*Salam sejahtera*
Dua hari berturut-turut saya pergi ke JJ AU2 untuk membeli blah..lepas beli terus blah! Hahaha kalau belah, nak belah apa ek? Hari pertama membeli barang dapur. Hari kedua beli pampers anak dan barangan komputer macam yang saya ceritikan di sini. Macam biasa malas nak jalan kaki sebab panas terik, saya tunggulah bas. Bayar singgit <5minit dah sampai.
Masuk masuk je ke JJ nampaklah rumah kaca/lutsinar yang didiami oleh dak AF9. Lepas terkam 1 troli saya pun tolaklah menghampiri rumah kaca tu. Errmmm mata saya pon melilau dengan 1 tujuan..."Ada ke tak ye Pak Nil?". Orang tak delah ramai mana, tapi di satu sudut tu penuhlah jugak sebab, rupa rupanya melihat Pak Nil sedang mengendalikan rakaman!
Oohh tidak, sangat cute dan nampak sangat muda empunya diri yang bernama Aznil Hj. Nawawi itu. Masa zaman saya masih dibangku sekolah dia dah pun mula menjadi seorang pengacara. Now saya dah anak empat, dia masih muda belia. Saya pula terasa lebih tua. Tak delah sampai berdiri line depan sekali, saya lalu aje dan kemudian masuk untuk menshoppinkan diri...Yang penting dah nampak Pak Nil, biarpun dari jauh. Di satu bahagian lain, saya nampak Ning Baizura sedang bz mengajarkan muridnya menyanyi. Alahaiii...
Macam-macam gaya Pak Nil yang mencuit hati ramai peminatnya. Saya bukanlah die hard fan dia, cuma suka lah sikit-sikit dengan lakonan dia, penampilan dan pencapaian dia sebagai pengacara..bukan setakat pandai bercakap, dia juga mempunyai ijazah yang boleh dibanggakan!
0 comments:
Post a Comment