Selamat pagi semua

*Salam sejhatera*

Alhamdulillah berselera betul akak makan breakfast dengan spaghetti pagi-pagi ni. Haha jangan marah ye jangan annoy sebab ini orang malas punya kes. Kalau rajin sudah mesti masak-masak yang berat sikit. Spaghetti ni senang je rupanya nak masak, rebus spaghetti pilihan kita, masakkan sosnya, campakkan segala macam lauk dan sayur pilihan anda dan tuang atas spaghetti tersebut. Baca bismillah dan melantaklah korang sebanyak mana korang nak. Sebaik-baiknya ialah makan itu berhenti sebelum kenyang...
pinjam pic orang.tak sempat nak snap yang akak punya dah masuk perot sihh..

Eh lupa nak tanya korang pulak makan apa untuk breakfast pagi ni? Kalau nak diet pun, makan pagi tidak boleh ditinggalkan tau. Kalau dah sibuk dengan kerja, apa salahnya makan dahulu atau sekurang-kurangnya letaklah roti/kuih sebelah keyboard. Buatlah kerja sambil menyelam minum air.Hebat kan? haha masa akak kerja dulu memang best. Kalau meeting mesti ada makan. Kalau division lain yang meeting, makanan diorang pun jadi rezeki kami juga. Sepakat membawa berkat kan... :D Lepas tu buat neslo letak dalam flask. Pergghh ...down memory lane :)

Beberapa hari ni akak sibuk sikit. Eh tak sibuk mana juga macam biasa tetapi pc telah ditawan oleh anak-anak dari hari Sabtu. Akak terpaksa menggunakan kuasa veto untuk menerbitkan 1-2 entri sebagai post hari berkenaan. Tu pun sebab nak pastikan rank tak jatuh menjunam. nanti susah nak naik balik. Sebab itulah kalau korang perasan ada entri yang hanya gambar semata...Mesti ada yang singgah sengal jer kan. Nampak sangat tandusnya idea otakku....huhu tapi itulah puncanya, anak-anak main game pagi - malam. Kebetulan sepupu mereka datang baru-baru ni, jadi terpaksa langgar pantang dan peraturan. Kalau tak takut pulak anak sedara nak datang rumah ai...

(Aduusss kesegaran pagiku dicemari asap..pembakaran terbuka ni:( jap nak tutup tingkap) *sori tu pon nak taip sebab berlaku pada masa ni*

Baru-baru ni akak join segmen Zippomiller. Sori segmen dah start tapi tak sempat nak follow. Lepas ni Insha Allah akak terjah blog adik-adik semua. Kepada yang telah singgah di sini, terima kasih banyak-banyak-banyak... Harap apa yang Zippo harapkan daripada segmen tajaannya akan tercapai. Yelah terlampau banyak blogger yang buat segmen sekarang ni. Sampai tahap blogger otai muak dengan blogger baru. 

Sebenarnya diorang bukan otai pun. Sesetengahnya sekadar senior sahaja tapi pencapaian blog tetap 'kosong'. Jangan marah ye maksud akak senior tu tak de beza pun dengan blogger baru yang baru 2 hari menulis tapi follower dah beratus. Tu baru 2 hari. Kalau dah jadi senior kelak mesti lagi otai dari senior sekarang kan...Perlukah pencapaian bagus dinilai dari follower sahaja?atau lihat pada komen dientrinya berpuluh-puluh? 

Oklah nak gi terjah blog adik-adik pulak. Nak BW. Jap lagi hero Lodestar balik sekolah agama. Nak siapkan dia ke sekolah kebangsaan pulak. Take care semua :)
Buat Zippo yang baru balik kerja pagi ni katanya, sila breakfast dulu sebelum tidur ye. Ahaks :)

5 comments:

CIK CHIPSMORE said...

SALAM...hye akk..
waahh..best2...pg2 dah makan mknn sedap nie...aye pg nie mkn nasi lemak bungkus jerk...almklum ler hujan arini..satu uma bagun subuh pastu tdo balik..so xder nak wat br1st...dsebabkn xder owg wat sarapan..kene ler beli mknn bungus..hehehe

アヌム ちゃん said...

sy selalu skip breakfast..lunch trus..heeee..sedapnyela spageti huhu

ZIPPO MILLER said...

kak saye kenape sy tak pernah try makanan tu kak? tapi kak sepanjang sy jadi pembace tetap akak kan...sy perasan satu bende..akak selalu terlupe amik pic yang kak makan..sebb dah masuk perot wakakak...Tq kak...untuk info Zippo tidur 2 jam jek..pastu keluar kerje balik carik Projek baru...tq sbb TC kak..hehhe

ZIPPO MILLER said...

Blogger otai? jeng jeng jeng...sye seterus terangnye bersependapat dengan akak..

Aina said...

Aye
nasi lemak pon best tp berlemak sgt lepas mkn mesti terasa nak tido..

Anum,
on diet lagi ke?dah kurus dah tuh..

Zippo,
moga dapat banyak projek ye dan terus sukses :)