Alhamdulillah & puji- pujian hanya bagi Allah

*Salam sejahtera*

Sejuk je pagi ni. Hujan renyai tetapi lebat membasahi bumi AU2, AU3, Ampang dan Ulu Kelang sekejap tadi. Tapi, ada pulak tukang kebun/sapu yang membakar sampah pagi ni. Udara segar sedikit tercemar dan mencucuk hidung...Cuaca yang cerah sedikit kelam dan berkabus buat dek asap. 

Pagi ni inbox emel dan phone dimasuki ucapan selamat. Terima kasih buat semua dan Alhamdulillah sebab berpeluang lagi untuk berkelana di muka bumi. Moga saya mampu untuk menjadi insan lebih berguna di masa depan. Walau banyak dugaan dan cabaran, hidup perlu diteruskan. Walau saya sering kalah dengan kelemahan diri sendiri, berjuang tetap mesti berjuang supaya kelak saya tidak akan rugi besar..

Terima kasih mak, abah sebab jaga saya sampai dewasa :) Tadi mak tepon dan bagi ucapan kat saya. Sebak rasa hati. Saya menyeka airmata.

"Terima kasih mak sebab jaga ngah sampai besar. Ngah tak bagi apa-apa pun pada mak" cakap saya padanya. Saya sangat maksudkannya.Tapi mak, dia cakap tak pe.."tak pelah".  Pedih. Sedih. :(

Terima kasih NUFFNANG dan TGV

Sebelum ini saya ada menerima emel surprised ini. Ingatkan hari tu nak let go je 'hadiah dari TGV tu pada sesiapa yang sudi pergi amik kan.. Tapi adik saya sanggup pulak nak pergi ambil kat Nuffnang office. Mulanya ingatkan dia tak nak, mana tau dengar je tiket wayang free cepat je jawab NAK....Sorry ye Adam :)

"Cantik ofis Nuffnang!" kata adik saya. Ya, saya ada melihatnya di website cuma tak berkesempatan nak pergi tempoh hari. Inilah yang dia dapat dari Nuffnang.


Again, thanx alots to both of you - Nuffnang and TGV. I hope next time I'll get a big big surprise for my happy happy day. Mmmm how about more BE? hehe (dah bagi betis nak peha pulok).

Thanx juga buat adik saya yang bersusah payah pergi sana. Sebab dia dah ambilkan, saya let go 2/4 tiket tu padanya. Emm dah dapat tiket ni, tak taulah nak tengok muvie apa. Plan nak tengok Jack Sparrow atau Nur Kasih. Tapi Karak pulak dah keluar...

Alhamdulillah, syukur dan segala pujian hanya untuk Allah :)

3 comments:

アヌム ちゃん said...

best2 dapat hadiah...

アヌム ちゃん said...

best2 dapat hadiah...

Aina said...

Alhamdulillah ..rezeki.at least ada gak dapat something dr nuffnang.nak tunggu BE mmg tak merasa.hehe

tiket ni pon kalau darab lebih tinggi nilai nyer bbanding current earning.mmg syukur sgt2...kalau x mmg x de alasan nak g pawagam :D