Pelajarilah Bahasa Arab


*Salam sejahtera*

Minat tak Bahasa Arab? Dulu masa sekolah sampai kolej adalah belajar Arab sikit-sikit. Since course bukan aliran agama, lama-lama skill pun dah tumpul. Lepas bertahun lamanya tak cakap arab kecuali semasa mengaji, anak pula duk tanya arab. Itu sebab nak buat homework dia. Aduhai, korang pernah tak tengok buku teks Bahasa Arab budak sekolah rendah. Cubalah buka sekali. Sure geleng kepala...susah beb. Sepatutnya kena buat dwi bahasa. Kalau anak-anak balik ke rumah, nak tanya siapa? Tak pasal parents kena buka kamus atau tanya pakar.. Pernah beberapa kali ibu kepada classmate anak saya telefon tanya 1 perkataan yang dia tak tahu. Saya pun tolonglah sikit-sikit..(kebetulan perkataan senang).

Hubby saya pula pernah ambil kursus pendek kelas BA di UIAM sebelum kahwin. Selepas kahwin dia sempat amik tahap ke2. Jadi dia pun tahulah sikit-sikit. Malah advance sikit dari saya yang belajar 6 tahun di sekolah.

Bahasa Arab bukan sahaja bahasa alternatif untuk dipelajari di sekolah. Malah ia bahasa Al Quran dan bahasa syurga. Ada banyak kelebihan jika kita pandai bahasa Arab. Bila mengaji dan solat mungkin hati kita akan lebih khusyuk dalam menghayati makna kalam Allah. Betul tak? Kagum dengan anak cina yang score A dalam subjek BA....:)

0 comments: