*Salam sejahtera*
Ahad baru ni masa shopping barang dapur, sempatlah jenguk-jenguk di bahagian barang bayi untuk mencari botol susu anak. Semangat ni...kononnya dah penuh ilmu kat dadalah untuk membeli botol yang betul-betul selamat dari BPA.....
Masa kat bahagian tu, saya lihat ada seorang ibu mengandung mencari-cari botol susu juga. Saya tegurlah dia bertanya kot kot dia tak tahu pasal botol yang selamat dari BPA saya nak share infolah kat dia kan...Alhamdulillah dia pun tahu:)
Dah jumpa botol susu, saya kebahagian kanak-kanak pula. Nak cari botol air untuk Luqman dan Almustofa. Kat atas rak tu punya berderet botol air yang cantik-cantik dengan harga belasan ringgit ke puluh ringgit. Dengan design cantik cam tu kira berpatutanlah rege nye:) So, saya carilah yang bersesuaian untuk boys....Dengan label dan sticker tertera 'BPA FREE' saya yakin sangatlah yang botol-botol itu memang selamat. Tapi nasiblah tangan ni gatal juga untuk menengok ke bahagian bawah botol tersebut.
Gambar bawah ni sekadar hiasan je ye....
DiULANG.....gambar botol ini sekadar perHIASAN sahaja...TQ
Di bahagian bawah botol tertulis kod 7 (PC). Emmmm betul ke tipu ni???? saya terus tak jadi beli dan turun ke bahagian bawah untuk survey botol air kat bahagian makanan dan barang dapur pula. Kat situ pun ada botol air tetapi tak lah 'cantik' sangat. Harganya lebih murah dan sepadanlah dengan rupanya. Tak kisahlah, saya pun check kod di bahagian bawah. Emmm payah nak tengok sebab pihak pasar raya tampal sticker harga di situ. Saya cari yang lain dan akhirnya nampak kod. Ya ampun, kebanyakkannya kod 7!
Puas juga saya membelek satu-satu dan akhirnya jumpa botol air jenis PP. Saya ambil 4 biji, beli untuk semua hero. Jadi masing-masing dapatlah seorang satu tak perlu nak berebut-rebut. Alhamdulillah legaaaa...Cuma dalam hati tertanya-tanya ada ke plastik kod 7 yang BPA free? sebab yang saya faham sebagaimana MOH beritahu:
Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
- Nombor 7
- Nombor 7 dan PC
- Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
Rasanya saya dah cukup faham bahawa kod 7 untuk yang ada BPA. Betul tak ?? Atau ada yang saya silap faham, tolong bagitahu ye. Kalau ada unsur-unsur penipuan, sebagai pengguna kita wajib berhati-hati....
0 comments:
Post a Comment