Mengambil kesempatan - Part 3

Episod sebelum : Part 1 | Part 2. Berikut ialah sambungannya.

Wow dia ada 7 orang anak! Lebih 2 orang dari aku! Fikir si ibu... Dengan rasa tersindir dia berkata, "tiada seorang ibu pun yang sempurna di dunia ini". Sekali lagi puan pengetua menyindir dengan menunjukkan sebiji mug pemberian anak-anaknya. Di situ tertera ayat yang menoktahkan hujah si ibu. ' For the best mom in the world'.

Akhirnya, si ibu kehabisan idea...dia berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut dan berjanji dengan puan pengetua yang dia akan mencari jalan penyelesaiaan.

Hasil perbincangan hati ke hati, anak perempuannya memberitahu dia pernah beberapa kali mengeset alarm bunyi tangisan adiknya di waktu malam supaya dia boleh bangun membancuh susu. Dia tidak kisah. Dia faham keadaan ibu dan mahu ibu mendapat rehat secukupnya. Dengan perasaan terharu, si ibu memberitahu tanggungjawab tersebut bukan tanggungjawab si anak...

Anaknya memberitahu lagi, sebab kenapa dia sanggup menawarkan pertolongan sebegitu ialah kerana apabila ibunya mendapat peluang dan ruang untuk diri sendiri (bergossip dengan kawan, berjogging, membeli belah dll) di luar rumah ibunya menjadi semakin ceria dan tidak marah-marah seperti sebelumnya. Dalam situasi tersebut, dia berasa lebih bahagia dan seronok apabila dapat melihat ibunya selalu tersenyum setiap hari.

Keadaan ini boleh dikatakan win win situation kerana kedua pihak sama-sama mendapat keuntungan atas apa yang terjadi.

Semua orang suka mengambil kesempatan?

Sebagai seorang ibu, saya juga ada mengambil kesempatan. Tatkala angin malas melanda diri saya selalu jugak menyuruh anak-anak yang besar menjaga adik mereka supaya saya boleh tidur sebentar di siang hari atau mengadap komputer. Di akhirnya nanti saya reward mereka dengan aiskrim atau bermain games.

Dengan suami pula, bila tengok angin dia sangat baik kita pun suka juga ambil kesempatan dengan minta itu ini atau bermalas-malasan dengan menggantung kuali dan mengajaknya makan di luar. Asalkan poket ada isi, suami saya biasanya tidak kedekut kerana bukan selalu dia belanja makan. Saya pun faham kalau poket kosong buat apa meminta-minta lebih daripada yang sedia ada.

Kalau ada peluang shopping di luar saya suka juga membeli satu atau dua barang bukan dalam senarai. Kononnya reward untuk diri sendiri. Bila balik baru bagitahu suami saya 'cukai' sikit daripada duit belanja hari tu. Dia diam jer, fahamlah tu (kot) maksud saya. Hehe..Sebab dia diam (tanda setuju kan?) next time boleh buat lagi..lagi..lagi...kan mengambil kesempatan namanya tu. Tapi, jangan lupa bertolak ansur dan mesti ingat batas-batas (had sempadan). Betul tak?

Ada ke orang yang tidak pernah langsung mengambil kesempatan ke atas orang lain?

...bersambung lagi...










Eh tak payahlah! Dah nak abes pon. Saya sambung pot pet pot pet ye..

Ada ke orang yang tidak pernah langsung mengambil kesempatan ke atas orang lain?

Mustahil kan? Sama ada ia suatu yang positif atau negatif pastikan kesempatan yang diambil dalam masa yang sama akan memberikan kebaikan juga kepada semua orang. Tapi, ada orang kata, kalau kita asyik fikirkan orang lain nanti payah nak naik ke 'atas'. Banyak sangat yang tak boleh dari yang boleh. Iye ke? Takkkkk..mesti ada jalan penyelesaiannya.

Kita biasa dengar lelaki yang mengambil kesempatan terhadap wanita yang lemah. Ada juga wanita yang mengambil kesempatan mengikis kekayaan lelaki dengan mempergunakan kecantikan dirinya. Ada pemimpin mengambil kesempatan di atas kekuasaan dimiliki menindas rakyat bawahannya. Ada manusia mengambil kesempatan di atas usia yang masih ada untuk berbuat amal kebajikan sebanyak mungkin sebelum mati. Ada pula manusia berbuat maksiat sepuas hati sebelum usia tua menjelang tiba. Kesimpulannya, macam-macam jenis ada!

Apa juga alasan, pro(s) and con(s), peluang atau kesempatan yang ada dan yang datang bergolek ia mesti direbut dan diambil dengan cara terbaik tanpa khianat, penganiayaan, penindasan, dsb. Memiliki sesuatu yang bukan dengan jalan redha dan halal hasilnya tidak kekal lama dan kalau dapat pun tiada keberkatannya. Fikir-fikirkan...

Tembok gagah memagar negeri
Musuh datang melanggar sempadan
Kesempatan yang ada harus disyukuri
Sekali terlepas menyesal kemudian

Harum kemboja di tepi perigi
Ditiup angin gugur bertaburan
Mengambil kesempatan sifat semulajadi
Sedar atau tak sendiri fikirkan

Padi menguning menyilau mata
Pipit datang hendak makan
Berani merebut kesempatan yang ada
Usaha gigih capai kejayaan

0 comments: