Bekas Mufti Seru Perangi Politik Lucah

*Salam sejahtera*

Siapa lagi bekas mufti itu kalau bukan MAZA.}} petikan berita

Di dalam blog beliau menyatakan bahawa :

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Samada PAS, UMNO dan PKR; ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik. (baca selanjutnya)

Kata Dr.MAZA lagi :

Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Kita menentang POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN. (baca selanjutnya)

Jujurnya saya amat amat menyokong. Kalau semua politikus berfikiran macam ni emmmm aman damailah dunia. Hakikatnya, ia mustahil. Hatta bukan semua 'orang agama' juga bersetuju dengan pendapat MAZA ini.

Apapun, nak tunggu apa reaksi orang ramai selepas ini...terutama politikus-politikus yang 'berani kerana benar' itu:))

Kita tengok sape agaknya yang berani nak anjur perhimpunan cenggini sebagaimana demo bantahan untuk minta DSAI serah DNA ....

Alamak, saya tak minat politik....sorry pot pet pot pet macam pemerhati yang hebat sangat. Just my 2 cent:)

0 comments: