*Salam sejahtera*
Alhamdulillah tumpang gembira dan lega mendengar berita di Buletin Utama TV3 malam ini bahawasanya stesen bas Puduraya kini akan dibuka secara rasmi pada hari Sabtu ini, bersamaan 16 April 2011. Setelah ditangguhkan pembukaan pada 1 Mac lalu kerana ketidakpuasan hati terhadap beberapa isu, berita ini ternyata sangat sangat mengembirakan dan seolah berbaloi penantian bertahun dan selama berbulan-bulan ini...
Setelah proses baik pulih dan naik taraf sejak 2009, stesen sementara telah dibuka di Bukit Jalil dan dengan pembukaan rasmi Puduraya, maka stesen Bukit Jalil juga secara rasminya akan ditutup! Harap semua pihak yang menggunakan perkhidmatan bas sedia maklum dengan berita ini dan tidak tersilap tren/bas untuk ke kaunter membeli tiket atau tersilap terminal untuk menaiki bas kelak...
Kedudukan Puduraya yang berada di dalam bandaraya Kuala Lumpur itu seringkali kesesakan terutama musim raya atau cuti sekolah. Masalah-masalah yang pernha wujud sebelum ini telah cuba dikurangi dengan belanja baik pulih yang memakan jumlah RM 52juta. Pihak Uda Holdings diberi kepercayaan melaksanakan projek tersebut.
Bagi mengekalkan keselesaan bersama, diharap juga semua orang awam dapat bertindak menjaga kemudahan disediakan dengan baik dan penuh tanggungjawab. Pandangan secara kasar saya menonton di kaca tv tadi, Pudu raya yang baru ini memang cantik. Nampak ala ala gaya di airport pun ada. Teringin juga nak melihat depan mata sendiri perubahan-perubahan baru ini. Tapi, tak tahulah bila dapat kesempatan ke sana kerana sejak tamat belajar tidak pernah lagi ke Puduraya. Namun kenangan-kenangan silam pahit manis di masa lalu tetap dalam kenangan. Mesti korang pun ada kenangan di sana kan?
Jom layan gambar!
Puduraya sebelum ini....
teringat dulu heret beg berat-berat nak naik bas....huhu
perghh tutup hidung bau asap bas..
lengang macam ni ok, kalau sesak macam kat bawah, hati-hatilah dengan penyeluk saku!
'ulat' masa ni banyakkkkkkk...hati-hati korang
emmm pernah beratur panjang nak beli tiket. tahan rasa nak terkucil sebab tak de member nak tunggu barisan...iskkkk:(
tangga nak turun tu tinggi dan menjunam je rasenye..bawak beg berat aduss lenguh bahu akak....
makan kat sini mencekik darah...lapar dan dahaga, tibai jugak laaa...
Puduraya hari ini......[sumber]
dewan solat (surau) bendingkan dengan surau sebelum ini
bahagian perempuan lagi sedeh:(
perghhh.....sebelum ni kerusi macam ni jer..(bawah)
pernah ketiduran di bangku situ menunggu matahari terbit..
cun tempat makan...bandingkan dengan sebelum (di bawah)
kaunter e-ticketing
Kredit: Foto baru oleh Norafifi Ehsan (The Star), foto lama Google image. Petikan berita:
terdapat penambahan mobiliti untuk para penumpang melalui peningkatan lif dan eskalator, penambahan dua unit walkalator, laluan pejalan kaki, sistem siar raya, penambahan tandas awam yang melibatkan kemudahan mesra pengguna untuk orang kurang upaya.
Terminal kini menempatkan lebih kurang 245 lot merangkumi kaunter tiket, mesin-mesin Mesin Teler Automatik, kiosk, gerai runcit serta restoran-restoran[baca selanjutnya]
3 comments:
kemudahan dah cun dah.
tapi kita tunggu dan lihat bab maintenance dan juga
sikap segelintir rakyat malaysia dalam menjaga kebajikan kemudahan yg disedia kan...
baru siap dan buka memang akan kelihatan bersih.tapi lepas tu,erm.harap-harap pihak pentadbirnya nanti akan selalu menjaga kebersihannya.dan harap sangat kita sebagai pengguna dpt jaga kebersihannya.bukan setakat kat puduraya je.kat semua tempat lah. :)
http://riffzam.blogspot.com/
lawa jugak eh diorg ubahsuai balik puduraya... tapi dah lama dah tak naik bas.. nanti nak try gak ah sekali naik kat pudu hehe
Post a Comment