BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Jujurnya saya bukan follower En. Ben dan bukan juga peminat blog beliau. Saya kenal dia melalui blog Cik Mat (CMG) dan pernah membaca beberapa ngomelan beliau sebelum ini. Namun ia tidaklah begitu tertarik dan menarik hati saya mengikut blognya apatah lagi nak sertai segmen kendaliannya.

Mungkin kerana hari ini saya tidak sibuk. Saya banyak buat blogwalking dan salah satunya ke blog Ben Ashaari. Selepas menyelak beberapa page, sempat juga saya mengutip beberapa pelajaran menarik dari tulisan beliau. Alhamdulillah, mungkin juga kerana Allah dah bukakan hati saya menjadi follower beliau. Ya, itulah jawapan paling bagus saya rasakan.

Baru sat-sat (sekejap) ziarah blog Eny. Dia dah join segmen terbaru En. Ben. Tu baru satu yang sempat saya baca ya. Oklah tanpa berlengah lagi, inilah jawapan saya untuk segmen siaran 15 Mac 2011......

BANNER BEN ASHAARI

Tajuk >> BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

  • Sila ceritakan latar belakang anda ..

Cahayamata ialah nama saya di dalam bahasa melayu. Sebab itu blog ni namanya 'Laman Cahayamata'. Dalam IC abah saya letak nama Nurulain binti Abdullah. Abah saya, Pak Lah kawen dengan mak saya Mak Engku dapat kami adik beradik 8orang di mana saya ialah anak sulung. Kami tinggal di Raub Pahang. Di sebuah kampung yang aman damai bernama Dong..Bekas pelajar SMAD, penuntut SZARC, dan penghuni Kolej Mas masa kat U. Lepas abis degree saya jadi programmer. Lepas tu saya mencuba bidang pendidikan dan namun gagal mendapat tauliah. Kini saya menguruskan anak-anak 4 orang hero kesemuanya. Kami menetap di KL sebab suami saya bekerja di sini. Anda boleh panggil saya Ain, Aina, Kak ain, atau mak cik pon tak per. Mak cik - sebab saya suka pot pet pot pet....:))

  • Profesion anda sekarang ?
Saya pengurus rumahtangga. Gaji bulanan ikut kemampuan suami tercinta. Saya sangat minat menulis. Dulu cita-cita nak jadi wartawan tapi tak kesampaian. Kini saya adalah blogger part time. Saya akan menulis dan meluahkan perasaan saya bila-bila saya suka dan ada kelapangan. Adakala saya akan menjadi 'tarzan' ...hahaha
  • Blog favourite anda .. kenapa ?
Sebab saya pengurus rumahtangga, dapur saya mestilah sentiasa berasap. Ada banyak perot kat rumah ni nak minta diisi dan selera tekaknya pulak berlainan. Jadi saya suka masuk blog masakan untuk memastikan otak saya tidak tepu berfikir setiap hari agar seisi rumah puas hati..
  • Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
Politik. Saya tak benci politik. Islam juga minta kita ceburi politik. Tapi kebelakangan blog politik ni banyak yang berusurkan fitnah, caci maki, mengumpat dll. Saya akan rasa tercemar apabila membaca isi kandungan yang tidak membangunkan minda apatah lagi nak dapat pahala darinya. Kalau ada bukti sahih lain citer, ni main sedap tangan menulis..
  • Impian anda terhadap blog anda ..
Pada peringkat awal menulis, saya ingat nak menulis untuk release tension dan meluah perasaan saya tanpa ada orang tahu. Lama kelamaan saya dapati blogging boleh menjadi suatu yang lebih bermakna jika isi kandungannya lebih cerdik dan tidak sekadar syok sendiri. Saya masih dalam proses belajar. Saya tidak berharap nak jadi bagus macam Redmummy, Kak Ina (KL) atau mommies blogger yang lain tapi kalau bulan-bulan dapat income syok juga kan?

Pot pet pot pet oleh: Aina (Ain Abdullah aka cahayamata)
Negeri: Pahang Darul Makmur, sekarang berada di AU3 KL

4 comments:

Puteri Salju said...

hai.. tumpang lalu.. saja nak jenguk blogger pahang..

jangan lupa skodeng blog sy ye..

http://puterisalju122.blogspot.com

Kei Seichi said...

orang melaka datang melawat dari blog abg ben..
salam perkenalan...
http://geekzster.blogspot.com/

Aina said...

salam perkenalan dan hai juga untuk anda berdua.terima kasih sudi melawat laman akak.org pahang ke org malaka ker..kita sama 1malaysia juga:)

TQ banyak banyak banyak

pRiNCe said...

selamat berkenaln..
prince blogger kl..
jom jadi member...:)_