Saranan baik dari Menteri Kesihatan

*Salam sejahtera*

Hari ni Tok Chu nak datang amik cucu. Jadi sunyilah rumah saya esok. Tinggal Alfatih seorang diri mesti dia bosan main sorang-sorang. Terpaksalah ibu temankan adik main kejar-kejar nanti..hehe :)

Lepak depan pc ni sambil menonton Nikita teleng kepala saya. Semua nak buat dalam 1 masa. Beg-beg anak tak kemas lagi sebab baru kejap Tok Chu diorang telefon bagitahu nak datang. Tunggu abis citer dan update blog kejap dulu baru kemas beg. Hurmmm berat gak hati ni...

Terbaca berita di Mstar Online hari ini tentang saranan Menteri Kesihatan supaya filem kita bebas dari rokok. Emm satu cadangan yang bagus dan bolehlah cuba dilaksanakan oleh penggiat seni. Ada tak filem Malaysia yang tiada aksi merokok yer? emm sebagai orang yang kurang menonton wayang tak perasan pulak saya. Biasanya filem aksi terutama babak orang jahat mesti ada aksi hisap rokok. Next , tukar jelah dengan adengan makan chewing gum...Boleh jugak kan :P

Bebaskan Filem Dari Rokok - Liow Tiong Lai 
KUALA LUMPUR: Pengeluar filem disaran supaya tidak perlu memapar rokok atau gambaran merokok di dalam filem mereka.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 filem teratas yang membuat keuntungan besar di pawagam tahun lalu seperti Alice in Wonderland, Harry Potter, How to Train Your Dragon dan Inception tidak memaparkan rokok. 

"Inception misalnya adalah untuk menghibur orang dewasa, tetapi tidak menggambarkan watak pelakon yang merokok," katanya pada Kempen ASAP dan pelancaran filem pendek mengenai antimerokok "Cinta Akhir" di sini Selasa. 

Sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia hari ini, Liow berkata kementerian itu juga bersedia untuk bekerjasama dengan pembuat filem yang mahu mengeluarkan filem dengan tema yang sama. 

Beliau berkata berdasarkan Global Youth Tobacco Survey pada 2000, 18.2 peratus remaja Malaysia berumur antara 13 hingga 15 tahun merupakan perokok ketika ini. 

"Kita perlu sedar bahawa ramai remaja yang merokok kerana mereka fikir ia adalah hebat untuk merokok. Itu masalahnya. 

"Jika pelakon filem kesukaan mereka merokok dalam filem, tidak bermakna mereka perlu meniru," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, Dr Chong Chee Kheong. 
Ooooo tak tau pulak hari ini ialah Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Emmm bayangkan dunia tanpa asap rokok....wow asyik kan?


2 comments:

anumuchan said...

kan..watak jahat selalu sinonim dengan rokok kan..kalau kunyang chewing gum takut rasa tak berapa jahat pulak..haha

Aina said...

Anum,

boleh je kot. Kalau pelakon tu berbakat, dia boleh ekpress muka dia je bagi nampak bengis.plus make up mesti boleh lah.kesimpulannya boleh buat tanpa rokok!