Saya bukan datang beli tiket, sengaja nak tengok perubahan baru (Puduraya). Nampaknya lebih sistematik dan teratur.
“Kemudahan untuk warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) juga lebih lengkap dengan lif, eskalator juga tandas dan surau,” kata Latipah Abdul Wahab, 26 yang merupakan eksekutif perakaunan.
Sementara Reduan Jusoh, 29, dari Alor Setar, Kedah pula mengharapkan agar penaik tarafan Hentian Puduraya bukan sekadar luaran.
“Nampaknya macam teknologi terkini digunakan untuk memudahkan urusan penjualan tiket dan keselesaan pengunjung. Tetapi diharapkan agar pemantauan berterusan dilakukan agar ia tidak menyusahkan kami pula kelak,” tegasnya yang kerap pulang ke kampung halamannya.
Dalam pada itu, beberapa bekas kakitangan syarikat pengusaha bas meluahkan rasa kesal apabila lebih 500 orang di kalangan mereka terpaksa diberhentikan kerja ekoran penguatkuasaan peraturan baru Hentian Puduraya bagi menangani kegiatan ulat tiket.
Sebahagiannya merupakan bekas jurujual tiket, penyelia platform dan jadual bas daripada Haider, Shamisa dan Sutera Ekspress mendakwa pihak pengurusan langsung tidak mempedulikan nasib mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan miskin.
Menurut Saiful Apli Almy Zulkeifly, 27, ada di antara mereka sudah berkhidmat selama 15 hingga 20 tahun dan mempunyai ramai tanggungan selain ramai generasi muda sepertinya yang sedang membina keluarga.
“Kami kesal apabila terdapat syarikat (pengusaha bas) yang lebih besar sengaja melanggar peraturan itu dengan menempatkan 'ulat-ulat' mereka sehingga ke stesen LRT untuk meraih pembeli,” [baca selanjutnya...]
PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN BERSAMA RABBANI
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog
*www.hanshanis.com* sekalian. Untuk makluman semua, sebuah majlis sidang
media dan pelancaran ...
6 days ago
0 comments:
Post a Comment