Siapa yang PERTAMA - kisah Gagarin & Amstrong

*Salam sejahtera*

Teringat zaman sekolah rendah dahulu,penyiar radio sekolah akan memberikan kuiz setiap hari untuk meningkatkan pengetahuan am di kalangan pelajar. Semua jawapan dihantar pada cikgu dan pemenang akan dicabut melalui undian ketika perhimpunan di pagi Isnin.

Ada 1 soalan tu yang saya ingat sampai ke hari ini ialah siapa manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan? Ya, saya jawab dengan tepat tetapi tuah tak pernah datang setiap kali cabutan undi dilakukan:(

Dialah manusia bertuah itu, Neil Amstrong! Dulu-dulu ada dengar cerita yang mana, masa dia jejak kaki je di bulan dia mendengar azan berkumandang. Lepas tu cerita masuk Islam, betul ke? Mana tah sumbernya, hanya citer mulut ke mulut je yang sampai di telinga. Almaklumlah zaman akak sekolah dulu Internet tak sampai lagi dihujung jari. Nak tengok komputer pun susah. Masuk sekolah menengah baru merasa pegang PC masa di kelab komputer. Itupun setahun sekali kelabnya berfungsi! Adui, sedih mengenangkan kesusahan zaman tu....sekarang lahir-lahir je anak-anak akak dah mengadap komputer, bertuah anak-anak sekarang.

Anak sulung akak Luqman bercita-cita nak jadi angkasawan. Itu semua pengaruh cerita kartun lah...Tapi manusia pertama jadi angkasawan memang dia tak kenal. Akak pun tak terfikir nak tunjuk dan kenalkan dengan Yuri Gagarin atau cerita pasal Neil Amstrong. Sheikh Muzaffar pun entah ingat ke tidak walaupun dah pernah tunjuk kat diorang angkasawan pertama Malaysia. Bukan apa, sekadar suntikan semangat untuk mereka belajar. Kalau nak jadi angkasawan, tak semestinya belajar jadi angkasawan tetapi jadi polis, doktor, cikgu, ustaz dan apa-apa pun boleh jadi angkasawan. Angkasawan pun kena rajin solat, belajar Maths, BM, BI dll supaya pandai..


Panjang lebar akak pot pet pot pet kat anak-anak. At the moment ingatlah tapi kalau tanya sekarang mesti lupa balik. Itulah satu faktor kenapa para ibu suka mengulang banyak kali nasihat yang serupa sehingga di'cop' seorang pembebel:(

Berbalik kepada tajuk entry, Siapa yang pertama? Yuri Gagarin atau Neil Amstrong? Sebenarnya akak sendiri pun selalu tersilap dengan fakta. Manusia pertama ke angkasa ialah Yuri Gagarin (Soviet/Russia) dan manusia pertama jejak kaki ke bulan pula ialan Neil Amstrong(Amerika). Itu sebagaimana yang di war warkan, tapi ada yang mengatakan Amerika sengaja mempropakan kita semua!

.....bersambung [link]

2 comments:

zippo miller said...

ha ah la kak, mmg panjang lebar, tp kalo anak akak bersungguh2 nak jadi angkasawan masih berpeluang lg kak, usaha tangga kejayaan, kak pasal jistn bbr tu sy masuk pertandingn tiket free, jgn salah sangke hehhe

Aina said...

zippo pasal my hero tu, Insha Allah kalau betul2 dia minat, biar die usaha sendiri.tp baru2 ni rase2 dah tukar minat nak jd doktor pulak kot.hehe etceli dia baru 8thn je pun. banyak yg dia perlu tempuh lagi

pasal JB tu akak saje 'usik' ko.. :P