Baru-baru ini sepupu saya melahirkan seorang anak perempuan yang sangat comel. Asal baby je mestilah comel kan. Tambah-tambah pula, putih gebu dan montel. Lagilah geram nak cubit pipinya sampai kemerah-merahan. Iye iye je saya geram. Sebenarnya saya cuma menatap fotonya di fesbuk sebab mereka sekeluarga jauh di Sarawak.
Nak ceritanya,
kebetulan dia menamakan anaknya dengan nama yang pernah saya angankan untuk diberi kepada bakal anak perempuan saya. Sebijik sama. Namun, tak ada rezeki kerana yang lahir semuanya hero....Tak apalah umur pun masih 'muda' untuk melahirkan anak. Hehe kalau ada rezeki. Tapi, sebenarnya saya tak kisah pun. Lelaki aja pun, syukur Alhamdulillah...
kebetulan dia menamakan anaknya dengan nama yang pernah saya angankan untuk diberi kepada bakal anak perempuan saya. Sebijik sama. Namun, tak ada rezeki kerana yang lahir semuanya hero....Tak apalah umur pun masih 'muda' untuk melahirkan anak. Hehe kalau ada rezeki. Tapi, sebenarnya saya tak kisah pun. Lelaki aja pun, syukur Alhamdulillah...
Beberapa bulan lepas mak mertua saya cakap, saya ni asal tengok budak kecik(baby) terliur je. Heheh...bukan terliur, tapi suka. Mana taknya, cute miut (not mute ye) semua orang suka kan. Katanya lagi, lepas ni bolehlah saya beranak lagi. Perempuan pulak. Ahha macam lah kita boleh menentukan jantina. Tapi saya tahu dia bergurau je. Orangnya baik. Macam mak kandung saya juga. Saya sayang mereka berdua...
Alfatih now dah setahun 6 bulan. Sangat nakal dan keletah. Lebih dari abang-abangnya. Baru-baru ni dia dah berjaya memanjat tingkap di rumah sampai boleh bermain-main dengan rail langsir. Aduhai...terkejut juga kerana takut dia jatuh. Saya turunkan dia, lepa sekejap dia dah di atas semula. Mak mertua saya bagitahu kalau keletah sangat lebih dari yang lain itu tandanya anak bongsu. Alamak, mak ni cakap lain pulak dah. Dia kesian kat saya agaknya. Kalau ALfatih ditakdirkan jadi si bongsu pun saya syukur sebab dah ada 4 yang saya harap dapat mendoakan saya dunia akhirat. (Aminnn)
Apapun, tahun ni bakal menyaksikan ramai teman taulan saya akan melahirkan anak pertama...ke-2...ke-3..4..5..6(ada ke?). Alhamdulillah, saya tumpang gembira untuk semua. Tahniah untuk Acu(kema), Mc Ja, Nor(faizuryana), Syafa, Has, Chuya, Nonie(fazira), Lily (my sil) dan sape lagi ek... dari batch tahun lepas yang dah beranak awal tahun ni Ina (apih), yeng (penternak itik), dan entah...hehe ni kira ramailah juga kan. Mungkin ada yang saya terlepas pandang. Almaklum lama bertapa tak bercampur dengan orang.
Nombor bertuah tahun ini pastinya 11.11.11. Kita lihat siapa yang kena...Doa saya, semoga ibu dan baby lahir sihat, sempurna dan selamat semuanya. Insha Allah, jaga diri ok.
2 comments:
uik, nama saya pun tersenarai jugak yea... terima kasih... bila menempuh tempoh mengandung, bersalin & berpantang mmg serik rasanya nak menambah... tapi bila anak dah besar sket, tgk baby org mulala syok hehe...
nonie...hopefully this time u dpt bby boy pulak.Insha Allah..
bila due?
Post a Comment