*salam sejahtera*
Lama tak makan durian....hari tu mak kata tahun ini durian kat kampung tak berapa menjadi. Tak tahulah kalau ada rezeki adalah....Kalau tahun lepas, Alhamdulillah, ok lah juga. Ada beberapa guni abah bawa dari Pahang ke KL dapat dikongsikan dengan jiran tetangga. Memang puas makan durian masa tu. Dapat juga sedikit untuk dibuat tempoyak dan dibuat serawa makan dengan pulut beberapa kali. Huisssh meleleh...
Ihsan Gugel imej
Susulan segmen En. Ben suruh teka harga durian [entri saya], jawapannya sebenarnya ialah RM 48 ringgit. Mak aiiiihhh terkejut akak. Korang baca entri Ben kat sini [jawapan].
Dalam rasa terkejut + tak percaya akak tanya En. Gugel pulak. Almaklum jelah akak ni biasa makan durian murah jer...dan durian free dari dusun sendiri:D tak tahu menahu sangat harga pasaran...
Durian "musang king". Memang sedap sebab bijinya kepet sahaja. 3 ulas makandah cukup rasanya.Kalau buat kek durian ni memang sedap...tapi malaslah pulak sebab dah lama pencen buat kek ni.Harga durian yang bagus RM 28 sekilo mak ai. Aku beli yang murah aje RM 15 sekilo jadilah,Alhamdulillah kenyang juga akak sebab bila sendawa tetap bau durian nya sama.
Ooooo,,,memang mahal rupenyer durian ni. Baca cerita penuh dekat sini.[sumber]. Cerita lain...
Karak ada banyak boleh di dapati kalau cepat la, almaklum la hari ahad,ramai penggemar durian dah ke sana mencari durian.Durian yang saya cari ni nama nya di beri "MUSANG KING".Harga musang king ni antara RM 22.00 hingga RM 40.00 sekilo ya..bukan sebiji.Jadi sebiji durian musang king ni jatuh pada harga RM 60.00 hingga RM 70.00 sebiji, untuk buah yang besar, dah kalau yang sedang besar dapat la pada harga RM 30.00 dan ke atas,rasa nya memang sedap berbanding durian gred lain.....[baca lanjut..]
Geleng kepala akak baca entri dia... Ini ada lagi cerita;
Ini dia rupanya idaman kalbu...musang king aka durian kunyit. Survey yang aku peolehi....klu beli di Bentong RM 17...Di KL dalam 20++ luar KL katanya lebih drp 30++. [baca lanjut..]
Memang mahal durian Musang King ni...tapi kenapa mahal sangat yer? Tau tak asal usul durian?
Sinopsis : Menurut satu sejarah awal, Tuan Murray (berasal dari British, juga dikatakan orang pertama yang menemui durian) menganggap buah yang aneh dengan rupa yang buruk dan mempunyai bau yang busuk seakan-akan bau Musang (zibhetinus) sewaktu meredah belentara Malaysia (Malaya disaat itu) telah membelah buah durian tanpa rasa ragu dan terus menikmatinya. Akhirnya beliau membawa pulang kenegara asalnya dan tersebar ke pengetahuan seorang ilmuan dalam bidang exploration, biology, biogeography, social reform dan botani bernama Alfred Russel Wallace dengan mengatakan, ”Pengalaman beliau yang paling berharga didalam perjalanan di Timur ialah MAKAN DURIAN. (Disuntingan dari : google books) [info lanjut..]
Macam mana ye nak kenal spesis durian ni? Besar? Isi kaler kuning?.... Takut jugak, karang duk cari Musang King dapat pulak durian biasa biasa je...almaklumlah dalam banyak-banyak ni takut juga kena tipu kan. Macam dulu durian siam tapi dicakap datang dari Pahang la..Perak laaa....mmm terbayang musang berbulu ayam.
OOOOOOO itu macam ka? sumber
Kepada penggemarnya, harga bukan satu masalah tetapi adakalanya mungkin membuatkan kita terfikir, betulkah dua ulas durian Musang King harganya sampai RM15?"Durian ini dikenali sebagai durian kunyit kerana warna isinya yang kekuningan seakan kunyit selain rasanya yang berbeza daripada durian biasa serta tekstur isinya."Saya difahamkan, Musang King adalah spesies yang sama dengan durian kunyit."Kononnya durian jenis ini hanya ada di Gua Musang manakala King pula merujuk pada 'gelaran' raja buah-buahan itu,"
Itu menurut penanam durian di Gua Musang...Baca lanjut kat sini [baca lanjut...]
Durian biasa, RM10/paket pun dah boleh dapat..
Ramai orang sanggup bayar mahal untuk Musang King! Korang sanggup? Ada yang cakap "sekali sekala pesalahnya.."
4 comments:
Baru perasan entry kak aina yg ni... Semalam baru merasa musang king ni, seblum2 ni ada gak mkn rupanya tp xtau tu musang king... Mmg lazat & berkrim isinya... Tapi ntah kenapa nonie ttp suka durian kampung gak hehe...
Kami sedang mencari Musang King d Perlis ni...harap tidak kecewa..
Tulisan saudari tidak tepat. Durian Musang King @ Raja Kunyit bukan berasal dari Gua Musang sebaliknya berasal dari Pulau Raya, Jelatok, Tanah Merah, Kelantan. Pokok induknya tidak diketahui sejak bila wujud di Pulau Raya di pinggir Sg Kelantan, tapi berdasarkan saiz batangnya sebesar lebih 2 pemeluk dianggarkan mungkin berusia 100 tahun lebih. Peringkat awal pembiakan baka durian Raja Kunyit dibuat oleh komuniti cina yg mendiami Pulau Raya dan Jelatok shj. Mereka terpaksa menembak dgn senapang patah bg mendapatkan ranting yg mempunyai mata tunas utk membiak baka durian Raja Kunyit melalui cantuman mata tunas. Baka durian ini kemudiannya disebarkan secara komersial keluar dari Daerah Tanah Merah oleh En Wee Choon Beng. Beliau juga mendaftar durian ini dgn Jabatan Pertanian pada 1993 dgn kod D179.
Sebelum dikomersialkan saya pernah beberapa kali membelinya dgn harga RM10 sebiji pd 1988 dan 1990 dulu.
Durian Raja Kunyit dijenamakan semula sebagai Musang King setelah ianya ditanam oleh pekebun-pekebun di sekitar Daerah Gua Musang dan Raub.
Itulah fakta sebenar berkaitan durian Raja Kunyit dari ambo ore Tanah Merah. Kalau nak makan durian Musang King yg ditanam di tempat asalnya silalah ke tempat ambo di Tanah Merah Pada bulan Jun, Julai dan Ogos.
Terima kasih c4 repek for the info:)
Fakta tentang musang king di entri ini bukan tulisan sy sepenuhnya. sy cuma quotes dari page lain. Ada kredit yg diberikan.
Seperti yg c4 Repek kata tersebut ada di link ini: http://animhosnan.blogspot.my/2011/10/durian-musang-king.html
Post a Comment