Tips gaya hidup orang malas nak sehat

*Salam sejahtera*

Susulan entry kat sini, saya nak tambah lagi tips. Kali ni tips amalan gaya hidup sihat. untuk orang yang malas bersenam. Maaf, di sini saya akan guna ganti diri 'aku' ..... Kita lihat apa selalu orang kata dan lihat pula apa saya kata pada apa orang kata.

Kata orang jangan makan banyak nanti gemuk!!

Kata aku, makan je.... Makan semuanya asalkan jangan makan seperti ular.
kerana ular lepas makan banyak dah tak leh bergerak..huhu:(

Kata orang makan tapi berhenti sebelum kenyang....

Kata aku makan lebih pun tak per asalkan sebelum makan dan selepas makan korang baca doa. Insha Allah ada keberkatan pada makanan yang masuk dalam perot... Sape makan tak sebut nama Allah tu sia-sia je makan walaupun sedikit. Hafal tak doa selepas makan?

doa makan semua tahu kan?

Kata orang kurangkan manis dalam makanan tambahkan manis dalam senyuman.

Kata aku....siapa nak makan dan minum manis-manis juga lantak koranglah.....Tak nak senyum manis pun tak pe...Terpulang, tapi pastikan hanya manis dalam makanan korang sorang je... tolong jangan naikkan peratusan penghidap diabetes di Malaysia!

Kemudian kalau nak senyum biarlah ikhlas jangan depan senyum belakang mencebik! Terutama yang kerja di kaunter depan, utamakan pelanggan! Kalau tak nak senyum sila apply kerja bancuh air sebab pasti air korang manis-manis buah je kan. Bagus, elok untuk kesihatan...
Kata orang banyakkan exercise... Amalan gaya hidup yang sihat:)

Kata saya, tak payah senam bagai tapi sila gunakan tangga daripada lif... hehehe


Ada yang tak suka apa aku kata? Yelah setiap orang mesti ada kata hati korang sendiri kan? Apapun jua kata kata yang terucap, tertulis, atau terpacul jangan simpan dalam hati je tau. Luahkan di blog masing-masing. Blog kita, kata hati kita.... Happy blogging yaa.

4 comments:

Tina Othman said...

boleh makan byk ye hehehe suka2 =)

Feizal said...

bile dh kawen nie...mkn sikit pun bdn blen gemuk..fening la..

ke kena kena ikut pantang larang yg ini..

Aina said...

tina

- ain pon suka hahaha..
tp tina on diet kan..hihi makan je asal jgn jadi cam anaconda tu:P

Aina said...

feizal

lelaki lepas kawen kebanyakkan mmg gemuk kan? hehe ade pantang yer.nnt sy check k:)