Lepaskan anak-anak itu 'bebas'


*Salam sejahtera*

Anak-anak kecil yang sedang membesar memang mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. banyak faktor menyumbang dan salah satunya rakan sebaya. Cerita saya ini menyentuh sedikit bab ini..

Baru-baru ini saya mendengar seorang ibu mengeluh kepada saya yang adik iparnya kerap melarang anaknya bermain dengan anak-anaknya. Terasa juga hati kawan saya itu, namun berat mulutnya untuk bertanya kenapa si adik ipar buat begitu. Anak si adik ipar dalam setahun umurnya dan anak-anak kawan saya pula dalam usia lingkungan 1-6tahun semuanya 3 orang. Apa yang terfikir oleh kawan saya, puncanya mungkin kerana anak-anaknya terlalu lasak dan nakal.

Langsung saya teringat pengalaman saya dahulu. Saya juga pernah menjadi seperti adik ipar kawan saya itu. Saat memiliki hanya seorang anak kita sebagai ibu bapa bersikap terlalu menjaga anak dan memikirkan untuk memberi hanya yang terbaik untuknya. Dari bab pakaian, hingga makan minum semua dari yang berjenama dan mahal semuanya. Begitulah saya, sementelah dahulu saya bekerja dan mampu. Hinggalah masuk anak kedua saya tidak bekerja mulalah saya dan suami menukar corak belanja kami bagi menjaga kewangan keluarga. Namun tidak lah sampai mengabaikan kebaikan keperluan anak-anak.

Soal pergaulan, anak yang masih kecil belum banyak mengenal orang dan banyak belajar perkara lain kecuali sekeliling rumahnya dan ibubapanya. Berbanding anak yang besar sudah banyak berada di luar rumah dan lebih banyak karenah serta advance dalam banyak perkara. Pernah sekali hati saya membara sahaja melihat anak saya memanjat sofa kerana menurut sepupunya yang berusia 5 tahun. Risau takut terjatuh. Mata saya tidak lepas melihat mereka terjerit keriangan bermain. Hendak dilarang, ibu-ibu lain yang turut berada di situ buat tak tahu jepun.

Itu belum lagi masuk bab kesihatan mereka. Adakala anak-anak kita kurang sehat maka, dalam hati terasa bahawa kerana anak si polan polan itulah penyebabnya. Boleh dikatakan pada masa dulu tu hati saya penuh kerisauan dan buruk sangka terhadap anak orang lain. Belum lagi part berkongsi makanan dan air minum. Kalau berkongsi permainan tidak kisahlah asalkan jangan dirosakkan. Tapi, bila melihat anak orang yang berhingus minum sekoleh dengan anak saya, aduh meluap hati ni.... Ada sekali tu, sedang bermain suka hati tiba-tiba anak saya menangis. Rupa-rupanya dia digigit oleh anak adik...Rasa macam nak gigit balik aje anak saudara saya itu. Nasib baik adik saya, emaknya minta maaf bagi pihak si anak. Mulut saya ringan je menjawab "tak pelah budak-budak...". Namun, dalam hati.."Pergila cubit sikit mulut anak ko tu, manja sangat anak dia" mmm tapi siapalah saya untuk menjatuhkan hukuman begitu kepada anaknya, anak saudara saya sendiri juga. Sakit betul hati melihat kesan gigitan di tangan anak. Kalau sekali redhalah, bila berkali-kali tak sabar nak balik rumah sendiri rasanya...

Anak-anak juga mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Bergantung dengan keadaan sekeliling mereka. Pembelajaran mereka dan penerimaan terhadap sesuatu sama ada melalui pemerhatian dan mencuba sendiri, hasilnya tidak sama. Kalau dulu Luqman, umur 3 tahun baru memanjat sofa, tapi Alfatih setahun lebih je dah pandai memanjat. Dia belajar dari abang-abangnya. Melihat situasi mereka saya selalu terkenang masa lalu. Dulu saya kerap melarang dan terlalu menjaga Luqman. Kini dengan Alfatih saya banyak membiarkan dia bermain dengan abang-abangnya. Rupa-rupanya, apabila telah mempunyai 4 orang anak yang semuanya hero barulah saya dapat 'menerima' dengan minda terbuka melihat anak-anak bermain dengan cara yang mereka suka sesama mereka. Kalau tidak hati saya akan sentiasa dibebani perasaan tidak keruan dan menyebabkan tension.

"Anak aktif tu, anak yang bijak" .." Budak lasak ni budak yang normal" ....Itu kata-kata orang di sekeliling untuk menyedapkan hati saya. Pernah sekali bapa saudara saya menurunkan nasihatnya.."Kita ni selalu cakap pada anak perkataan 'jangan' dan 'kalau'. Kadang-kadang sebab kita terlalu banyak perkataan tu maka ia terjadi". Bapa saudara saya memberi contoh 'Jangan memanjat nanti jatuh'. Maka jika terlalu banyak kali saya menyebut maka akhirnya anak saya telah jatuh. Mmmmmm terdiam saya sekejap, "betul jugak ye.." kata saya dalam hati.

Semakin hari semakin banyak karenah anak-anak. Kekadang saya perasan ada perkataan yang tidak pernah kita sebut mereka ada gunakan. Ada perbuatan kurang elok mereka buat yang kita tak buat pun depan mereka. Ada sekali saya menegur mereka bermain game di Internet sambil membebel supaya jangan masuk website yang ada gambar perempuan. Asal ada perempuan 'NO'!!!! Suami menasihatkan saya, kita let go je diorang main sebab yang keluar pic perempuan tu bukan pada game tapi iklan yang keluar di tepi page tersebut. Boleh nasihat tapi janganlah sampai membebel..Nanti dah besar diorang tahulah sendiri untuk memilih antara baik dan buruk. Oh, saya tak boleh tunggu mereka besar, kerana dari kecil inilah saya mesti bagitahu...tapi, saya terima juga nasihat suami kerana apa yang dia hendak sampaikan ialah bagitahulah elok-elok janganlah membebel...hehe:P


Jadi, bila saya mendengar cerita kawan saya itu, saya hanya tersenyum sahaja. Kerana saya yakin, bila adik ipar dia dah beranak pinak nanti barulah dia akan OK. Jadi buat masa ini buat tak tahu sudahlah dengan sikap adik ipar tu, nasihat saya padanya... Saya pula kini dengan hati terbuka melepaskan anak-anak 'bebas' dalam dunia mereka ini. Ini masa mereka kerana bila saya merenung zaman saya dahulu, rasanya saya lebih 'hebat' kot. 2X5 =10 tak boleh tukar = 1 atau = 200. Ini fakta.

3 comments:

Miss AZ said...

ibu bapa mesti risau pasal anak2 mereka kan..

betul2 jgn bebel, cakap elok2.. :)

Aina said...

thanx mira..

ye memang risau, tp terlampau risau akan menyekat kebebasan anak2 pula kan..

kalau 3kali cakap buat x peduli mmg akak mbebel.hehe..

Dalilayusf said...

bg lepas kena pantau kalau main tak betul cepat2 amek...

http://dalilablogez.blogspot.com/