*Salam sejahtera*
Antara sedar atau tidak, setiap kita ada kerja sambilan atau part time sebagai tukang cop. Kerja tukang tanpa menggunakan alatan pertukangan atau pun cop dan stamp pad. Ahaha..tukang tak bergaji pulak tu! Tapi kenapa ek, walaupun tak bergaji tapi ramai yang apply kerja ni?
Jawatan Tukang Cop (tanpa Gred)
- kelayakan...tak sekolah pun boleh apply.
- Bidang tugas: tengok muka orang dan sila cop mereka dengan gelaran yang sesuai. Contohnya 'penggoda'.....'mata duitan'...'buaya darat'....'mulut puaka'...'sombong'...dll yang difikirkan elok atau tak elok, sesuai atau tak sesuai....tibai jer!
Jangan buruk sangka
Contoh cop : perempuan seksi - untuk menggoda lelaki, janda - tak reti jaga suami
Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain akan menyebabkan terbatasnya hubungan silaturrahim dan memburukkan jalinan yang sedia ada. Jika kamu orang kaya, jangan buruk sangka jika ada sahabat yang miskin ingin berkawan. Jangan ingat semua yang ingin berkawan dengan kamu hanya kerana duit dan kereta mewah yang kamu miliki. Walaupun ada yang ingin mengambil kesempatan, bukan semua orang itu adalah kaki kikis dan pisau cukur. Sebagai langkah bijak berkawanlah dengan semua orang dengan ikhlas tanpa memilih bulu tetapi berhati-hati supaya tidak tersalah langkah atau tersalah pilih kawan.
Jangan pandang rendah orang lain
Contoh cop: penganggur, orang miskin - pemalas , tak lulus SPM - orang bodoh
Elakkan dari bersikap bongkak dan berasa diri hebat dengan kejayaan, kecantikan, kekayaan, darjat dan gelaran dimiliki. Selalu bersifat rendah hati dan kalau mampu hulurkan bantuan dengan ikhlas terhadap orang lain tanpa melihat siapa mereka asalkan mereka layak dibantu.
Jangan menilai luaran sahaja
Contoh cop: pakai jubah dan tundung labuh mesti alim dan kuat agama, berkopiah: mesti ustaz
Kata orang 'don't judge the book by its cover'...'tak kenal maka tak cinta'...jadi, berkawan dan kenal dulu hati budi seseorang. Muka ganas kekadang hatinya bunga-bunga...kekadang muka cun giler tetapi mulut puaka...dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya.
Kerana nila setitik
Contoh cop: bekas penagih - perompak, popular - mesti sombong
Kita suka cop orang ikut peratusan ramainya golongan tersebut berbuat perlakuan yang sama. Namun kita harus menerima dalam setandan pisang itu ada yang buruk dan ada juga yang eloknya.
Baiki diri sendiri dahulu
Sebaik-baik perbuatan ialah menilai diri sendiri dahulu dan baiki kelemahan sendiri. Kemudian tambahkan ilmu di dada dan berkawan dengan para ilmuan supaya minda kita sentiasa dicemari dengan kebaikan. Ikuti majlis-majlis ilmu yang bermanfaat supaya akhirnya diri akan menjadi orang yang bijaksana dalam membuat keputusan. Cop diri sendiri dulu sebelum pandai-pandai nak cop orang lain dengan pelbagai gelaran.Tapi tolong jangan cop kat diri sendiri 'saya budak baik'..huh sengal sangat sangat...
Manusia boleh berubah jika...
1) ada bantuan orang lain. Tanpa sokongan moral manusia mudah tersinggung dan kembali menjalani kehidupan yang songsang. Kekadang kerana satu kesilapan kita cop orang itu sebagai jahat dsb.
2)dia ingin mengubah dirinya dan berhijrah ke arah kebaikan. Kalau segunung duit pun kita melabur jika orang itu tak nak berubah maka dia takkan berubah!
3)bila Allah dah bukakan pintu hatinya untuk berubah...Jika kita berusaha tapi masih gagal, maka berdoalah terus menerus kepada Allah kerana hanya DIA bisa memberikan hidayah kepada hamba-NYA.
p/s Jangan sesekali cop Allah tidak sayangkan kita, Allah tak nak makbulkan doa kita kerana sesungguhnya ada hikmah tersembunyi. Ada yang kita harap di dunia akan diberikan-NYA di akhirat dan ada yang diberikan dalam bentuk yang lain (convert). Fikir-fikirkan...
4 comments:
hahahah ingat betul la jawatan apa tadi... anyway nice entry... :)
hehe eny nak apply keje ni?sentiasa ada kekosongan dan tiada tarikh tutup:D
ha ah kan....x elok cop2 ni...takut kene btg idung sendiri
zippo - yaa betullll:)
Post a Comment