Selamat Hari Bumi 2011


*Salam sejahtera*

Pagi pagi lagi Luqman dah buka tv untuk tengok kartun. Lepas solat subuh terus melenguk kat depan tv...ibu tertenok sekali laa:D

Pliss klik play ye...best jugak animasi kacang ni, kat tv2 RTM

Episode 'sungai' saja saya pilih bertepatan hari ini sambutan 'Hari Bumi' sedunia...Google juga tengah meraikan dengan meletak doodles baru di atas kotak cariannya...

Doodles 22 April 2011, ia animated kalau dilihat di laman gugel sendiri

Google Doodles untuk tahun-tahun lepas...

Selamat Hari Bumi kepada semua..sambutan ini pada saya hanya sebagai suatu kampen sayangkan bumi, peringatan supaya menjaga alam sekitar dan sebagai satu langkah menyebarkan kesedaran dan menyalurkan langkah-langkah terbaik untuk orang awam lebih menghargai bumi.

Tanggungjawab menjaga bumi dan alam sekitar bukan terhad pada 1 hari sahaja. Bersama-samalah kita menjaga kebersihan, menanam pokok(bukan lalang di laman rumah ok) dan membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Banyak lagi cara yang boleh dilakukan tapi kadang-kadang ramai yang buat tak endah seperti membuang puntung rokok ke dalam longkang, buang tisu mengesat hingus di tepi jalan, buang kulit kacang/kuaci ke lantai dll. Ada juga menyerahkan penjagaan sekitar kepda satu pihak seperti tukang sapu dan pengangkut sampah tapi bila longkang tersumbat, tong sampah penuh tak berangkat pandai pulak komen..

Apa yang penting? kerjasama.....

Selamat Hari Bumi dari Laman CahayaMata!

0 comments: