'Apesal.com' memperketatkan syarat posting

*Salam sejahtera*

Selamat petang....dah minum?dah makan?selalunya petang-petang begini ramai yang mengular untuk cari kuih muih buat mengalas perut sebelum balik ke rumah. Sebenarnya bukanlah lapar sangat, tetapi selepas lunch hour mata mula mengantuk....kalau dapat pekena kopi o panas atau nescafee ais perghhh sedap betul. Segar mata dibuatnya. Tambah-tambah lagi sewaktu mengular tu cuci mata sekejap tengok sekeliling...

Hihi..ada tak yang macam tu? Keadaan begitu biasa terjadi semasa saya bekerja dahulu. Manis betul kenangan di sana...cuma jodoh saya tidak panjang untuk bekerja sampai pencen:( Apapun itu citer dahulu, sekarang saya ada pekerjaan paling best iaitu sebagai pengurus rumah tanpa tangga. Wow, best kata korang? macam mana-mana kerja juga - ada pros n cons-

Petang ini di rumah saya dah siap masak bubur kacang hijau. Mmmmm boleh lah tahan rasanya sebab tak masukkan gula pasir dan santan kelapa (daripada kelapa mesin). Saya hanya gunakan santan kotak (less kolestrol) dan gula kabung sahaja. Kurang manis dan kurang lemak tentulah kurang kick. Tapi lebih sihat kan?
Oppp sebenarnya saya nak berkongsi berita kepada anda yang meletakkan posting di APESAL.COM. Rasanya ramai yang mencapai traffik yang tinggi selepas meletak post dan entry mereka di sana. Begitu juga saya, dan berikutan itu pihak admin dan kru Apesal.com akan bertindak mengetatkan syarat mereka kepada semua blogger. Antara syarat-syarat tersebut ialah:

  1. Post Personal: post seperti "kekasih saya curang dengan jiran sebelah rumah" dan post-post yang besifat personal dan tidak membawa manfaat kepada pembaca lain tidak akan kami terima. Tetapi jika post berkenaan ada bersifat humor ataupun berkongsi tentang gambar tempat-tempat menarik sepanjang percutian mereka akan kami pertimbangkan.
  2. Post Contest atau Iklan: Semenjak dari awal kewujudan apesal.com, kami memang tidak menerima post contest ataupun iklan. Ini kerana kami fikir ianya tidak adil kepada peserta contest yang lain. Selain itu, jika post ini diterima, ia seperti memberi ruang iklan percuma kepada blog atau post berkenaan. Ini juga agak tidak adil kerana terdapat penulis blog lain yang menyediakan ruang iklan dan menjana pendapatan melalui ruang iklan berkenaan. Jika anda berminat untuk beriklan sesuatu sila hubungi kami, mungkin kita boleh berbincang dan memberi manfaat bersama.
  3. Post Tentang Earning Blog: Post tentang buffered earning pengiklan xxxx ataupun post mengadu nasib tentang earning yang masih lagi kosong juga tidak akan kami terima. Tetapi jika post itu bercerita tentang tips atau pantang larang beriklan mungkin akan kami pertimbangkan.
  4. PoST yunG dTooLis SEpeRti IniEw: Post yang ditulis seperti itu juga tidak akan kami terima atas beberapa sebab. Pertama tajuk post seperti ini kelihatan agak tidak cantik di widget-widget apesal. Selain itu, kami juga ingin mempertabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang sebaiknya dan penulisan seperti itu boleh dianggap sebagai pencemar bahasa ibunda kebanggan kita.
  5. Post yang Memiliki Gambar yang Tak Sepetutnya: Gambar yang tak sepatutnya itu termasuklah gambar-gambar sensitif yang agak meransang dan sebagainya. Selain itu, post yang dihantar tetapi menggunakan gambar yang tiada kaitan dengan post juga akan kami tolak.
  6. Post Copy Paste: Post copy paste memang kami agak kurang gemar sekali, termasuklah copy paste dari surat khabar atau blog-blog lain tanpa diolah sedikit pon.
  7. Post Warez atau Download Haram: Post-post seperti ini juga memang kami telah lama padamkan daripada apesal.com. [sumber]
Ok, kepada blogger yang meletak link mereka di Apesal.com diharap lebih berhati-hati dan bertanggungjawab selepas ini.

Jom! Jemput minum...jemput makan...

Ihsan Google image

3 comments:

Adam bin Ahmad said...

menarik menarik. baru hantar request application tok join. hahaha

Aina said...

amboi Adam amboi Adam..lawaknyerrrr:))hihi jemput makan goreng pisang panas ni..

ZIPPO MILLER said...

tq kak sebb visit http://zippomiller.blogspot.com/2011/

Zippo minat Fazura lalu i Gune sabun Lux la hahahha. + Follow akak, Blog akak Tenang jek x huru hare..best senang nak lepak