'mengutip' yang terlepas lagi....

Senang je...tak payah check kat blog archive lagi! Daripada dashboard (rumah sendiri), kita boleh 'lompat' ke rumah-rumah blogger yang kita follow. Caranya ialah, pergi ke 'reading list' korang, skrol bawah untuk lihat mana-mana entry menarik dari blogger yang anda follow.... Once klik, tab baru akan dibuka. So, boleh buka tab baru banyak-banyak dalam 1 window yang sama. Adakala kalau banyak sangat tab, boleh jadi jem. So, dah siap baca tutup jelah tab tu. Mudah kan?

Ramai yang buat entry 'blog yang kerap dilawati'. Dengan cara ini, rasanya semua blog yang saya follow tu memang menjadi 'blog yang kerap dilawati'. Tetapi terlalu banyak kekadang sampai tersengguk-sengguk juga nak habiskan blogwalking. Honestly sehari memang tak sempat nak habis pun ...tapi saya cuba untuk melawat kesemuanya. Rasa tak baik pula kalau dah follow diorang tapi tak nak baca. At least per click dapat juga kat diorang UV kan?

Di sini pentingnya tajuk yang menarik. Bila dah sengguk-sengguk terpaksalah skipping. Kalau tajuk menarik terus klik, tp kalau dabel menarik...drop komen kat rumah blogger tu. Kalau tak silent reader jelah....(..mmmmmberapa banyak 'kalau' laaa)

Ok lah oklah nak sambung BW...blog sape pulak nak terjah ni ek. Ada few blogger yang drop komen suruh follow diorang balik. Ok cau cin cau...

5 comments:

Pak Aji said...

terima kasih atas info menarik ye.. hehe
Aku kena marah ngan bos

Aina said...

cara ni ramai yg dah tahu...cuma nak bg tahu pada yg belom tahu. terima kasih kerana nak amik tahu lagik...hehe jugak:)

Unknown said...

aku baca pakai google reader je

Aina said...

faris,

akak dah cuba google reader tu...mmmmm kesimpulannya bg akak guna dashboard lagi senang dan mudah sbb boleh pilih nak masuk rumah blogger yg mana satu.

for each blogger dia display terus blog archive blogger tu..senang memilih, senang nak skipping..try lah dan buat perbandingan:P

cik azeya said...

ouh ye ke. baru tawu seyy.