Lelong..lelong sapa mau beli..

*Salam sejahtera*

Hehehe...akak bukan nak buat lelongan tau! Terlebih dahulu dengar citer raket Datuk Lee Chong Wei terjual dengan harga ratus ribu ringgit dalam satu lelongan amal. Raket tersebut beliau guna masa menjuarai All England baru-baru ini. Alhamdulillah..buat amal kebajikan baguslah sangat tu, tapi ini ada satu cerita lelong barang juga, tapi bukan untuk amal kebajikan lah.

Lelong surat cinta! Ada sape-sape nak beli?????

Begitulah hebatnya seorang diva yang bernama Elizabeth Taylor. Beliau meninggal dunia pada bulan lepas pada usia 79 tahun. Saya bukanlah peminatnya tetapi saya akui dia sangat sangat cantik untuk menjadi gilaan lelaki.

Surat cinta yang ditulis pada usianya 17 tahun tersebut merupakan surat kepada tunangnya William Pawley - dikatakan sebagai kekasih pertamanya sebelum berkahwin dengan 7 lelaki selepas itu. Salah seorang bekas suaminya ialah aktor Richard Burton. Dengan Richard, dia berkahwin sebanyak 2 kali.

Surat yang berharga anggaran USD 25,000 - 35,000 sebeum Liz meninggal dijangka mencecah 2-3 kali ganda. Dikatakan ada 60 keping kesemuanya surat cinta yang bakal dilelong.
"I know with all my heart and soul that this is not the end for us. It couldn't be. We love each other too much,"
Begitulah bunyi petikan surat tersebut....

Elizabeth Taylor's handwritten love letters


Elizabeth Taylor Love Letter to William Pawley


Macam-macam gelagat dan cara manusia mengambil kesempatan. Surat cinta pon mejadi lebih bernilai dari cincin berlian. Hehe siapalah kita ni, ada surat cinta pun terus dibakar..disiat-siat, dikoyak-koyak bila hati dah benci...bila hati sudah dilukai....Ada sesiapa yang masih menyimpan surat cinta dulu kala? OOOOppp (mana kusimpan yer???)

0 comments: