*Salam sejahtera*
Ada seorang otai blogger cakap, jangan tipulah kalau korang cakap blogging ni suka suka saje dan bukan untuk popular. Kalau tak nak popular apa tujuan kita buat blogwalking, tinggal URL di rumah blogger lain, main SEO dan lain-lain tu? Macam-macam trick blogger yang saya pun tak berapa pakar sangat nak bagitahu korang. Pokok katanya, blogger macam kita ni berhempas pulas nak bagi orang datang ke blog. Korang mengejar popular ke?
Kalau orang tak datang jenguk blog kita, maka diorang takkan kenal kita. Once diorang datang atau tersinggah di blog maka kita akan dapat UV (unique visitor). Kalau blog kita bagus dan menarik ramai UV, maka lama-lama popularlah kita. Ye ke? Beribu follower belum tentu kita akan popular kerana mungkin ada yang masuk pertama kali sekadar mendaftar sebagai follower tapi selepas itu dah tak masuk ke blog kita. Kenapa agaknya ye? Kalau macam tu, terpaksalah kita berusaha lebih giat lagi dan perbaiki kelemahan. Juga jangan lupa cari ilmu blogging sebanyak mungkin....Huihhh, penatnya lah kan?[link]
Blog apa popular?
Hasil pemerhatian tak bertauliah saya, blog yang popular tu biasanya mengandungi kandungan hiburan yang ramai orang suka baca. Gossip, artis seksi, hal rumahtangga dan cinta, kisah kahwin cerai dll. Walaupun tak semua, ada juga yang berjaya dengan menyalurkan kisah peribadi sendiri. Ya, itu yang susahnya kerana siapalah kita yang orang lain nak tahu apa yang kita makan hari ini, apa kita buat hujung minggu ni, birthday dapat hadiah apa dll. Bergantung kepada kreativiti sendiri barulah blog konsep sebegini boleh berjaya macam Mak Merah, Hanis Zalikha dll.
Ada juga blog kedai online yang jualannya menawarkan barangan yang menarik minat pengguna. Macam saya ni tak minat shopping online, tak pernah membeli oline jadi susah sikit nak masuk ke sana. Bagaimanapun saya dapat melihat kejayaan kawan-kawan yang melakukan jualan online begini. Nasib baik atau strategi jualan yang menarik? Walaupun terpaksa bersaing dengan blogger yang melakukan mudus operandi yang sama pulangan mereka tetap memberangsangkan!
Ada blogger yang kreatif menawarkan contest kepada blogger lain. Ini juga salah satu cara untuk blogger tersebut naik dengan cepat dan popular. Bagi yang sukakan pertandingan mereka akan follow contest dengan blogger tersebut berulang kali tanpa jemu! Syabas! Dengan menaja hadiah di dalam contest tersebut, blogger lain berpeluang menerima impaknya dan ini win-win situation yang boleh diaplikasikan.
Selain itu blog resepi macam Kak Hanieliza dan CMG, juga amat diminati ramai termasuk saya. Kalau kering idea nak masak apa kat family mesti cari inspirasi di dapur-dapur diorang.
Once dah popular, blogger ni semua tak perlu lagi berjalan-jalan (BW) dan rilek kat rumah masing-masing menulis dan berkongsi ilmu macam En. Ben kita. Hari-hari dan setiap masa akan ada blogger lain yang datang untuk mengutip ilmu dan berkongsi cerita dan pendapat. Setiap segmen yang dibuatnya melibatkan 3 way communication di antara blogger[blogger-> ben-> blogger-> blogger]. Sangat bijak!
So, apa kata anda? Korang nak popular? Bagi saya popular tu kalau sampai masuk media dan 1 Malaysia kenal kita. Menjadi seorang yang dikenali pun sudah memadai bagi akak untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Walaupun tak berjaya dalam karier di luar sana , saya mahu menulis dan menulis dan terus menulis selagi ada izin-NYA.
4 comments:
populaar? nak la jugak siket. tapi blog sebab nak share bende yang saye rase menarik supaya orang lain gelak. hahahha
jadi popular sebab menulis dalam blog.. hmm boleh la nak anggap sebagai bonus selepas berpenat lelah menulis dalam blog
dioarang ni memang hebat . tulisan mereka dah dikenali dan dapat kunjungan dari pembaca setia
mngkin sedikit. tapi, xkanlah nak biarkan blog tanpa pembaca..
Post a Comment