Aku kuat kerana dia kuat

Saya sudah meneka, bila saya submit post pasal kemalangan hubby mesti ramai yang cakap saya kuat, sabar dan tabah. Kalau orang lain di tempat saya, mesti saya akan beranggapan begitu juga. Hakikatnya, bahu yang memikul jua yang tahu takat mana berat dan ringan beban dan tekanan yang ditanggung.

Saya tak kuat, dan bukan penyabar orangnya. Saya marah, sedih dan kecewa. Saya juga hadapi tekanan dan trauma akibat kejadian ini. Kalau nak menoleh ke belakang, saya anggap ia umpama mimpi ngeri yang tak ada sesiapa pun mahu mengalaminya. Kekadang dek kerana tertekan saya sering terlupa dan terlepas pandang sesuatu yang penting dan meninggalkan hal yang saya sendiri anggap tak penting. Mungkin pada ketika ini ada hati-hati yang tersinggung tatkala masa saya sibuk melayan perasaan sendiri, melayan kerungsingan fikiran dan melayan hiba hati..

Melihat orang tercinta terbaring dengan hela nafas yang tersangkut sangkut. Doktor pula mengkhabar berita yang kurang meyakinkan. Apakah perasaan anda? Saya tidak kuat menghadapinya....Alfatih diribaan ketika itu saya peluk dengan airmata mencurah. Dalam hati tertanya kenapa saya diuji begini?

Cerita ini bukan untuk meminta simpati anda...Bukan meminta kasihan belas..bukan, bukan....Sesungguhnya ketika saya susah sangat ramai orang di sekeliling memberikan sokongan. Orang asing tiba-tiba menjadi sahabat. Saudara jauh datang mendekat. Adik beradik setia disisi. Paling saya kagum dan berterima kasih, emak dan bah, emak dan abah yang berulang-alik turun ke kl menemani saya ke hospital. Almaklum orang tua, usia lanjut ni banyak lemahnya tetapi mereka kuatkan juga! Oleh itu saya terpaksa jadi kuat, sabar dan tabah. Paling utama redha dengan ketentuanNYA...

Saya perlu masa untuk bertenang. Saya terpaksa memberi ruang untuk diri menyesuaikan dengan keadaan semasa. Anak-anak nasib baik memahami walaupun sebenarnya mereka tidak faham apa-apa...Setakat memberitahu abah sakit dekat hospital, mereka mengiyakan aja. Makan, minum, pakai, dan persekolahan mereka diuruskan oleh adik-adik yang bertukar-tukar giliran. Saya terpaksa mengabaikan semuanya seketika. Saya terpaksa mendahulukan suami dalam segala hal.

Mohon maaf dari kawan-kawan yang ada menelefon dan sms yang tak dijawab. Sebenarnya bukan sengaja saya tak menjawab panggilan tetapi memang saya benar-benar sibuk ketika itu. Cuma masalahnya saya tidak membalas kembali. Harap dengan cerita ini awak semua sudi maafkan saya...

Akhir kata, saya tidak kuat dan bukan penyabar. Saya kuat kerana dia kuat. Hubby memang cekal dan bersemangat waja! Kalau tak masakan dia dapat pulih seperti hari ini. Walaupun tidak sesempurna sebelum kemalangan, dia tetap sempurna dalam hati saya. Mungkin ada yang mencebik, tapi inilah perasaan saya. Ada yang berpesan, bukan senang nak jaga orang sakit dan saya kena kuatkan semangat. Itu memang betul! Jujurnya, di antara kami sering juga tergigit lidah dan mencakar perasaan satu sama lain. Di akhir ceritanya saya berdoa moga Allah teguhkan ikatan kasih di antara kami.

Cerita ini belum berakhir yaa.... Setiap cerita pastinya hanya tamat bila Izrail datang memanggil apabila sudah tiba masa untuk pulang ke tempat asal kita!

4 comments:

Jun said...

ain..kekuatan seseorang tu hanya Dia yg tau..kita manusia mmg lemah tp dalam situasi susah, kita insyaAllah akan diberi kekuatan tanpa kita sedari...dan yg pastinya pendorong kita adalah org2 yg kita sayang.. org2 yg melihat x dpt merasa sepenuhnya apa yg ain n family tanggung. jgn risau sgt ape yg terlepas pandang..tu pon kelemahan kita sebagai manusia yg x sempurna. kita cuba ape yg terbaik buat semua. semuga ain n family sentiasa di beri ketabahan...

Aina said...

kak jun,

terima kasih kerana komen.

cuma sy terasa mcm hipokrit pulak bila mendengar org puji (ye ke puji?)yg sy ni kuat, sy sabar dll.sebenarnya sy tak kuat...sy tak penyabar.sy selalu kalah...

apa pun kata-kata akak ni benar belaka.itu lah hkmah bila kita berkongsi perasaan kita dgn org lain kan.Bila mana perasaan kita tersilap, ada yg akan membetulkannya.

kedaiHumaira said...

subhanallah ain...sampainya ati ko tak ckp yg hubby ko xcident...tp aku phm,prasaan org yg berada dlm situasi ko..aku tak salahkan ko..perit sungguh penderitaan sahabatku ini..entah la,klu aku pon rasanya tak tertanggung.hebat ujian Allah utk sahabatku ini.menguji kekuatan iman,kesabaran dan ketabahan diri..wpon ko kate ko tak kuat sebenonye,tp aku tau sahabat aku ni mmg teguh pendiriannya.mmg kuat melawan ujian..dan aku sentiasa berdoa dr jauh utk kebahagiaan ko..jgn lupa aku n kwn2 lain sentiasa disisi wpon ko mgkin tak terasa kehadiran kami..tabah dan kuatkan semangatmu demi keluarga tercinta..mereka memerlukan ko sepertimana ko memerlukan mereka..insyaallah Allah juga sentiasa bersama org2 yg sabar..amin..

Suzana Ghazali said...

Assalamualaikum. Dik, anggaplah kata2 orang itu sbg DOA agar Adik jd betul2 kuat dan tabah. Percayalah!! Ujian Allah hanya utk hamba-NYA yg mampu hadapi. DIA yakin Adik mampu lantaran Adik perlu yakin dgn diri sendiri dan sentiasa ingat dan mohon bantuan-NYA. Moga kita tergolong dlm golongan hamba-NYA yg redha dan bertaqwa, amiiiinnn!