Penganiayaan terhadap wanita bertudung?

*Salam sejahtera*

Tentu dah ramai yang membaca dan mengetahui berita hangat ni..Dah banyak blog menyiarkan dan dah ramai yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang mengaibkan golongan hawa ini....Trend terkini dengan modus operandi licik - PENGUMPUL BERSIRI- jahat taraf perogol bersiri!! (sorry to say!)

Ihsan Gugle imej...I like pink:)

Sedih, marah dan malu semua ada! Tapi akak tak mau emo sangat lah bukan sebab hal ni 'tak kena atas kepala aku' tapi punca terjadi semua ni adalah dari kita sebagai perempuan juga. Harap ada yang tersentap tapi jangan marah marah dan ambil hati dengan kata-kata akak ok. Tolonglah fikir secara bertenang, positif dan kita ambil iktibar di atas apa yang terjadi. Mari kita sama-sama menjaga maruah dan tutup kepala kita ini dengan sempurna. Diulang, SEMPURNA...untuk pengetahuan korang akak pun tak pakai tudung labuh tara mana pun!

Patutlah hubby akak dulu marah kalau akak upload pic kat fesbuk....kalau ade dia sekali dalam pic tu, tak mengapalah. Kalau ada anak-anak, itu kira ok jugaklah...kalau pic sorang-sorang mmmmm memang siaplah aku kene pulas tinga....hehe tak de sampai macam tu sekali..... Hubby akak bagi ceramah jerrr dan sebelum ceramah tu tamat, akak cepat-cepat remove kan pic yang dia tak suka tu...thanx hubby, baru tahu sekarang betapa,

"kalau aku tak menjaga maruah sendiri bermakna akan menjatuhkan maruah dia, keluarga dan seluruh kaum sejenis aku juga..."

Bagi adik-adik yang teraniya dengan kejadian ini, ambillah tindakan yang difikirkan wajar. Rasanya kalau ini melibatkan maruah, korang boleh buat police report. Jangan diikut kata si Usop Wilcha tu kata nak "bako-bako...kita bako!!!". Dari buat perkara yang tidak berfaedah dan akan merugikan kita baik adik-adik ambil tindakan yang lebih wajar!

Marah dan kutuk beriya pun tak guna! Penggunaan bahasa kesat akan memudaratkan pahala kita juga...Dah lah pahala kita ciput sebab pakai tudung, baju ketat. Kemudian, pergi maki orang pulak nanti terus jatuh level kita di taraf sama dengan diorang tu...Ada yang dah klik report page tersebut di fesbuk, itupun elok juga....harap-harap cepatlah page tu kena remove oleh fb.

Jangan lupa adik-adik , jaga diri, jaga peribadi dan maruah sebelum maruah kita 'dirogol' di depan mata kita sendiri tanpa kita dapat berbuat sesuatu untuk menyelamatkannya. Cegah sebelum terlambat....Maafkan akak jika ada keterkanjuran kata. Sesungguhnya sebagai wanita muslimah akak juga tersentap dan terasa bila mana ada kaum sejenis yang diaibkan oleh manusia lain, tidak kiralah sama ada dia lelaki atau pun perempuan.

Baca selanjutnya di...


1 comments:

zippo miller said...

sORRY Jap akak, Saya ada sesuatu nak sampaikan

http://zippomiller.blogspot.com/2011/04/award-from-mamaluvcom.html