Panas..panas..!!

*Salam sejahtera*

Memang panas...panas!! semua orang yang membaca juga panas hati. Bukan setakat berpeluh sebab dek cuaca panas tapi bila hati panas, tak kira siang, malam-malam tadek panas pun bikin menggelegak emosi. Haha sebab ape yer...rase-rasenya banyak bloggers pon sudah tau isu hutang piutang tak berbayar..huhu
Akak tak mo campur isu bloggers berkenaan sebab tak kenal diorang. Citer bab duit memang sensitip. Kerna duit boleh jadi berkawan baik, sahabat donia akhirat dan boleh juga jadi bergaduh, musuh sampai mati! Nauzubillah. Apapun, even seposen berhutang, memang kita patut bayar. Kerana hukum tetap hukum. Dalam Islam hutang wajib dibayar! Dalam etika pun hutang wajib bayar. Dalam mana-mana hukum agama, kod etika dan moral pon tetap sama 
44
Hutang WAJIB bayar!

Hadis nabi SAW:
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif ) [sambung bacaan kat sini..]

Pengalaman saya...

Tetiba saya teringat hutang seorang kawan sebanyak RM80 jer. Tak banyak, tapi itulah duit PTPTN masa belajar bagi pinjam kat kawan sebab dia tengah kesempitan. Akhirnya sampai habis sem 6 dia tak bayar. Mungkin dia lupa, tak mengapalah. Walaupun berat hati nak halalkan saya cuba!
Ditakdirkan dia mengulang sem 7(dia senior), dan jumpa saya semula. Mula-mula dia buat tak tahu ajer...panas gak hati. Bila ingat saya pernah nak halalkan hutang tu maka saya pujuk hati dengan mengatakan dia mungkin lupa! Suatu hari terserempak dan dia menegur. Masa tu dia bagi tahu akan bayar hutang. Oh masih ingat rupanya! Berbunga hati saya sebab sebagai student kita memang suka dapat duit nih. Lebih-lebih lagi kalau PTPTN masuk lambat, datang pula member bayar hutang memang best la...
Malangnya, hari ke hari sampai habis sem 6 saya dia tak bayar juga! Hari-hari juga saya nampak dia melepak tepi longkang belakang asrama bergayut kat henfon dengan boypren (agaknya laaa)...emm biasalah budak U! kalau bukan dengan boypren  dengan sape lagi nak gayut lama-lama kan. Buat abes kedit jer!!! menyampah I masa tu!! 
Ya, saya pun salah! sepatutnya kena slow talk dan face to face dengan member tu. Tapi tak, sebab saya nak dia jujur dengan saya! Makan pun kadang-kadang saya berkadar-kadar, tak pakai henfon,tapi dia siap ada henfon lagi. Zaman saya blaja dulu, kalau ada henfon tu kira budak 'mewah' sikit laa...tak pun budak yang pandai berjimat duit merasalah nak pakai henfon. 
Bertahun lamanya saya makan hati. Walaupun dalam hati cakap dah halalkan, mungkin saya tak cukup ikhlas mengatakan masa tu. Insha Allah dan Alhamdulillah, rasanya hari ini saya sudah redha dengan duit yang dipinjam olehnya tersebut. Ya, masa yang berlalu buat saya redha....Kami pun dah lost contact nak buat macam mana kan? 

Itu bab duit. Ada juga cerita bab pinjam baju...Ayoyo...Adalah  sorang member yang tak berapa rapat datang jauh-jauh dari asrama dia nak pinjam baju pengakap. Dah abis event tak pulang-pulangkan baju tuh. Mungkin bz agaknya masa tu degan exam final. Tapi, masa nak pinjam sanggup pulak cari masa, dah settle, tiba-tiba dah tak jumpa jalan nak cari bilik saya.....(nak nanges teringat baju yang dibayar dengan rege mahal gitu...arrggghhh duit PTPTN tu weh...sampai skrang masih tak abes bayar!) :( 
Ni pulak citer pinjam baju tapi dipulangkan dan esok pinjam pulak baju lain. Minggu depan dia ulang lagi pinjam dan bulan depan pinjam baju lain pulak. Member kitorang yang ni memang jadi habit dia meminjam baju. Sampaikan 1 kelas pon dah tau perangai dia termasuk classmate lelaki. Pernah terjadi 1 kejadian memalukan ada sorang mamat sekelas yang buat lawak kat saya  tengah-tengah orang ramai.

"wah baju baru? ke guna Fab buku baru???"

Ayat tu macam nak perli saya pinjam baru orang kot. Terasa memang nak lempang ajer mamat tu masa tuh dan dalam hati nak menjerit kat dia, 

"ini baju aku sendirilah tau" Nasib baik masa tu ramai student lain.

Malang sungguh duk hostel dekat dengan member tuh. Kalau dia tak pinjam baju saya pun, dia akan mencari-cari 'mangsa' lain yang ada baju yang cun di matanya. Dan bila masuk kelas, sibuklah member-member lain mengorek info dari saya baju siapakah yang dipinjamnya... Walaupun ada kawan sebegitu, tiada siapapun yang berani menegurnya... sebab jauh dalam hati kami kasihan padanya kerana mungkin kerana dia orang tak berapa susah, maka dia dapat penyakit suka pinjam baju orang lain....


Boring? ok ok jom layan Salih Yaakub pulak..

Pendek aje ye...nak lebeh gugel senirik. Tapi bermakna sangat liriknya..

Gali Lubang Tutup Lubang

Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Lobang digali menggali lobang
Untuk menutup lobang
Tertutup sudah lobang yang lama
Lobang baru terbuka
Gali lobang tutup lobang
Pinjam uang bayar hutang
Gali lobang tutup lobang
Pinjam uang bayar hutang
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Gali-gali-gali-gali-gali
Walau makan sederhana
(Makan nasi sambal lalap)
Walau baju sederhana
(Asal menutup aurat)
Walau makan sederhana
Walau baju sederhana
Walau serba sederhana
Asal sehat jiwa raga
Dan juga hutang tak punya…
Itulah orang yang kaya (hi-hu…)
Walau gajinya pas-pasan
(Enggak lebih engga kurang)
Walau hidupnya pas-pasan
(Asal cukup kebutuhan)
Walaupun gajinya pas-pasan
Walau hidupnya pas-pasan
Walaupun serba pas-pasan
Hidup ‘kan merasa terang
Asal tak dikejar hutang…
Enak tidur enak makan (hi-hu…)
Gali lobang tutup lobang
Menggali buat menutup
Gali lobang tutup lobang
Sana rata sini lobang
Gali lobang tutup lobang
Tetap saja ada lobang
Gali lobang tutup lobang
Lobangnya tak pernah hilang
Gali lobang tutup lobang
Pinjam uang bayar hutang
Gali lobang tutup lobang
Sana lunas sini hutang
Gali lobang tutup lobang
Tetap saja ada hutang
Gali lobang tutup lobang
Hutangnya tak pernah hilang
Gali lobang tutup lobang…
Pinjam uang bayar hutang…

4 comments:

Unknown said...

byk utang gak ni..huhu

Budak Botak said...

Harap benda ni diselesaikan cepat, blogger2 xnk gaduh, he3...

Entry terbaru -> Pertandingan Fesyen Tikus Di New York... (",)

Aina said...

phycrews,

susah nor nak spell nama awak .terbelit lidah.tp ala-ala showdown crew lak nama phycrews ni kan. pandai breakdance tak?

anyway thanx drop comments kat sini :)

Aina said...

Budak Botak,

Ya, betul selesai cara baik kan...kenangkan masa2 indah masa lalu.Mahal tu, sayang kalau yang 'indah' tu dilepaskan begitu ajer..

sebagai outsider nak tunggu dan lihat jer.kita sama2 berdoa kekalutan ini berakhir dengan baik dan ASAP :)

Thanx singgah..