*Salam sejahtera*
Rasanya ramai yang 'Monday Blues' hari ini...waahahaaha:)) Dalam kebluesan ni mata memang cepat mengantuk kan? Hati pun resah semacam, dan diri sendiri pun tak tahu apa puncanya...huihhh tu maknanya nak bantallah! Mana taknya, cuti 2 hari mana cukup kan? Lebih-lebih lagi kalau waktu rehat tu dihabiskan jalan-jalan bersama keluarga, lepak dengan kawan-kawan dll. Agak-agak betul tak tekaan akak ni?? kalau betul Alhamdulillah....itu lebih baik daripada pergi clubbing sampai nak masuk subuh, rempit sampai penat badan dll aktiviti yang tak berfaedah.
Sabtu baru ni adik akak sempat lah jalan-jalan ke KLCC dengan tujuan nak pergi MIHAS. Mana tahu sampai sana budak bawah 18 tahun tidak dibenarkan masuk. Adik akak dah cukup umur, tapi dia tak boleh masuk sebab bawak hero ni haaa...
Kemain bergambar dekat air pancut. Punya seronok dia bercerita pada ibu.."air pancut tu tinggi ibu..." mmm punya mak njangnye bengang, sebab dia ajak bergambar dekat kereta F1 tapi air pancut lagi menarik perhatiannya. Adusss...akak pulak yang terkilan di hati sebab kalau dia shoot kat kete-kete mengancam tu seolah-oleh ibu pun berada sama kat situ jugak..ni habis semua gambar dia shoot dekat air....
Mmm seronok jugalah dia sebab dapat jalan-jalan dengan mak njang. Tapi satu yang adik akak tak puas hati sebab Almustofa ni suka sangat memanjat. Memang hobi dia lah tu[link]. Pantang nampak tiang terus panjat sampai atas. Adeh..nak buat macam mana? Jatuh dah tapi tak serik. Hari tu masa outing dengan dia ke si Luqman panjat tiang dlm lrt. Malu gak dia seposen...Jangan mak njang serik nak bawa anak-anak ibu keluar udah laa...
0 comments:
Post a Comment