*Salam sejahtera*
Semalam akak pergi shoppin barang dapur sendirian macam biasalah. Balik tu tumpang jiran yang kebetulan terserempak di kaunter bayaran. Sampai di parking, dah pesan adik dan anak-anak turun tolong angkat barang. Akak ni tinggal di flat je, tingkat 10 pulak tu. So, kalau nak angkat sorang-sorang lenguh jugak tangan.
"hari ni dia ulang ibu....." panjangnya sebut ibu tu. Ada nada kecewa bunyinya.
"a'ah..tah apa apa ulang hari ini..." sambung adik saya yang dah berumur 25 tahun tu..haha memang hebat penangan Boboiboy inikan? bukan kanak-kanak sahaja. Yang dah nak luput umur remaja pon minat. Hehe nasib baik akak tak sempat menonton, kalau tidak emak budak ini pun frust sekali....
Semestinya, bukan kami sahaja yang frust..tengok ni
Pelbagai lapisan umur yang frust tuh! Kemain lagi terbaekk nye kartun ni di mata diorang kan? Ada yang cuba faham situasi kelmarin, ada yang tidak kisah dan yang tak best ada yang marah dengan kata-kata kesat. Aduyaiii ni citer kartun je pun, apsal nak marah sampai macam tu sekali? Apapun pihak BoboiBoy dengan rendah hati dah explain pada page tersebut...
Harap dengan penjelasan tu semua orang boleh bersabar. Kita orang dewasa tak elok jadi macam budak-budak kan? Rasanya kanak-kanak macam anak akak lagi matured! Tak de nak marah pun, diorang layan je...better daripada tiada langsung. Ulanglah 10x atau lebih dari itu mesti diorang tengok lah! Macam Upin Ipin, hari-hari layan kat tv9 5.30 dan 6.30 pm...
2 comments:
wakaka, tp skung mmg ramai org dewase tgk katun, zippo selalu rembat anak buah zippo punye vcd katon, ank buah zippo tu baru 5 tahun hahah. beruntung budak2 skung, katunnye dah x pakai lukis2 dah herm
zippo,
tak baek maen rembat je barang org even drp budak kecik umur 5 tahun! ko dah pulangkan vcd katon die ke blom?? pi pulang cepat pi! pi!
waahahahahahaha:))zippo kene pot pet dngan akak:P
Post a Comment