Bukan Hantu Siang, bukan Zombie. Ia Lazarus!

*Salam sejahtera*

Korang ada baca berita hari ini tentang seorang lelaki 65 tahun di Butterworth yang mati hidup semula disebabkan 'Sindrom Lazarus'? Apa tu? mmmm mesti korang pun ramai yang tak tahu kan. Baca dulu kat sini.

Ok, menurut Mr. Wiki:

Lazarus syndrome or autoresuscitation after failed cardiopulmonary resuscitation[1] is the spontaneous return of circulation after failed attempts at resuscitation.[2] Its occurrence has been noted in medical literature at least 25 times since 1982.[3] Also called Lazarus phenomenon, it takes its name from Lazarus who, in the New Testamentaccount, was raised from the dead by Jesus.[4]

Occurrences of the syndrome are rare and the causes are not well understood. One theory for the phenomenon is that a chief factor (though not the only one) is the buildup of pressure in the chest as a result of cardiopulmonary resuscitation (CPR). The relaxation of pressure after resuscitation efforts have ended is thought to allow the heart to expand, triggering the heart's electrical impulses and restarting the heartbeat.[2] Other possible factors arehyperkalaemia or high doses of adrenaline.[4] [baca selnajutnya]

Sindrom ini merujuk kepada pengembalian semula denyutan jantung secara spontan setelah bantuan CPR gagal membantu. Nama 'Lazarus' diambil sempena kisah Lazarus dihidupkan semula oleh Jesus sepertimana tercatit di dalam Bible. Menurut laporan The Telegraph di Internet, kejadian seperti ini jarang berlaku dan sehingga 2009, hanya 38 kes dilaporkan dari seluruh dunia.


Jadi, dengan kafahaman terhadap sindrom ini harap semua tidak salah faham dan menganggap kejadian ini terlalu pelik bin ajaib dan membuat pelbagai spekulasi mengenai orang mati yang hidup semula...Baca kes lain di dunia di sini.

BUTTERWORTH: Seorang lelaki berusia 65 tahun "hidup semula" selepas doktor-doktor di Hospital Seberang Jaya di sini mengesahkannya mati.

Fenomena luar biasa itu yang juga dikenali sebagai Sindrom Lazarus kini menjadi perbualan orang ramai.

Selepas dimaklumkan mengenai kematian lelaki yang bekerja sendiri itu, ahli-ahli keluarganya mula membuat persediaan pengebumian malah mendirikan satu khemah di depan rumahnya yang terletak di Jalan Tok Elong, Tanah Liat di Bukit Mertajam.

Ketika isteri dan anak lelakinya yang berusia 26 tahun sedang dalam perjalanan ke Balai Polis Seberang Perai untuk membuat laporan, mereka terkejut apabila seorang doktor memaklumkan bahawa lelaki "hidup semula". [baca selanjutnya]

Kak Limah juga pernah disalah anggap kononnya sudah mati dan hidup semula! Tapi Kak Limah tiada kena mengena dengan Lazarus kerana dia mengalami masalah mental sahaja...Harap maklum.

0 comments: