Cabaran dan ujian di mana-mana

*Salam sejahtera*
Pagi-pagi lagi hati dah berasa sayu bila membaca entry seorang blogger. Beliau mengambil keputusan untuk menutup blog kesayangannya setelah 5 tahun bersama. Ooooo blogging pun ada masalah???

Setiap kita ada masalah dan masalah setiap orang beda beda. Kekadang kita akan berada di atas dan melihat penderitaan orang lain. Kekadang kita duduk di bawah dan melihat orang di atas menikmati kebahagiaan. Namun, bahagia atau derita yang kita alami merupakan satu ujian kepada kita supaya dalam apa jua situasi JANGAN LUPA PADA-NYA...

LUPA..LALAI..ALPA
mana-mana satu perkataan yang sesuai untuk diri sendiri?

Semasa bahagia kita lupa nak sebut 'Alhamdulillah'...bila senang kita lalai pada solat sebagai tiang agama dan bila sedang berseronok kita alpa untuk bersyukur dan membantu mereka yang menderita...Mungkin ada yang berkata:

"saya tidak lupa pada tuhan, saya ingat selalu!"

"saya tidak pernah tinggal solat walaupun hidup mewah"

"saya taat ajaran Islam..saya sayang Allah dan Rasul" dan macam-macam lagi penafian...

Mengapa penafian? Sebagai manusia yang punya banyak kelemahan, kita tidak harus meletakkan diri di tempat yang mulia dan telah melakukan kebaikan melebihi orang lain. Kita tidak layak menilai diri sendiri lebih bagus (walaupun tak declare seorang yang sempurna) dari orang lain. Bila ujian datang melanda sibuklah 'datang' kapada Tuhan untuk meminta pertolongan dan bantuan. Bagaimanapun ini lebih baik dari tidak meminta pada-Nya langsung, malah berprasangka buruk pula dan menyalahkan-NYA di atas musibah menimpa.

"Kenapa aku...kenapa aku" kita menyoal Tuhan.

"kerana Tuhanmu menyayangimu dan dia mahu dosa-dosa kecil gugur satu persatu dan terhapus di atas kesusahan yang engkau alami sekarang"

Ohhh besar sungguh kasih Tuhan...tetapi sedikit yang menyedari bahawa Allah sangat sayang kepada hamba-hamba-NYA.

"sabarlah...sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar" Ayat klise untuk memberi motivasi kepada orang yang dilanda kesusahan.

Walaupun ayat-ayat pembina semangat seperti ini tidak berapa membantu kita tatkala dilanda ksedihan dan kesusahan sekurangnya mengingatkan orang lain dengan menyebut nama Allah dan menyuruh dia ingat pada Allah akan memberi impak positif di minda. Bila setapak kita hampir kepada Allah, berganda lebih dekat dia kan hampiri kita. Cepat atau lambat jangan dicemuh. Dapat atau tidak jangan dipedulikan. Itu hak Allah sebagai pencipta. Udara yang kita hirup inipun atas ihsannya...

Ada benda kita dapat dalam sekelip mata. Ada perkara yang kita tidak pernah capai walaupun berdoa setiap kali solat. Itulah rahsia Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala-galanya yang tersembunyi dan apa yang kita perlu buat ialah;

  • terus berdoa pada Allah
  • meminta-mintalah kepada Allah
  • merayu-rayulah kepada Allah
  • katakan cinta dan kasih bersama bukti cinta dan kasih itu (terhadap Allah dan Rasul)

Menangislah! Menangis sesuatu tatkala sedih kekadang ia menjadi terapi kerana selepas airmata puas mengalir akhirnya timbul kelegaan dan ketenangan dihujung garisan. Jangan menangis melampaui batasan dan terlalu 'ikutkan perasaan'. Nanti jadi seperti Kassim Selamat pula! huhu..Menyakiti diri sendiri atau orang lain untuk meng'hilangkan' tekanan dan kesedihan tidak akan ada jalan keluar dari masalah tersebut. Malah, akan lebih merumitkan keadaan jika datang pula musibah lain selepas itu.

Blog - menjadi blogger merupakan satu cara terapi juga bagi saya. Saya percaya ramai menjadikan blog mereka medan untuk meluahkan perasaaan suka atau duka mereka. Perkongsian bersama teman blogger lain yang tidak dikenali menjadikan masalah sedikit ringan kerana kita berada di luar lingkungan mereka yang kita kenali. Ini bermakna di luar masalah buat seketika....

Saya juga ada masalah sendiri. Kekadang memujuk orang lain, dalam masa yang sama kita pujuk diri sendiri...Siapa yang lebih arif tentang kita jika bukan diri kita sendiri...Jika berbuih mulut orang menasihati, kalau kita tak nak ikut takkan kemana juga kita. Kerana tiada sesiapa yang boleh mengubah kita selain kita sendiri! Walaupun kita melihat seseorang berubah kerana seseorang lain itu adalah kerana dia memilih keputusan untuk berubah bukan kerana sesiapa walaupun zahirnya itu yang kita nampak...selebihnya Allah jua yang memudahkan jalan keluar kita dari masalah. Thank You Allah!



2 comments:

ZIPPO MILLER said...

akak, cube tgk ni jap

Aina said...

dik nak suh tengok ape...ape..ape? hehe lupe letak link lah tu..

hiihihi..dah tengok dah pon..time kasih byk2