Poco-poco

*Salam sejahtera*

Isu poco-poco haram hangat minggu ini...isu tu dah lama kata mereka cuma kembali hangat beberapa hari ini. Oow saya pulak baru je tahu.....

Baca sini:
Gugel Imej

Ini dibalas pula dengan ulasan dan pandangan DR. MAZA, [link]. Kemudian, ramailah yang mula risau mana satu yang betul. Keduanya ulamak tetapi pendapatnya berbeza. Nak ikut yang cakap HARAM atau ikut yang kata HARUS...Aisshhh pening mak cik- mak cik yang suka poco-poco kat luar tu. Walaupun saya dah taraf 'mak cik' tapi saya tak poco poco tau. Hehehe...ai mak cik yang muda youuuu...:))

Kedua ulamak ni amat saya hormati. Seharusnya kita sebagai umat Islam berfikiran terbuka dalam isu ini kerana ia termasuk dalam perkara khilaf ulamak. Betulkan saya kalau saya tersilap...Namun isu sebegini selalu menyebabkan umat Islam berpecah belah kerana masing-masing percaya hanya kepada satu pendapat sahaja dan mengecam pihak yang tak bersetuju dengan mereka.

Kalau tak salah faham saya, percanggahan pendapat dalam Islam suatu perkara yang dibenarkan (khilafiyyah) sebab itu kita ada banyak mazhab. Bukanlah maknanya pula kita boleh pilih sesuka hati nak ikut hukum yang kita suka sahaja, tetapi ia suatu pilihan kepada kita bila berada dalam kesusahan ataupun tidak.

Pada pendapat saya, tidak perlu pening pening dan susah hati. Sesiapa yang poco-poco untuk kesihatan tanpa melibatkan unsur-unsur syirik maka teruskan...tetapi kalau dalam hati sesiapa yang rasa poco poco tu memang akan menjatuhkan dirinya berdosa maka terpulanglah kerana ia kembali kepada niat. Kepada yang sudah memilih untuk setuju bahawa poco poco adalah haram, janganlah pulak nak keji org yang poco poco sebab perkara khilaf 1 pilihan kpd kita...kecuali dlm Quran jelas cakap 'poco2 itu haram'. Tapi, tiada kan?

Keburukan perkara khilaf begini ialah kerana selalu menimbulkan perbalahan antara umat Islam. Kumpulan A sokong ulamak A, dan kumpulan B pula sokong ulamak B. Kemudian masing-masing marah pula kepada orang yg tidak bersetuju dengan pendapat ulamak mereka. Berfikiran terbuka adalah jalan terbaik.

Siapalah kita yang cetek ilmu agama untuk menyanggah ulamak??? Sekali lagi betulkan saya jika saya tersilap...

UPDATE: [link]

0 comments: