Menjelang 'wedding of the year' 2011 - Son of Prince of Wales

*Salam sejahtera*

29 April 2011 -satu lagi tanggal bersejarah bagi negara Britain apabila putera sulung kepada Prince of Wales - Putera Charles dan mendiang Lady D, iaitu Putera William akan berkahwin dengan tunangnya Kate Middleton. Mewarisi paras jelita ibunya, William menjadi putera idaman wanita dan tentunya Kate wanita yang sangat bertuah...
William dan ibunya, Lady Diana

Kate pun apa kurangnya, pasangan ini umpama pinang dibelah dua, sama cantik sama padan....


BornCatherine Elizabeth Middleton
9 January 1982 (age 29)
Reading, Berkshire, England
EducationMaster of Arts
Alma materUniversity of St Andrews
ParentsMichael Francis Middleton
Carole Elizabeth (née Goldsmith)
RelativesPippa Middleton (sister)
James Middleton (brother)


Moga jodoh Kate-Will akan berpanjangan tidak seperti Diana-Charles..

Mesti korang tanya apa moralnya saya menulis cerita perkahwinan diraja Britain ini... suka-suka atau hiburan semata? Entah...mungkin sebab Kate Middleton tu cantik kot.. mungkin juga sebab dia boleh jadi ikon macam Lady D... mmm layak ke?

media membandingkan mereka...

Selain cantik, bijak dan kaya seperti Lady D, Kate juga sering mejadi buruan media sejak dikhabarkan berpacaran dengan William. Dia tak lepas dari lensa paparazzi dan sejak itu macam-macam cerita menarik mengenai diri dan keluarga dicungkil oleh media hingga ke bab perkahwinannya juga menjadi bualan hangat di kalangan warga Britain.

Pugh cartoon

Sementelah Putera William ialah pewaris diraja Britain. Tentulah tarikan terhadap pasangan ini lebih lagi. Tambahan, dahulunya pasangan Lady D-Putera Charles juga adalah pasangan diraja paling hot di dunia.. Jadi, menjelang perkahwinan yang boleh diangkat sebagai 'Wedding of The Year' ini pelbagai persiapan dan acara pastinya sudah disediakan. Belum pun rasmi digayakan, beberapa buah majalah dan akhbar di Britain sibuk menjual cerita sensasi tentang gaun perkahwinan Kate, siapa designer, berapa helai baju dan tidak ketinggalan pendedahan gambar 'panas' mereka di laut...Terbaru paparazzi sibuk nak tahu bagaimana parti bujang untuk pasangan ini diadakan.

inilah di antara dress perkahwinan yang dikatakan bakal dipakai oleh Kate nanti [link]

Westminster Abbey, London tempat di mana akan berlangsung perkahwinan diraja..


Nak tahu apa lagi yang menarik dan sensasi tentang perkahwinan diraja ini klik sini atau sini. Maka ada tak yang berangan nak kawen anak raja? Hahaha...tak mustahil tau. Masih banyak anak-anak raja yang bujang di luar sana. Tapi, bukan senang nak memenuhi peraturan istana dan berprotokol ikut cara bangsawan. Macam cerita si Lunalanun tu...bukan senang nak jadi kerabat raja ni... Apapun, selamat bermimpi....

2 comments:

puanbee said...

lorh tahun 82 dia lahir nampak cam tua jer

Aina said...

@bee , anak mat salleh memang muka matang sket...belasan tahun pon dah macam 20-an...