Rumah lut sinar untuk budak AF9

*Salam sejahtera*

Masa shopping kat Jusco AU2 baru2 ni nampak macam ada construction untuk buat 'sesuatu'...I guess nak buat lif...yang macam kat Alpha Angle tu lif yang transparent view. Yelah takkan nak buat lif yang sama since dah ada satu kat tepi tu...dan lagi kat tengah tu tempat orang selalu buat sales etc....kat situ tertutup rapi. Tak nampak pun, sebab tu main teka teki...

Hari ni baca Mstar Online rupe-rupenya nak buat rumah lut sinar untuk budak-budak AF9. Ayoyo....ni betul-betul nak promot JJ Au2 dan kasi jam ini tempat!!!! Tapi seb baik juga bukan hujung minggu. Cuma....takut nanti ada budak-budak sekolah yang ponteng semata-mata nak lepak kat situ...

Inilah rupenya rumah lut sinar tu. Dah buka pagar, baru jelas pemandangannya....hurrmmmm macam-macam cara Astro nak buat gimmick bagi program ni still hot hot hot...emmmmm tapi saya tak follow pun ye. Tak kisah pun AF ada atau tak de....cuma yang jadi kisah sekarang, bila buat kat sini jadi bila-bila masa jalan kaki pun saya bulih gi tengok pagi-pagi, petang-petang atau bila-bila free. Ahaks...(apa ke jadahnya aku nak gi!-sori ayat kasaq)

Buat pertama kalinya dalam sejarah AF, program Diari AF9 akan dirakamkan dari ruang legar tingkat bawah Jusco AEON, AU2, Setiawangsa.

Tambahan pula, Jusco AEON Setiawangsa dirasakan sesuai untuk menempatkan pelajar dan tenaga pengajar bermula waktu pagi hingga petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dalam rumah lut sinar.

Para pelajar akan ditempatkan di suatu lokasi lain untuk tidur pada waktu malam. [link]

Wahai penduduk AU2 - Setiawangsa - AU3...
Awasilah anak-anak remaja korang takut 'sangkut' kat JJ pulak yer:)) Jangan marah nooo:P

5 comments:

Anonymous said...

penuhlah org kat jj nanti..pandai dorang buat strategi nak tarik penonton

shah said...

macam tu pulak eh
senang la mak ayah bebudak tu nak jenguk kan

Aina said...

JJ ni x popular sangat.tak ramai org...strategi serampang 2 mata.x lama lg penuhlah JJ AU2 ni:)

Miss AZ said...

mcm takda privacy je tgk.. =_=

Aina said...

tu kata amirrah, tah tah diorang lg suka sbb nak jd popular kan..:(