Ujian lagi...

*Salam sejahtera*

Baru-baru ni mak saya kena strok. Terkejut sangat masa adik saya beritahu. Sedih...sebab mak dah ada macam-macam penyakit yang bersarang dengannya. Nasib baik strok kecik je dan doktor di Raub suruh mak jalani fisio....kecik-kecik pun takut kami dibuatnya.

Dua hari lepas abah bawak mak ke HKL...tapi sebab tiada referral letter mak tak boleh jalani pemeriksaan lanjut. Hurrrmmm....At last, abah bawa mak ke PUSRAWI. Yelah dah datang jauh jauh, tak buat apa-apa macam rugi pula.

Pemeriksaan di PUSRAWI doktor bagitahu mak bukan kena strok tetapi ada jangkitan virus di bahagian leher yang mengganggu sarafnya. Jadi, dia diberikan ubat antivirus dll. Risau pulak saya kerana kedua doktor tu katanya 'pakar' tapi ada dua penilaian berbeza. Bimbang kalau-kalau mak tersalah diagnose...Banyak kes macam ni!

Balik dari hospital mak dan abah singgah di rumah saya. Alhamdulillah dapat peluang melihat mak. Melihat wajah mak yang sebegitu rupa sangat mengharukan. Walaupun tidak begitu kritikal, tetapi dalam hati sedih sangat. Love u makkkk...tak terbalas lagi jasa-jasa mak kepada saya sehingga hari ini. Apa yang termampu hanya memberikan mak rasa gembira dan perasaan bahagia selagi masih ada waktu dipinjamkanNYA.

Pada hari yang sama, saya mendapat pula berita mak mertua saya pula patah tangan. Dia tergelincir jatuh ke dalam longkang di belakang rumah. Syukur ada orang datang menolong. Mak dimasukkan ke Hospital Temerloh. Doktor putuskan nak masukkan besi di tangan kiri mak yang patah. Sepanjang hari mak berpuasa semalam tapi mak tak dioperasi pun...Katanya tak sempat sebab dah lewat petang tetapi apsal lambat bagitahu? pukul 7 baru cakap tak jadi operet. Patut ke?

Teringat masa kes mak saya sendiri masuk HKL tahun lepas.[link]. Puas dia menunggu giliran dan tertangguh beberapa kali... Masa saya bercakap dengan mak melalui telefon, suaranya tetap ceria dan bersemangat. Siap pesan saya tak payahlah susah-susah balik, dia ok, tangan je patah. Semua anak-anak ada di sisi ketika sakit. Semua balik walaupun jauh. Alhamdulillah harap hati mak tenang sedikit. Hubby pun semalam pergi balik hari dengan bas. Risau juga hendak melepaskannya seorang diri. Tapi memikirkan emak lagi penting, saya tak menghalang. Lagipun kalau nak pergi sekali anak-anak tiada orang nak jaga.

Ujian demi ujian melanda kami. Saya memikir, berfikir dan terfikir....5 perkara - hidup&mati, susah&senang, sehat&sakit, lapang&sempit dan muda&tua. Bila-bila masa Allah boleh switch kedudukan yang kita ada sekelip mata. Adakah saya sudah bersedia untuk 5 perkara itu? Walaupun saya tak tahu bila tapi pasti kita merasa juga nanti. Awak pun fikir-fikirkan juga ye....dapat pahala tau:)

0 comments: