Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong

*Salam sejahtera*


Blogger Bangku kosong aka Hasrul Hassan ingin berkongsi trafik dengan kekawan bloggers semua. Katanya kalau siapa nak join sila silakan, FOC dan klik [link] untuk membaca terma dan syarat diberikan.

Mengapa perlunya trafik atau pengunjung ke blog kita?

Trafik...kalau jem/jam lagi bagus...Kenapa bagus? kata orang, kalau jem teruk boleh dapat BE? Iyer ke....Saya pun tak tahu sebab tak pernah dapat. Saya masih belajar dan cuba-cuba nasib, kot-kot ada untung sabutnya timbul...

Sekarang saya sudah aktif menulis. Hari-hari mesti fikirkan apa nak share dengan kawan-kawan bloggers. Kalau dah menulis, tentulah kita harapkan ada pengunjung ke blog untuk membaca. Dah baca nak juga diorang komen. Kutuk pon ok coz saya teringin nak menilai balik kualiti diri sebagai blogger. Kalau tak de orang komen tu macam SS (syok sendiri) jer!

So far memberangsangkan(walaupun ciput) sebab baru tahun ini saya aktif bergaul dengan blogger lain. Walaupun mula blogging since 2008, dulu saya hanya menulis untuk diri sendiri...untuk suka-suka...untuk lepas tension dan untuk bacaan sesama kenalan rapat SAHAJA. Mebi masa tu saya naif sangat sangat dengan dunia blogging yang luas ni....

Sekarang saya masih menulis untuk kepuasan diri tetapi kalau ada bonus di hujung jari siapa nak menolak kan? Terima kasih buat Hasrul yang sudi share trafik di 'Bangku Kosong' dengan kami. Jasamu dikenang! Harap 'kontrak' win-win situation ini 'menjadi':)

0 comments: