SEGMEN: BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT



Segmen kali ini sangat menarik. Rasa macam back to the school pun ada! Hahaha yelah zaman sekolah kan zaman kita muda muda dedulu. Masa umur tu umur akak baya baya en Ben jugak adanya. Tinggal kat kampung dengan channel tv yang tak seberapa kiraannya, tengok mana yang ado ajelah! Kekadang akak dan kawan-kawan pakat ramai-ramai menonton di rumah member yang dapat siaran tv3..Huh masa tu, rumah sape yang dapat tv3 kira advance sangatlah. Sesetengah tu berusaha panjat atap rumah pasang 'antena' tambahan guna tutup periuk yang leper tu kalau tak silap akak. Tapi, rumah akak tak delah semua tu...ada tv pun dah bersyukur sangat sangat sangat....Rasa tak puas hati dengan abah sendiri pun ada masa tu, sebab ayah orang lain beriya panjat atap rumah kerana tv3, tapi abah akak tak mo. Huhu..bab bab tv memang dia malas nak tolong. Kalau suruh beli buku anytime jer!

So, kembali kepada segmen, soalan yang wajib dijawab ialah:

  1. APAKAH KAREKTOR KARTUN YANG PALING KORANG MINAT DAN KENAPA .. Letak gambar dan terangkan ..
    - sebagai kanak-kanak, asalkan kartun semuanya suka...semua best! Minat punya pasal, kalau abah tak bagi buka tv,sanggup langgar arahan dia demi nak tengok citer yang diminati!
    Kartun paling best dan sesuai untuk tontonan budak perempuan je semestinya Jem ..Jem and The Hologram. Kisah band pempuan..tapi yang buat akak suka tengok sebab Jem tu cantik, make-up lawa..baju pun cantik-cantik....mmm part seksi tu tutup mata jelah! Tengok Jem boleh buat akak berangan selalu. Hahaha...nampak sangat aku suka berangan dulu2 kan:)) tapi hari ini kalau tanya akak surelah akak jawab karektor Upin dan Ipin...kerana ceritanya sarat teladan dan pengajaran ....
    Tengok, Upin dan Ipin tengah bersolat. Boleh jadi contoh tauladan kat anak-anak kecil. Anak akak umur 1.7 tahun pun kenal diorang:)

  2. Dan APAKAH KARTUN PALING KORANG TAK MINAT LANGSUNG NAK TENGOK dan kenapa .. Letak gambar ..
    - Kartun perempuan yang seksi dan kartun yang cakap perkataan yang tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak bawah umur...Kebanyakkannnya produk Jepun lah! Kartun Omputih yang ada kat tv skrang boleh tahan sikit arr
    Oow ye Sinchan pun tak suka! Anak-anak dilarang menonton semua diatas..Kalau akak nampak diorang bukak channel tu, mesti ugut nak tutup tv. Sinchan tu pasal dia suka cakap lepas dengan mak ayah dia dan pandai mengorat kak Nanako.Hehe... bad influence tuh:(

  3. Satu lagi.. Jika aku SUPERHERO ,AKU NAK JADI ... Bagi gambar dan terangkan .. ( contoh superman, batman ..... )
    - Aku nak jadi Superwomen macam dalam pic kat atas tapi dalam rupe macam ni...
    Ada ker?? kalau tadek dapat mcam ni..
    ni pun kira ok lah...Superhero muslimah...Yaya!

6 comments:

anumuchan said...

tapi sy suka tgk sinchan :)
jalan2 rumah kak aina~

Aina said...

Anum Chan, tq jalan rumah akak...minat Sinchan yer:)

etceli kan kan akak pon minat..tapi kat situ have to cakap tak suka sbb selalu tak bg anak tgk.kalau akak nak tgk kena make sure line clear.. hoohoooo:D

Pak Aji said...

salam kenal.. datang dari blog abg ben.. hehe

Aina said...

salam kenal jugak Fuuyooh. TQ datang gegar kat sini:)

fRaMe+LenSeS said...

yaya comel. hehehe

miiza.suki said...

eh, yaya lahh ~
nak biskut? -HAHA