Hari ini saya dan hubby pergi Pusrawi untuk followup dengan Doktor Azmi. Sampai sana bawa hubby x-ray dulu. Masa sampai klinik, doktor dah keluar lunch. Nurse minta kami datang balik selepas pukul 2pm. Jadi kami turun ke kafe mengisi perut dengan menu pilihan - laksa (hubby) dan nasi putih berlauk ikan keli bakar dan kangkung goreng. Alhamdulillah kekenyangan. Hubby bila disua dengan jangung manis kegemarannya pun dah menolak. Betul-betul kenyang tu. Syukur, berat badan dia pon dah up sikit. Saya pulak sah sah dah overweight....hoho:(
Dekat pukul 2 kami ke klinik semula. Ada beberapa orang yang menunggu giliran untuk berjumpa doktor yang sama. Jam 2.30 baru lah nombor giliran diumumkan. Giliran kami ke 4, jadi bersabarlah dahulu di kerusi. Boring jugak, sebab sampai 3.20pm masih tak sampai giliran. Teringat jagung manis yang dibeli awal tadi. Dah tak panas. Tak pelah, mulut terasa nak mengunyah jadi makan jelah. Sedap. Hubby pun nak juga. Apa lagi suapkan dia. Satu untuk dia, dua suap untuk saya. Satu untuk dia, tiga suap untuk saya....hehe
Kalau pusing balik waktu kepada 4 bulan lepas, apa yang berlaku hari ini satu nikmat yang sangat besar buat kami. Bukan hanya kerana dapat makan jagung manis bersama tapi masih dapat hidup bersama, berjalan sama, bersembang, bergaduh pun ada juga (hehe) dan paling best melihat anak-anak membesar depan mata. 3.30 giliran kami tiba. Wajah doktor yang ceria itu menyambut kami. Dia sangat gembira melihat perkembangan hubby yang sangat memberangsangkan.
Alhamdulillah - Syukur padaMU ya Allah atas segala yang terjadi. Berilah kami hidayahMu selalu agar kami tidak tersesat. Kurniakan kami SABAR supaya dapat melalui ujianMu dengan kejayaan. Amin.
Biarlah gambar ini menceritakan betapa syukurnya hati-hati-hati kami hari ini...:)
Doktor cakap tadi kaki kanan dah boleh pijak. Jadi, tak lama lagi dah boleh main bola. Yea yea.... That's my hero....love u
5 comments:
syukur alhamdulillah...kagum dengan ketabahanmu kak ain...(yg ikhlas..(nurul hasnun)
all the best ain... maaf, bru tau ni... patot lme x jmpe.. sooo sory.. wish u all the best
assalam ain..apakabar? lama x cakap ngan ain..alhamdulillah, mat P dah jauh lebih baik dr mula2 akak tgk...mmg syukur sangat2. insyaAllah, berkat doa ain, keluarga n kwn2..mat P akan baik seperti sediakala...selalu sabar ye...salam buat ain n keluarga..Take care!
salam semua...
terima kasih atas sokongan semua.
nurul,
ujian kak ain kecik je nak banding dgn ur mom. kak ain lagi kagum dgn mak chik tau.selalu ingat dia dalam hati bila masa kak ain rasa beratnya ujian ini...ayh chik, boy n muin.thanx semua sekali
lavender,
tq..sy menulis ini untuk memberitahu kawan2 yang selalu tertanya2 kemana sy hilang.have to minta maaf jugak sbb berahsia dgn diorang.
kak jun,
hi...thanx sbb sudi singgah ke laman sesawang saya yg bersawang ni:P TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH tak terbalas budi baik akk dan kwn2 kuatagh..
k.ain..acu baru tau hubby k.ain accident..patutlah dh lama x nampak k.ain
semoga k.ain tabah menghadapi dugaan Allah ni yer..
semoga hubby cepat sembuh..Amiin
Post a Comment