Bubble tea

*Salam sejahtera*

Pertama kali tengok air minum ni, dan dan kering tekak akak dik oiii...huhu mana nak cari?? Akak terbaca di Kosmo Online menulis tentang buble tea ini. "Mutiara tabioka bubble tea".

Nampak tak bebola hitam tu?? Itulah yang dipanggil bubble tea.

Sagu mutiara yang diperbuat daripada ubi kayu digunakan sebagai bahan tambahan untuk minuman tersebut. Selepas dimasak ia akan mengembang dan tenggelam ke dasar sekali gus dilihat sebagai gelembung hitam yang sangat menarik. Disebabkan itulah orang menggelarnya sebagai minuman bubble (gelembung).

ada juga kaler lain...

Ada pelbagai jenis minuman bubble dan pelbagai perisa buah disediakan untuk penggemar bubble tea. Di antaranya Milk tea series, snow ice, yobon dll bergantung kepada kiosk kerana tidak semua tempat ada menjual jenis-jenis tersebut.

Oleh kerana keterliuran terhadap bubble tea ini, pada hari Rabu lepas berpeluang untuk singgah ke food court JJ AU2 untuk membeli 1. Pikir pikir pikir....akhirnya blueberry pilihan mataku!

Nyum..nyum..lazat.. Korang biasa minum tak?


Penangan berita di Kosmo Online inilah maka hatiku terlupa pada plan asal untuk 'tangkap' sundae...oh sundae! Next time nak carik sundae yang best pulak..

3 comments:

nuriz said...

tak penah minum lagi .warna warni memang budak2 suka ni. org dewasa pun teruja gak heeee

Aina said...

memang sangat teruja.try lah nnt. tp rege die bukan singgit dua, rm4 - 5+..

eazlye said...

fav saya bubble nih...wajib minum...n xkan beli kalo bubble abes..hehehe