Home office

Hubby ada lagi sebulan setengah lebih lagi cuti sakit. Cuti tu doktor bagi sehingga appointment berikutnya. Doktor nasihatkan supaya banyak buat aktiviti menguatkan otot kaki seperti berjalan dan berbasikal. Buat masa ini, fisioterapi dia buat sendiri-sendiri aja di rumah.

Tengok tu (pic sebelah) dia tengah exercise. Pusing 3-4 kali di ruang tamu sebelum masuk ofis. Ofis? Kata cuti......


Hehe ya, dia dah start bekerja. Adalah sikit kerja yang bos bagi...Sekurang-kurangnya tidaklah bosan dia terperuk di rumah.
Lepas exercise, apalagi masuk 'ofis' lah dia. Mula-mula kena check emel tengok apa arahan bos hari ini. Abah tidak keseorangan. Ada officemate yang menemani dia.
Di hujung sana tu 2 orang officemate dia sedang tekun bekerjasama. Ermm..projek apa tah agaknya dibincangkan sehingga serius mengadap pc. Jumaat lepas ibu dah belikan wifi router, jadi semua orang boleh guna Internet dalam satu masa.

Hubby tekun buat kerja tu...Jangan ganggu tau! Boring, dia bangun jalan-jalan. Lepas tu order air..kalau ada buah atau aiskrim dalam peti suka sangatlah dia. Sambil buat kerja, sambil makan. Itulah untungnya kerja di rumah ni...

Tengok tu, tekun kan semua buat kerja....Alhamdulillah, kerja pun nikmat juga. Ada orang, sakit sampai dibuang kerja. Ada juga yang sakit sampai terus tak boleh nak bekerja.

Eh eh.. tengok tu!! Haaaaaa,,,,,main fesbuk ye bang? Hehe kantoiii...

Jangan marah bang, gurau gurau je. Yelah sambil menyelam minum air kan. Dah tepu kepala mengadap coding, coding, coding.. Uhhhh...

Oklah tu. Update perkembangan semasa kat kawan-kawan yang banyak menyokong dan membantu kita. Dalam fesbuklah hubungan jauh didekatkan, panggilan telefon dan sms dijimatkan. Sekali update semua tahu. Senang.

Moga abang cepat sembuh sepenuhnya dan ceria-ceria selalu ok:)

3 comments:

Aina said...

>> Jun said...
mat p dh stat keje? alhamdulillah...at least x d lah bosan sgt ye. sambil wat keje makan es krem? hehehe...yg tu sure mat p rindu bila dah g opis betul nnti. muga cepat sembuh sepenuhnya...<<

kak jun, sy alih komen akak dan jawab under post yg betol yer.

yup ada lah keje sikit2.selalunya pon mmg dia banyak buat keje dr rumah.jarang pergi ofis.kalau keluar pun g client's office.

Anonymous said...

Ain, betul ada yg sakit sakit sampai x boleh kerja. Ingat last yg akak singgah rumah Ain aritu, masa akak g melawat kawan akak tu. Kat block sebelah. Since 2011 jan, dia warded then keluar then warded balik. Tak pernah masuk kerja lagi. Sakit yg tak sure sakit apa :(

Muga dia di beri Allah kekuatan. Bila jumpa, dia mcm org murung :(

K. Reen

Aina said...

ye ke kwn akk tu tak sehat lagi?
yup,moga Allah beri padanya ketabahan, kesabaran dan kekuatan utk hadapi ujian ni.

akk last akk dtg umah tu kan, ada sikit terkilan kat hati ni.sorry ye kak.