Aku benci dadah!

*Salam sejahtera*

Perjalanan hidup kita tidak lurus. Banyak cabaran dan ujian merentangi setiap jalan. Bila tersekat, kita terpaksa mencari jalan alternatif untuk masuk ke tempat yang kita hendak tuju. Ada jalan jangan betul dan ada jalan yang sesat. Antara betul dan sesat tidak susah untuk memilih. Jalan yang sesat kita sudah tahu di mana salahnya. Namun, ada juga yang suka-suka untuk mencuba dan akhirnya terjebak dalam perangkap masa dan tersesat di situ.

Mencari jalan keluar setelah sesat amatlah senang. Namun bukan senang nak senang. Ia terlalu susah bila hati kita kata 'TAK NAK' atau 'BELUM TERBUKA HATI', 'TAK SAMPAI SERU LAGI' dll tagline bagi diri yang malas berubah. Banyak macam perkara boleh kita cerita, tapi kat sini saya nak cakap pasal benda HARAM jadah yang namanya DADAH!

Sesungguhnya menatang perosak ini sudah banyak menghancurkan manusia. Ia menjadikan manusia hancur, bangsa lemah, dan jiwa rosak! Pengalaman saya melihat kehancuran anak muda di kalangan ahli keluarga sendiri membuatkan rasa sakit hati, sedih dan benci pada dadah terlebih lagi! kerana dadah mereka terasing dalam dunia mereka sendiri dan kerana dadah masa depan mereka hancur begitu sahaja. Dadah juga menyebabkan perasaan ibu bapa, adik beradik, saudara mara dll direbek dengan kejam sekali. Keluar masuk pusat serenti banyak kali dan akhirnya kembali ke jalan yang sesat itu. 

Alhamdulillah tak tahu nak cakap apa bila membaca pengalaman Radhi OAG di dalam Mstar Online hari ini. Tumpang gembira melihat perubahan beliau walaupun tidak ada kaitan persaudaraan pun dengannya.


PETALING JAYA: Penyanyi Radhi (OAG) yang sudah lima bulan berada di Rumah pengasih mengakui berjaya melakukan sembahyang lima waktu termasuklah berhenti menghisap rokok.
Radhi berkata, setiap kali mendengar azan berkumandang, dia terus akan melakukan solat secara berjemaah. 
“Saya sudah tidak tinggal solat lagi dan setiap kali saya teringat tentang kisah silam, saya akan cepat menunaikan solat.
Tubuh Radhi semakin berisi.
[baca berita penuh....]

Moga masih ada sinar bagi penagih yang ingin kembali ke pangkal jalan dan berubah menjadi manusia berguna.....Artis selalu dilihat sebagai idola (walaupun sebenarnya bukan layak sangat) tetapi contoh yang baik wajar dijadikan teladan oleh masyarakat.

*Rindu pada saudara-saudaraku tersebut. Seandainya mereka
tahu, kasih sayang saudara mara masih tebal terhadap mereka
kembalilah ...kembali lah! Kami masih menunggu walaupun masa
telah menjarakkan kita semua.... :(

2 comments:

anumuchan said...

benci dadah jugak..tp ramai betul org melayu terjebak dgn dadah ni kan kak aina..sedih tengok..huhu

Aina said...

Anum,

ye sedih.lebih lebih sedih bila jadi pada org yg dekat dengan kita... :(