagi.bukan syg pokok getah kene tarah sbb tak pandai tp dia tak nak anak dia jadi penoreh mcm dia sebenarnya...at last ngah jd suri rumah je.ngah tahu dia kecewa..'apa boleh buat' itulah ayat abah berulang kali...nampak sangat dia betul2 keciwa
Korang,
"ABAH SAYA GARANG" tp, sekarang saya realize,
"SAYA JADI 'ORANG', SEBAB ABAH"* like this statement!!

Loving couple forever...latest pic @Langkawi. Dah tua2 ni baru abah dpt bwak mak g dating :)
SELAMAT HARI ABAH!
selamat hari2 hendakNya.
luv u lillah~                                                                                     
CREDIT 

Walau situasi sedikit berlainan, kerana saya anak sulung mesti saya dididik lebih tegas.....Namun abah tetap abah. Fatimah anak ke7 dan dia paling 'maju ke depan' antara kami adik beradik...Abah selau cakap "kalah lah awakk.." setiap kali exam dia dapat lebih cemerlang daripada keputusan saya. Apapun saya tak pernah jeles, sebab apa yang abah banggakan itu juga kebanggaan saya dan semua...Semoga keluarga kami akan berbahagia selamanya dunia akhirat. Sentiasa di bawah rahmat-NYA dan tetap berkasih sayang antara kami di kala susah dan senang. Amin..

Terima kasih abah,
Terima Kasih!
Terima Kasih!
Terima Kasih!
Terima Kasih!
Terima Kasih!

Terima Kasih kerana masih 'menjaga' Ngah dari kecik sampai tua ni...Terima Kasih kerana sama menjaga P dan anak-anak Ngah semasa kami susah.

Terima Kasih Abah! 

Maaf sebab masih tak dapat membalas jasa-jasa abah dan mak !

Luv,
Ngah

0 comments: