Ajal di tangan Allah

*Salam sejahtera*


Semasa kenduri semalam, ketika tahlil dilakukan, tidak ramai orang lelaki yang berada di dalm rumah. Saya sangka itu sahaja yang datang. Namun, tak lama kemudian sehingga tahlil habis dilakukan, beransur-ansur seorang demi seorang muncul di rumah kami. Alhamdulillah ramai juga yang hadir rupanya pada tengah hari itu.

Dalam ramai-ramai tu, saya ternampak abang kepada Pakcu (adik ipar abah saya) datang sewaktu tahlil hampir tamat. Pak Tam Taib kami panggil dia. Dia hanya berdiri di luar bersama-sama dengan jiran tetangga lelaki lain yang tiba lewat juga. Tersenyum manis aje sewaktu tiba. Saya pula tidaklah menegur beliau. Sekadar memandang dari jauh. Dia nampak ok jer seperti orang-orang yang sehat lain.

Saya dan anak Pak Tam Taib, Junaidah pernah rapat suatu ketika dulu. Semasa kami sama-sama di tadika Kemas dan sama-sama di sekolah rendah. Rajin jugalah saya melepak di rumahnya bermain. Bila menginjak sekolah menengah hubungan rapat tersebut mulai renggang. Tapi kami tetap bertegur sapa bila bertemu terutama di kenduri kendara, hari raya dll. Sementelah kami juga bersaudara...

Tadi sewaktu menikmati makan malam, tiba-tiba mendapat sms dari adik mengatakan Pak Tam sudah meninggal. Dia dikatakan Pak Tam terkena serangan jantung dan dibawa ke klinik kesihatan berdekatan. CPR sempat diberikan kepadanya, namun tadir Allah mengatakan cukup sampai sini sahaja waktu diberi kepada Pak Tam di dunia...

Sekelip mata bukan??Masih terbayang senyuman Pak Tam kelmarin. Nampak sihat sahaja dia di pandangan mata saya. Itulah dia, ajal ditangan Allah! Semoga rohnya bersemadi dengan aman di sana dan diterima baik di sisi Allah di kalangan hamba yang bertaqwa. Amin.

Alfatihah untuk Pak Tam Taib.


0 comments: