*Salam sejahtera*
Dalam sibuk 'mengutip yang terlepas' saya sempat berkunjung blog, beberapa blog yang hebat. Hasil penulisan mereka walaupun sesetengahnya tampak 'ganas' dan 'nakal' tetapi sarat mesej dan panduan. Kalau sesiapa yang tak suka memang kata tak suka. Tapi akak sukaa....:)
Ada juga blog yang diselitkan dengan pic yang menarik terutama lukisan kartun atau doodle yang berkaitan dengan entry. Kombinasi ini mampu menarik perhatian untuk memahami dan membaca entry penulis. Tapi, lain orang lain pula pendapat mereka kan?
Menulis dari hati - klise!
Menulis untuk suka-suka - klise!
Menulis untuk buat orang ketawa - klise!
Menulis untuk dikenali - klise?
Menulis untuk cari duit - klise?
lagi?
lagi?
...................................dan macam-macam lagi jawapan klise atau pun tidak!
Kekadang dek kerana hati dan akal yang pendek kita boleh terjebak dengan masalah tanpa kita sedari. Berkongsi sesuatu kekadang disalahtafsirkan oleh orang lain. Ayat tanpa suara memang begitulah kejadiannya. Lumrah dunia blog, tak semua orang suka kita dan tak selalu kita akan sempurna di mata orang lain. Kelemahan boleh dibaiki, pengalaman mematangkan dan dengan ilmu kita akan jadi orang yang lebih bijak, pasti!
Bila mana kita melihat blogger lain femes dan ke depan daripada kita tentunya terasa dalam hati ingin mengecap status sebegitu juga. Bila mana melihat blogger lain sedang merangkak untuk masuk ke dunia kita adakah anda teringat suatu masa kebelakang dulu 'aku juga begitu'??? BE, traffik, $, $, $, $......dannnn $$$$$ juga menaikkan nafsu serakah kita untuk menjadi mata duitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja dalam apa jua cara asalkan hasil masyukk dapat diperolehi...
Bila mana membaca sesuatu yang kita suka atau tidak lalu kita pun meninggalkan jejak di situ. Baik atau tidak, maki atau puji semuanya menjadi rencah dalam dunia kita - blogging..
Keterbukaan dengan kritikan dan komen sinis terhadap kita adalah perlu! emosi tidak harus mengawal jari jemari kita menulis. Begitu juga etika dan maruah juga wajib dipelihara agar tidak sewenangnya membuka aib dan cerita peribadi orang lain atau diri sendiri ke dalam blog.
Jauh anda merantau dan blogwalking jangan lupa ambil sesuatu untuk jiwa anda. Belajar tutorial blog, cara nak naikkan earning dll itu bagus tetapi pastikan jiwa korang juga terisi dan diisi dengan ilmu kerohanian supaya jiwa itu sentiasa bercahaya dan tidak tandus dengan rahmat dan keberkatan. Mungkin ada yang pandang remeh hal ini, dan terpulang kepada diri maing-masing. Ingat, suatu masa di 'sana' nanti jemari kita akan bersuara bagi pihak kita. Pastinya kita mahu jemari yang disayangi ini menyebelahi kita dengan berkata yang elok dan baik baik aja kan tentang kita di dunia ini kan? - dunia milik Allah
0 comments:
Post a Comment